Klik Yer!! Mekasih...

Monday, September 7, 2015

Resepi Paling Mudah Nak Masak Sizzling Yee Mee!

Hari tu tertengok kat FB ada kawan share resepi Sizzling Yee Me..bile tengok kawan share resepi sizzzling yee mee tu, laaa senang rupanya..ingat susah macam mana ker..bahan2 pon senang nak cari..cuma yang takde hot plate tu jer la..takper yang penting kuah tu kena padu, pekat dan likat..hehe..

Tak nak bebel panjang jom aku tunjuk cara-cara nak masak sizzling yee mee paling mudah..

Bahan-bahan dia makan untuk 2-3 orang..

6 ulas bawang putih dan 1/2 halia dihiris halus atau ketuk..1 kiub pati ayam..3 sudu kicap cair, kicap cair takde ganti kicap kipas udang pon boleh..4 sudu sos tiram..3 sudu kicap pekat dan 1 sudu makan serbuk lada hitam..2 sudu tepung jagung..Cili kering dalam 7 biji dipotong 2 atau 3..tak nak pedas letak la dalam 3 biji..

Ayam dipotong kecil..2-3 sanggul yee mee..sayur sawi dan telur..10 biji cendawan shitake..rendam hingga lembut..cendawan ni terpulang kat korang nak letak banyak mana..letak 6 biji pon dah cukup untuk 2 orang punye makan..aku memang hantu cendawan, tu yang letak lebih..hehe..kalau makan kat luar 2 biji cendawan jer depa bagikan..masak sendiri berketui boleh letak..

 Ok mula2 sekali tumis bawang putih, halia dan cili kering sampai kekuningan..

 Pastu masukkan ayam dan goreng sampai separuh masak..

Masukkan air dalam 3 cawan..

Lepas tu masukkan sos tiram 4 sudu, kicap pekat 3 sudu, kicap kipas udang 3 sudu dan 1 sudu lada hitam yang telah dikisar..masukkan garam secukup rasa dan 1 kiub pati ayam..

 Biarkan mendidih dan sehingga ayam masak..

Pastu masukkan cendawan..biarkan dalam 2-3 minit..

Masukkan air tepung jagung dalam 2 sudu dan sedikit air..Gaul rata sampai kuah jadi pekat likat..

Kuah dah pekat baru masuk sayur sawi..sekejap jer jangan lama2 sayurkan cepat masak..

Disebabkan hot plate takde, kita masak telur dalam kuah terus..tutup api, dah siap untuk hidang..

Yang yee mee tu korang boleh rebus atau celur dalam air mendidih..

Yee mee tu letak dalam mangkuk dan tuang la kuah atas yee mee..Jadi la Sizzling Yee Mee! hehehe..Senang kan..

Debor-debor tunggu Affan komen..dia kan memang champion dalam bab komen mengomen..

Aku : Macam mana B sedap ker tidak..
Affan : *Diam..
Aku : Eh diam pulak dia..sedap ker tidok..
Affan : Erm! Sedap huny masak, macam makan kat foodcourt KLCC..Boleh meniaga ni..Huny masak, b naik basikal round satu taman meniaga sizzling yee mee ni ok  tak?? Mari mari..Sizzling yee mee..yee mee..yee mee..
Aku  : ekeleehhhhh...

Gitew la dapat pujian dari suami setahun sekali..hahaha Nasib baik dia kata sedap kalau tak, idok ler cerita resepi ni dalam blog..kekeke Masak sendiri boleh makan bertambah-tambah..kalau kat kedai ceciput je depa bagi..lagi2 cendawan shitake tu, langsung ada yang tak letak..ayam pon seketui 2 jer..huhu pernah kena macam ni..

Raiisah makan sikit jer sebab pedas..cili kering tu letak banyak pulak..lupa anak nak makan..terpaksa la masak nasi untuk MekCha..

Selamat memasak sizzling yee mee kawan2 ku..

piece : kathyjem

53 comments:

mama tisya said...

pernh tgk gk resepinye tp tk pernh try..kena mkn panas2 ala2 hot plate hehe

miss eimanhikmah said...

senangnye rupenya yee mee ni..mmg boleh try ni

Unknown said...

I loiikkee! Terima kasih for sharing the recipe!

Kak Vit said...

fuyoo! sedapnyaa.. nak buat gak nanti.. tq sharing resepi :)

7 tips ibu hamil sihat

y i e n said...

terliur..! terliur..! balik ni jugaq nak buat :)

Izyan Balqis said...

waaahhh, sedapnya!!! pandai akak masak...tak yah dah order kat kedai sume...heee

Yanieyusuf.com said...

sedapnya.. tq share resepi.. leh try.Salam Blogwalking : www.yanieyusuf.com

Unknown said...

Mudah dan sedap kathy.. nmpk pun tempting abis. Lawakla hubby kathy hehe.. kalo xde hotplate amik dua kuali atau periuk kecik2 ltak atas api.. tuang kuah dia pastu masukkan mee n telur siap alihkan dlm pinggan pon Ok.

Rizziela said...

balik ni boleh sy try...sebab selalu kalau makan luar ..suka sangat makan hot plate ni...

