Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, February 11, 2016

Ragam Raiisah Sebulan di LC

Pejam celik pejam celik dah sebulan lebih Raiisah masuk pre-school..Alhamdulillah banyak perubahan kat die since dah masuk school ni..happy laaa anak nampak perubahan..dari dulu tak pandai berkawan sekarang dah pandai berkawan, dari dulu suka buat hal sendiri sekarang dah pandai bawak diri, dari dulu sebutan percakapan tak clear sekarang dah jelas sedikit..

Awal pagi dah tukar jadual sekarang niiii..dulu sebelum Raiisah masuk school boleh bersiap pergi kerja dengan tenang sekarang tak dah ye nak feeling2 depan cermin tu..haha awal pagi bangun je dari katil dah tekejar sana sini uruskan Raiisah..nak nak pagi meregek tak nak mandi..satu hal nak pujuk dia mandi..situ dah buang masa berapa minit..selalu die lepas mandi mood terus bertukar ceria..kalau tak nak suruh mandi menangis macam kena dera..semua ibu bapa alami setiap pagi macam mana aku alam ni kan..hahaha untung la anak bangun muka tersenyum lebar..suruh mandi berdesup pergi bilik air..hebatnya anak macam tu..hehe

Setiap pagi kalau tak sempat breakfast kat rumah aku akan bagi die makan dalam kereta sebab dah biasa rumah nenek celik mata makan..Raiisah breakfast senang je, bagi roti atau oat..dua benda tu memang dia suka makan..kadang kalau sempat abah beli kuih karipap atau kuih seri muka bagi makan dalam kereta..kalau tak isi perut pagi tu memang muka masam je la dalam kereta..

Masa ni minggu ke 2 Raiisah pegi school..masa minggu pertama tu teacher dia cakap takyah pakai dulu baju sukan, pakai uniform macam biasa..masa mula2 pakai baju and seluar sukan muka pelik Raiisah pelik depan cermin..yerla dah seminggu pakai baju uniform tiba2 pakai t-shirt..

Dia memang jenis excited nak pegi sekolah..dalam kereta mulut mesti bising "Mummy nak skunk nak skunk"...  \\^__^//  " School la Raiisah bukan skunk"..kadang tu dengar macam sebut biskut pon ada..confuse mummy ko..hahaha

Muka tak puas hati sebab suruh dia stay bergambar.. "No mummy nak skunk nak skunk" sambil tunjuk2 laluan ke tangga..Ok yerla tau la Raiisah excited nak pegi school..jangan semangat membara nak pegi school tu sekejap udah la ye anak..mummy nak berterusan semangat perjuangan Raiisah ke school sampai hujung tahun tau..hahaha "Okey mummy".. haaa semua pon okey la mekcha ni..sampai teacher dia cakap "Puan, Raiisah kalau kita tanya dia semua ok" hahaha Kadang tu sajer aku tanya soalan pelik2, nak tengok dia faham ke idak mummy dia cakap.. "Raiisahhhh, Raiisah batuk yer" Raiisah : "Ok mummy".. T_T "Raiisahhh, Raiisah nak kena belasah ngan mummy ke?" Raiisah : "Ok mummy" T_T ko ghase nak nangis ke nak gelak dapat sorang mek macam ni.. hahaha

Lagi satu setiap pagi teacher dia bagitau semua teacher2 yang ada kat situ semua dia akan tegur hai hai..hehehe bab ni memang tak suruh ajar..sejenis peramah macam atuk ngan opah dia..

Setiap petang ambik dia mesti bersemangat bercerita dalam kereta..yang mummy faham "makan" "tido" "ABC" "main" hahaha takper good job Raiisah..nanti lama2 pandai la Raiisah berceloteh dengan dengan bahasa yang mummy faham kan.. hehehe

Amboii kawan Raiisah mengantuk sangat la tu..terganga luas mulut tu..hahaha Setiap minggu teacher dia mesti akan hantar gambar or video kat whatsapp bagitau apa aktiviti yang dorang buat hari tu..masa ni teacher dia bagitau Raiisah tak pakai tudung..kalo pakai pon mesti sekejap masa sampai tu pastu bising panas panas..hahaha

Buat bunga menggunakan kertas warna.. sekarang dorang dah start writing..

Pandainya ia colour tudung tu..tengok kawan2 dia colour tudung abis muka tak nampak..hahaa Kat Little Caliphs Sg. Buloh ni setiap teacher pegang 8 orang murid..tak silap semua sekali ada 132 orang murid dan 13 orang teacher..

Buat collage ni memang Raiisah suka..cuma tecaher dia cakap kalau ada masa suruh aku kuatkan motor skills dia kt rumah..ok nak kena cari kertas warna dia..hehehe tak ngi cari2 lagi ni.. =P

Cari2 Raiisah punya di mana..kemas je kertas warna tu dia susun.. =)

Allah rambut Raiisah..hantu tengok pon lari nak..hahaha

Hasil kerja Raiisah untuk art & craft..eh tak geli pulak Raiisah pengang colour kena kat tangan kalau takkkk, dakwat pen kena sikit kat jari pon bising macam apa je suruh hilangkan, bukan kata dakwat pen cokelat pon bising suruh basuh tangan bagi hilang cokelat tu..hahaha ikut perangai siapa pembersih sangat ni..Teacher dia bagitau mula2 "Eeeeuuu eeeuu" jerit2 tak nak.. geli tak nak pegang watercolour.. pastu teacher dia tunjuk kawan2 dia buat baru ok..mula2 eeuuu bila dah siap 'Wahhh so nice" hahaha Mekcha mekcha..pengsan dengar teacher dia cakap macam tu..

Dahi lebam tu sebab lasak ikut kawan panjat..kan dah dapat ciuman karpet kat dahi tu..takper sikit jer..budak2 biaser la lasak macam ni..tu jari dalm mulut apa kes mekcha..kat school pon nak hisap jari gak..awal2 dah bgaitau teacher dia, kalau nampak Raiisah hisap jari marah jangan bagi dia hisap jari..cakap ngan teacher dia macam2 petua dah buat still sampai sekarang hisap jari.. T_T teacher dia cakap dah kurang hisap jari cuma kalau dia menangis atau tak tau nak buat apa baru dia hisap jari..yang paling best teacher dia bagitau hisap jari sambil korek pusat..hahaha

Kadang tu tengah mengajar teacher dia bagitau selongkar beg cari makanan..hahaha Raiisah ni badan kecik tapi kuat makan la Puan..haha memang dia memang kaki makan..dah biasa kat rumah nenek dia pagi petang malam makan..ada je benda nak mengunyah..hehehe ye ye betul tu puan..

Ok la tu je saya nak kongsi pengalaman mekcha sebulan masuk school ni..oohh lupa hari tu yuran bulanan Raiisah bukan RM332 tau..silap info harga dia sebenarnya RM400 sekali dengan daycare..Affan la yang bagi tau aku tiga ratus lebih..macam mana boleh salah dengar tah..ampun kawan2 ku..

piece : kathyjem 

5 comments:

Unknown said...

Comel sangat raisah hihihi good job raisah :*

kathy jem said...

nurul haffiza : hehehe mekaceh.. ^_^

FadMN said...

anak i pun payah sangat nak bangun pagi.pagi2 sora mak dah macam singa orang dengaq.huhu.

Zaza Abdul Latif said...

tomeynya Raiisah. Dah pandai bawak diri ya sekarang kat skul.

Nadya Zahid said...

hehehheh...my son kalau nak pegi school..cko nak pegi stung!hahahaahah