Klik Yer!! Mekasih...

Friday, January 5, 2018

Tahun Last untuk Mekcha di Kindergarten

Tahun ni Mekcah dah 6 tahun..uwaaa tahun depan darjah 1 dah kakak..kalau ingat balik hari pertama masukkan dia kat kindergarten masa umur 4 tahun macam2 drama..tahun lepas takde drama sangat sebab pergi dan balik ada transport ambik so tak jumpa dia sangat..

Mulai dari hari Selasa sampai la hujung tahun ni, hari2 mummy akan mengadap muka kakak setiap pagi so kakak jangan jemu tengok mummy yer..hahaha

Sekolahkan buka hari Selasa tapi kat LC Sg. Buloh buka hari Rabu..so pagi selasa tu aku gosok baju kerja, Raiisah tanya napa tak gosok baju sekolah dia..Aku cakap esok la kakak sekolah kakak buka..terus muka jebek, huhuhu saya nak sekolah mummy..hahaha nampak dia punya tak sabar nak sekolah..

Pagi tu kejut dia sekali dua jer, terus bangun..Wahh laju sangat ni bangun terus ke bilik air..hahaha semangat nak jumpa teacher yer..tahun ni hantar Raiisah full day, tahun lepas kat LC Tasik Biru ambik half day.. Tahun ni ambik full day sebab dok kat rumah nenek asyik kacau adik jer..hahaha Tak la memang nak ambik full day sebab petang ada la aktivti Raiisah boleh buat macam solat berjemaah, buat homework, takde la balik rumah tengok kartun jer.. 

Sampai je kena register dulu sebab Raiisah kategori budak baru walaupon 4 tahun pernah bersekolah di sini..

huntuk 6 tahun lepas register kena thumbpring atas lukisan yang pihak sekolah sediakan..5 tahun pulak dorang bagi aktiviti untuk anak dan parents..4 tahun tak pasti aktiviti dia apa..
 
budak pengeli terlihat watercolour masih ada lagi kt jari dia..

Masa ni mood dia berbunga2 sangat..suruh senyum, senyum..suruh beratur, beratur..suruh duduk, duduk..

Suka ye dapat masuk balik LC Sg. Buloh..kalau tak setiap kali lalu je depan LC Sg. Buloh setiap kali tu la tanya mummy, saya nak school sini mummy..

Senang lepas nk pergi balik mummy dapat hantar dan dapat  lihat sendiri depan mata..apa2 nak tanya pihak sekolah senang direct terus tanya teacher..

6 tahun lepas register terus berkumpul..teacher ada peneranga ringkas..Mekcha malu2 masa ni..last jumpa kawan2 dia masa umur 4 tahun..besar2 dah dorang..Mekcha je tak besar2..hahaha sampai 3 4 orang parents ingat Raiisah 4 tahun..sian kakak ikut mummy ketot..kalau ikut daddy tinggi sikit..😂

Aku tengok dia dah ok keluar jap borak2 dengan teacher kat situ..adalah 4 5 orang teacher yang aku masih kenal lagi yang lain semua muka2 baru..masuk dalam balik nak tengok la dia tengah buat apa..dia nampak je aku terus muka dah berubah..dari jauh aku tanya dia sambil cakap, “Kakak kenapa, lapar ke nak roti” sebab pagi tu suruh makan roti dia tak nak, nak simpan nak makan kat school katanya..aku panggil la dia suruh datang kat aku..geleng2 kepala tak nak, pastu apa lagi melalak la..teacher dia nampak dia menangis terus pujuk masuk dalam bilik..aku tengok teacher dia dah tarik tangan aku pon bla la..kang tunggu lagi, aku pulak yang nangis kang..kakak ooo kakak dah 6 tahun dah awak why nangis lagi..🤦🏻‍♀️ ada la tu yang tak kena..

Balik tu aku dengan Affan jemput dia..kemain senyum lebor nampak daddy dia ada..Al-Ikhsan sebelah je sempat lagi daddy ko cuci mata..

Ni semalam..balik dari school merengek lapar..tanya dia kakak makan apa? makan nasi tak, teacher bagi makan apa..tak saya makan roti mummy..laaa makan roti je patut lapar..napa kakak tak nak makan nasi, tak nak saya nak roti jer..oo okk..pastu bising perut lapar..

Kebetulan aku memang nak basuh kereta, sebelah tu Mcd..lanja la dia makan nugget..dengar mcd muka senyum terus kalau tak muka jebek je..

piece : kathyjem

1 comment:

Mommy Cici said...

ala comel je dia. anak Cici baru first time masuk tadika tahun ni , 5 tahun. Excited tak payah cerita >,< maklumlah mak mak kan. hehehe