Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, April 17, 2018

Rentetan kejadian hari ini

Halo halo..dah petang baru sempat update blog..tadi nak update awal kononya..on je laptop dapat  panggilan whatsapp dari sekolah Raiisah mengatakan Raiisah demam so kena pickup awal la hari ni..tutup laptop pung pang pung pang kat dapur, masak lauk untuk lunch terus..nanti Raiisah balik confirm dia lapar..

So lepas settle masak tadi terus bersiap2 ambik Raiisah kat sekolah tapi sebelum siap2 bagi Afif makan..nasi lebihan tu mummy makan sikit..pastu laju2 siap..nanti lepas ambik Raiisah sambung makan lagi..

Ikan selar masak taucu..aku suka lagi masak pakai ikan kembung tapi Raiisah takleh makan ikan kembung..Dia kalau makan ikan kembung mesti naik ekzema..so kat rumah ni dah lama tak naik ikan kembung..Kalau nak makan ikan kembung makan kat luar je..huhuhu..Kebetulan lepas masak Affan call, terus bagitau dia.. B saya masak gulai taucu tau.. Affan : Apaaa!!!! gulai taucu.. Dah kenapa terkejut..hahaha Suka la tu masak lauk favourite dia..

Sayur wajib ada..Untuk Afif yang suka makan sayur..Raiisah masa kecik suka brocoli dah besar tak nak pulak dia mujur carrot suka lagi makan..ermm dah besar ni pandai pilih makanan..kecik2 kita ajar dia makan sayur, sampai suka la nampak sayur..now nampak sayur macam nampak hantu..menjerit2 tak nak makan..grrrr stress mummy ko..

Tengahari tadi teman mummy ambik Kakak kat sekolah..alooo baru nak tidur dah kena kejut bangun ambik Kakak..walaupon kereta park betul2 depan sekolah Kakak, jangan sekali tinggal si adik dalam kereta..memang aku angkut ke mana..dah la zaman sekarang ni macam2 kes, jangan buat pasal je..

Ni masa nak angkat dia baru perasa si adik yak yak..aduhh adik tadi keluar rumah mummy tak nengok awak takde la yak..ermmm dalam kereta la tu yak..sabor je la..😅

Masa ambik Raiisah kat sekolah tadi, teacher bukak pintu je terus, Mummy saya demam..alooooo demam ye..nanti sampai rumah kita makan ubat ye..dengar ubat dah jerit..hahaha tapi sekarang Raiisah dah ok sikit makan ubat..time makan ubat mesti kena tutup hidung dia kalau tak, tak nak telan..

Mummy syak awak kena demam sebab semalam ambik dia dalam awal sikit, time tu hujan rintik2..mandi pulak lambat..bila teacher bagitau demam terus mummy teringat hujan semalam..

Tu si kerinting belakang tu tak selesa la tu..dengan ngantuknya dengan taik kat buntut..aduhhhh..hahaha sat ye kerinting..sampai rumah kang kita basuh..mujur la kereta dah gerak dia diam..fuhhh! boleh drive dengan tenang sampai rumah..pusing2 laaa tidur dah rupanya..

Tu la rentetan kejadian ku hari ini.. Sekian.. =)

piece : kathyjem

No comments: