Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, May 15, 2018

HASIL TANGAN ADIK BUJANG

Hari tu adik bongsu letak box animasi kat ruang tamu..tanya mak kenapa Fahmi buat banyak2 box kartun ni, dia nak jual ke?? mak cakap, A'ah dia nak jual..kawan dia ramai yang suka dan nak beli..

Tu la aku tengok pon geram, kiut jer..Adik aku ni dari kecik dia dah tunjuk minat benda2 kreatif ni..ingat lagi masa tu aku darjah 6 kan ada subjek lukisan..time melukis warna kat rumah mesti adik aku menyibuk kat sebelah nak tengok kakak dia mewarna..dari aku sekolah rendah sampai la sekolah menengah mesti dia suka menyibuk sebelah nak tengok kakak dia baut apa lukis apa mewarna apa..hahaha

Aku lak jenis tak suka time buat kerja sekolah dia ada kat sebelah sebab  mulut dia bising, tanya tu la ini la, pastu tangan tak reti diam..time dia gediks tangan mulut tak diam kacau selalu aku bising suruh dia keluar dari bilik..hahaha yerla kalau dia dok diam tengok takper..tangan tu sibuk jer nak mengusik..hangin la kakak dia ni..Dah muka jebek kena halau dengan kakak dia yang garang ni..kalau korang nak tahu aku dulu masa zaman sekolah memang garang dengan adik aku ni selalu kena buli dengan aku..hahaha selalu tak kasi muka kat dia..

Atas semua ni dia buat sendiri tau..

1 box karakter animasi anggaran masa siap dalam 3 - 4 hari, tu paling cepat..once orang oder baru adik aku buat..Yerla semua ni adik aku buat sorang2 so memang ambik makan masa sikit la untuk siap..Bahan yang digunakan adalah dari kotak, kayu dan watercolour..

Alooo napa comel sangat ni..kakak dia pon tak kreatif macam ni..

Tengok macam adik aku lakarkan Deadpool sebenar sebelum dia berubah menjadi kotak..

Aku pon tak seterer macam adik aku lukis ni..tangan dia lagi halus lagi berseni..

Minion kartun favourite Raiisah masa dia 3 tahun..selalu ikut cakap mimik minion..

Spiderman ni ramai yang beli..1 Box Buddy ni RM35..

Aku tak tau apa nama kartun ni..Wonder Woman kot..Sorry i ni buta sikit nama2 cartoon animation..


Nampak macam senang kan nak buat tapi kreativiti ini memerlukan daya imaginasi yang tinggi untuk hasilkan sesuatu yang baru..yelah kalau kita nak something extraordinary mestilah kita kena berimaginasi dan berfikir di luar kotak..ye dak..baru la lain dari yang lain..ni tak orang nak buat tu ko pon sibuk nak buat tu jugak..cuba cari identiti sendiri baru la maju ke depan..gitewww fikirnye..

Box Buddy ni korang boleh buat sebagai perhiasan atas meja study or meja kat office ker, buat koleksi simpan peribadi ke..tak kisah la nak buat apa pon..nak buat mainan pon boleh tapi Box Buddy ni hanya boleh berdiri dan bergerak2 sedikit..Jangan risau kukuh adik aku buat ni..

Geram kan..Siapa nak Box Buddy hasil tangan adik aku ni boleh whatsapp dia (Fattah Amin) eh silap Fahmi..hahaha Sebab ramai nau cakap muka dia macam Fattah Amin..kembang kembis lubang dia orang dok cakap muka dia macam Fattah..derrr celah mana sama tu..hahaha  Ok2 ni nombor phone dia 017-2525239 Ikram Fahmi.. Whatsapp untuk oder Box Buddy je tau, hal2 lain dilarang sama sekali ye adik2..haha tu dia kakak dah bagi amaran..

IG : fhmiey_box

piece : kathyjem

2 comments:

wani ezryl * said...

kreatifnya adik kathy! comel2 pulak tu. semoga bisnes box buddynya terus success.

kathy jem said...

wani ezryl * amin..mekasih mendoakan.. =)