Ain Rahman said...

wah sedapnya.. sy pon hantu cendawan jugak. buat sendiri lg puas hati. thank u for sharing. nak try buat jgk

I am LZ said...

Nampak senang & sedap, boleh try ni..
Puas hati masak sendiri, mana nak lebih boleh letak byk2.. hehehe

Mummy Julia said...

wahhh sedapnya!

monalea said...

pernah jumpa hotplate jual kat nilai.ingat nak beli.tapi fikir mcm nak berniaga pulak. Tapi bila tengok entry kathy ni nak beli jugaklah nanti. Buat sesekali untuk family. Boleh feeling2 makan kat kedai

zeera lily said...

tq for sharing...... nk buattttttttttt

Mimy Hamid said...

senang sangat kathy...leh buat

Suria Amanda said...

siyesly akak dah tergoda ni khaty...

Unknown said...

assalam...

kak kathy, kt mn nk dptkan cendawan shitake tu?

kathy jem said...

unit swasta : akak beli kat Tesco..rasanya kat semua pasaraya ada jual kot..

herulsheera said...

Kecorr

y i e n said...

kite share link kathy kat sini http://pinkvelvet-07.blogspot.my/2015/09/sizzling-yee-mee.html

Lini said...

Bestnyerrr....kena Cuba ni

ct cheery said...

Sedapnya..mintak resepi yeh hehe

Unknown said...

tq ..nak buat jap lg. dh mtk anak beli brg. x sabau ni

Unknown said...

Terima kasih bg maklumat...emak nk try nanti..huhu😎

adam said...

Malam ni makan sizzling mee dengan wife. Suruh wife masak ptg tadi dia beli yee mee. Walaupun buat simple je takde cendawan still ada rasa sizzling mee.

Aisyah Ghazi said...


Hello admin. I dh try your recepi. Mmg sedap and menjadi. Anak2 mmg suke, smua kata sedap. Thx ya for sharing. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

Carlos Santiago said...

Mudahnya.. aku ingatkn susah.

Unknown said...

Alhamdulillah.....sy baru cuba tadi...mmg ohsem.....mak senyum smpai ke telinger,sbb ni mmg makanan kegemaran mak...apa pn terima kaseh krana sudi berkonsi resepi

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

In the making...tq 4 sharing..1st attempt..harap menjadi..kalau x jd..labur duit jela kt food court aeon..😂😂

Yenci Carolina said...

Terimakasih sudah share resepi ini, saya suka dengan mie sizzling ni,first time makan ini masa berkunjung ke Malaysia,sedap sungguh rasa dia, sekarang saya di Indonesia sedikit sulit nak cari mie yee mee.Salam dari Indonesia :-)

Unknown said...

teringin sangat nak makan. mana jual yee me ni admin. kat kelantan mana nak dapat?

[Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

Raja Azrul said...

Alhamdulillah dah berjaya, cuma takde lada hitam. Tapi sedap gak. Saya goreng dulu mee tu. Anyway terima kasih atas perkongsian ilmu

aku, kamu dan dia.. said...

sedapnyer

Unknown said...

Dh try msak..mmg jdi n sdap mcm kt kdai.

Unknown said...

Sedap..family suka. Tqvm

Unknown said...

tq admin .dah try. tapi saya tambah bahan sikit hehe. saya tambah sos lada hitam cap bumi hijau dan minyak bijan. kuah akan lebih rasa kaw dan sedap.

Unknown said...

Tq admin best giler

Liyana リヤナ said...

Sis~ *hug*
Thanks a lot for the recipe!
Walaupun derhaka recipe (xde ayam, ganti sosej goreng), habis semua ditelan family.

Fadhilah Kamarudin said...

Salam wbt..

Thanx for sharing the simple recipe. Baru try tadi. Anak yang cerewet makan pon suka makan. Puas hati masak.

Hajar said...

Dah beli bahan tinggal nK buat saja malam Ni untuk dinner. Harap menjadi laa hehe

Hajar said...

Malam Ni nak buat harap menjadi hehe

Hajar said...

Mudah. Boleh cuba

Anonymous said...

sedapppp...saya dah cobaaa.
terima kasih resepi yg bestt

Unknown said...

Terima kasih bg recipe. mmg nak try buat ni.

Unknown said...

Sedappppp.... Nak share kathy

Unknown said...

Tq sis... Mmg menjadi... Sedap.. Puas hati mkn isi pun boleh leh byk2...

Eh! Pop Media said...

Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Mohon izin berkongsi sebahagian info dari blog puan dalam post ni ya. Kredit dan link kepada blog puan akan diberikan. Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)

Unknown said...

Terbaiik sedapp sgt dh cube terima kasih admin yg beri resepi..

Unknown said...

Alhamdulillah..saya cuba buat guna resepi akk. Menjadi la. Tq kak. Sedapppp 🥰😍

Sudah cuba said...

Terima kasih utk resepi. Saya dah cuba.. sedap. Bahan totally saya guna yang sama. Cuma sukatan saya tak ikut main sukat ikut hati. Hehe.