Klik Yer!! Mekasih...

Monday, December 8, 2014

Futsal Menang Bergaya!

Besok nak berlawan hari ni baru pergi cari baju jersey.. Nak pergi cari kat Pertama Complex tak sempat..dah la pagi hari Jumaat tu ada event kat Hotel Bluewave Shah Alam.. Dah alang2 ada kat Shah Alam terus cari jersey kat Shah Alam.. Abis jer event terus aku dengan Nora cari jersey kat Kompleks Shah alam..

Tak banyak sangat pilihan jersey yang ada Kompleks Shah Alam ni.. Sehelai baju kiteorang budjet dalam 35 ringgit ke bawah.. Pakai duit lebihan masa menang futsal hari tu, ada la tinggal dalam 250..Cukup2 untuk beli 8 helai.. Tapi baju ni bukan jadi hak kitaorang jadi hak untuk team SYABAS wanita..sesiapa sahaja nak main futsal untuk SYABAS semua merasa baju jersey cantik ni..hehe.. Takdelah setiap kali perlawanan pening nak cari baju jersey nak cari sponser la..

Kami ambik colour merah & oren.. Nak pink tu cantik, sayang size banyak takde, yang banyak size S..Jersey yang colour oren hitam tu pon sama tinggal size kecik..Ok la merah oren pon boleh la asalkan murah..hahaha Nak ambik Adidas mahaii sangat di luar budjet..

Gigih Uncle ni tampal nombor baju kat kiteorang.. Naik turun naik turun kiteorang mencari jersey murah.. Sudahnya kedai Uncle ni jugak kiteorang pilih..Aku ngan Nora dok risau tengok jam kat kat kol 5 sure balik ni jalan jem dengan nak balik ofis lagi macam tak sempat jer.. memang tak sempat pon...

Selesai hal Jersey terus balik ambik Raiisah..Jalan jem tak hingat kat kol 8 baru sampai Sg. Buloh.. menangis dalam kereta.. Sampai rumah mak ambik Raiisah zazzz kat kol 10 jugak la sampai rumah.. tung tang tung tang kat kol 12 baru tido.. Kol 6.30 bangun siap2 perlawanan futsal pulak..

Sebelum main touch up dulu..hahaha Korang mampu sebelum main makeup.. Cari la dalam Malaysia ni ada tak team futsal wanita makeup sebelum main... >_<

Kami la satu2 kumpulan wanita pertama di Malaysia yang makeup..  peace yoo! hahaha Nad, Dayah. Kak Yaz dan Tuan Blog..

Semua kena pakai t-shirt yang pihak penganjur sediakan. Sebelum perlawanan start dorang bagi briefing dulu..

Kami dari SYABAS!!! Mesra, Komited, DiYakini..hahaha Tiba2 pakai slogan PUSPEL pulakkk..hahaha

Kalah dah tau takper menang bergaya tu pasti..kekeke

Team Lelaki dari SYABAS sedang breakfast..

Dirasmikan oleh Y.Bhg En. Hasan Azhari Hj Idris (Ketua Pegawai Eksekutif SSIC Berhad).

Tujuan Program "Kejohan Futsal Industri Selangor 2014" (Piala Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor) ni adalah bagi menjalinkan hubungan erat antara warga industri dan pihak Kerajaan Negeri..


First time SYABAS hantar wakil wanita untuk join Kejohan Futsal Industri Selangor  ni.. Tak boleh bla bagi gambar Kad Nikah..hehehe Tu jer yang ada dalam wallet..nak ambik gambar terbaru tak koser ahkak tak sempat dah pon..

Ada 6 team semua sekali termasuk SYABAS.. jenuh la nak berlawan.. Semua power2 kot main..semua ada coach, kamiii?? Sendirian Berhad punye coach..hahaha

Nurul dan Kak Yaz..

Pemain paling muda dalam team kami..

Semangat ko Nurul kaki ke atas..hahaha Saya nombor 7!

Tahniah 2 team yang mara ke Final.. Satu team dari SYABAS dan satu team lagi tak tahu dari company mana..hahaha Team lelaki tak silap aku ada 50 team kot.. Giler ramai perempuan ada 6 team jer..  Gila nak tunggu final sampai ke malam dorang main.. memang tak la..kesian laki ngan anak kat rumah.. Aku lepas abis main terus cabut balik..

Tahniah korang.. Korang memang hebat la.. main gile laju dapat bola terus rembat terus goal.. Dahsyat! Dah agak mesti korang juara.. Hari tu main futsal Media vs SYABAS pon korang Juara jugak..Paling best dapat handphone Samsung sorang satu lagi.. bestnyaaaa.. Jelessss!!!

Wakil dari team perempuan yang ado yang lain semua sudah balik.. Ok tahniah sekali untuk team lelaki SYABAS!

Ooo korang nak tahu ek team wanita dapat nombor berapa.. kalah la dapat nombor 5.. T_T takper cuba tahun depan pulak.. Kata first time join kan takde pengalaman..hehe

piece : kathyjem

3 comments:

Chekgu Azrine said...

Memang bergaya sungguh..hahahah

kathy jem said...

Chekgu Azrine hahaha tau dah mesti kalah sbb bergaya tu penting..kakakaka >_<

Norma NML said...

kalah takpe yg penting semangat kesukanan tu Kathy :-)