Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, November 26, 2015

Lihat Dunia Berubah Depan Mata!

Hari tu dapat jemputan ke Pameran Minda "ILLUSION - Nothing Is As It Seems di Petrosains, KLCC..Apa yang menarik kat pemeran ILLUSION ni?

Korang percaya tak deria yang ada pada korang sekarang ni?? Percaya tak dengan apa yang dilihat oleh mata korang sekarang ni? Ni la dia "ILLUSION - Nothing Is As It Seems iaitu pameran mempengaruhi minda sehingga melahirkan halusinasi untuk memperdayakan kita untuk tempoh yang terhad..Pameran ni mengabungkan deria2 yang ada dekat kita dan mempertimbagkan cara otak berfikir..

Pameran ni adalah yang pertama di Asia tau..Pameran ni juga satu penerapan persepsi bagi menerokai ke dalam minda manusia, mengabungkan sains dan seni untuk memperdayakan pengunjung yang datang melalui ilusi optik, perseptual dan audio..

Bersama Yuyu..Yuyu pon ada event hari tu..Ni kali ke dua jumpa Yuyu..First time jumpa masa open house Nuffnang last year..Comel sangat Yuyu ni..geram rasa nak cubit!

Emcee hari tu Juliana Evens..

"Pameran ILLUSION ini dan juga aktiviti lain yang dianjurkan oleh Petrosains, bertujuan untuk memupuk masyarakat yang lebih berpengetahuan terutama dalam bidang sains di kalangan generasi masa hadapan Malaysia. Kami melaksanakan ini dengan memberikan pembelajaran sains secara menarik, informal dan bersesuaian. ILLUSION ini juga merupakan satu platform untuk kami menjadikan sains sesuatu yang menarik dan boleh memberikan kesan yang mendalam. ILLUSION mempersembahkan sains dari sudut seni dan psikologi. Seni sentiasa mengunjurkan kemampuan yang tidak dapat disangkal untuk memupuk minat dalama masyarakat, dan kini dengan campuran elemen tipu-helah psikologi, ILLUSION juga berfungsi sebagai daya penarik pengunjung terhadap subjek sains." kata Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim.

Gimik pelancaran sudah bermula..Masa pelancaran tu terkejut tiba2 da ramai orang berdiri belakang kami, ingat dorang nak buat apa berdiri macam tu, rupanya dorang nak menyanyi..kira masa gimik pelancaran tu  suara dorang ganti dengan lagu la..Sedap & merdu tenik nyanyian koir dorang persembahkan..

Pameran tu jugak turut dirasmikan oleh Duta Ireland ke Malaysia, Eamon Hickey..Pameran ini menampilkan lebih daripada 15 bahan pameran yang akan melencongkan deria dan membingungkan pemikiran secara logik..Pameran hasil kurator ahli psikologi dan penulis Richard Wiesman dan penyelidikan oleh ahli silap mata dan escapologi Paul Gleeson dan dicipta oleh Galeri Sains di Trinity College, Dublin..Dalam pameran ni menawarkan pelbagai karya seni yang memaparkan pelbagai ilusi..

Mula2 tengok apa la bentuk kepala banyak2 ni..hehehe
Ok kena tengok dari depan..

Oooo okkkk bentuk muka orang rupanya..cool giler kan..aku mula2 tengok apa la bentuk kepala banyak2 ni..kekeke

Eeee pepijat merayap..mula2 tengok geli geleman..Benda ni di panggil Delicate Boundaries..

Bila sentuh pepijat tu, pepejiat tu bergerak ke arah titik sentuhan..Pepijat ni macam seolah-olah nak keluar dari skrin tu..

Korang rasa boleh ke percaya deria yang ada dekat korang sekarang ni?? Percaya tak apa yang dilihat oleh mata korang?? Adakah fikiran korang dibayangi muslihat?? Ye, ni la yang aku tengah alami sekarang ni, pepijat meraya atas tangan..huhuhu geliiii...

Ni namanya Moire Matrix : Inflation..Apa yang selalu kita lihat selalu berbeza daripada realiti apa yang kita perhatikan.. Macam atas ni ha mesti korang fikir apa benda bulat ni kan..kaca ker?? plastik ker?? sebenarnya benda tu adalah arca yang mengandungi kobalt oksida dan kaca bertindak balas secara kimia dan menghasilkan kesan organik..Buih-buih mengembang sehingga kelihatan terpisah dari corak asal dan menyerlahkan lagi susunan garisan dan kesan optik daripada bentuk melenkung..
bila kita tengok sudut lain nampak macam buih tu ada banyak kan..tapi sebenarnya tak pon buih tu sikit bahagian atas tu jer..faham ke idak aku explain..hahaha..korang kena tengok sendiri..baru korang akan faham apa yang aku explain ni..hehe

Bila padang sudut macam ni buih tu nampak memanjangkan..

Pastu kami try masuk kedai salon rambut pulak..nak gunting rambut jap..eh!

Cantik pulak cermin salon rambut ni..rasa nak rembat bawa balik..hahaha

Bila pakai headphones dengar sebiji macam suasana kat salon rambut..macam ia2 jer rambut kita kena potong, siap bunyi gunting & hair dryer lagi..hahaha Aku sampai elak2 kepala rasa macam eh eh eh nak gunting rambut aku ke apa ni..hahaha Besttttt!!! Kena try Virtual Barbershop ni okey..

Eh eh macam mana magic wand tu boleh nak naik dengan sendiri..?? padahal science communicator tu pegang macam tu jer..pelik ni??

Jom kita masuk dalam lubang ni Yuyu..hehehe

Mula2 ingat ada burung dalam sangkar tu..rupanya bunyi jer kat dalam sangkar tu..ia ia jer tercari, mana burung ni??

Kalau kita berdiri tegak kat tengah2 sangkar burung tu kita akan dengar macam2 bunyi sebenarnya..tapi hari tu tak berapa dengar sangat apakah bunyi yang dikatakan macam2 bunyi tu..

a
Cool giler tengok nombor huruf bersusun macam tu..

Sekali tengok, laaa kaca kiri kanan rupanya..huruf semua tu cuma pantulan dari atas tu jer rupanya..dan ada sebiji botol kat tengah2 tu..

Ni pulak Typographic Organism.. Bentuk terapung ni sebenarnya nampak macam bergerak-gerak seakan-akan organisma kecil..Campuran antara huruf ni melambangkan adunan semantik bahasa dan pergerakan..

Ni lagi tak masuk akal Bottle Magic ni..macam mana kasut sebesar tu boleh muat masuk mulut botol kaca tu?? korang rasa macam mana dorang masukkan?? cer fikir jap..ermmmm tak dapatkan jawapan, kan..aku rasa dorang sumbat2kan kasut tu sikit2 kot dalam botol kaca tu..hehehe suka2 je aku bagi jawapan macam tu kan..dan paling tak boleh fikir..macam mana pulak la kunci mangga tu boleh masuk dalam botol kaca tu?? cairkan kunci tu ker?? belahkan kunci tu ker then sambungkan dalam botol tu..eh pening la nak dapat jawapan dia..hahaha

Ni pulak Cubes yang dicipta oleh Jennifer Townley.. Cubes ni adalah satu arca seni mekanikal berasaskan corak geometri "diamond" yang menghasilkan ilusi optik enam kiub..Sebenarnya, setiap kiub ni hanya terdiri daripada tiga bentuk "diamond" berkumpulan jer..Arca ni menggunakan teknik transformasi pergerakan dan motor dalam mesin dan gabungan antara pelbagai mekanisme bebas, bagi meneroka bagaimana otak kita memahami pergerakan berulang-ulang..

Puas hatikan Yuyu tengok pameran ILLUSION dekat Petrosains ni kan..macam2 deria kita melihat, merasa, berfikir dan memahami dunia sains, kan..best sangat enjoy jer dalam pameran tu..nanti nak bawak suami pulak datang sini..dia mesti suka benda2 Illusi ni..

Datangla dan alami banyak lagi pekara menakjubkan dalam  ILLUSION kat Petrosains ni..Pameran ni korang kena wajib datang, sebab sangat berbaloi..



Petrosains, The Discovery Centre
Aras 4, Suria KLCC, Menara Berkembar PETRONAS,
50088 Kuala Lumpur.
Tel : +60 (3) 2331 8181
Faks : +60 (3) 2331 2121
Email : infopetrosains@com.my
Website : www.petrosains.com.my



piece : kathyjem

3 comments:

Sally Samsaiman said...

okay, ni mmg rare gila kak...huhuhu...macam nak g jugak je cuba kat sana

INNANIE ARIFFIN said...

macam menarik ni!

miss eimanhikmah said...

boleh try ni...harga pun murah