Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, July 19, 2016

Raiisah Bertemu Puteri-Puteri Disney

Bestnyaaaaa...hari tu dapat jemputan ke Program Disney Dream Big, Princess Academy iaitu anjuran dari Astro Circle di DoubleTree Hilton..Awal2 dah bagitau Raiisah..Raiisah nanti Raiisah jumpa princess tau..Raiisah : angguk2..hehehe..

Acara ni diadakan bersempena pelancaran Disney Kids Club iaitu sebuah program keahlian eksklusif, kolaborasi bersama Astro Circle untuk pelanggan saluran Disney (Astro CH 615) dan Disney Junior (Astro CH 613) dalam pek astro kids..

Sampai2 program dah start..

Raiisah excited dapat goodies bag, dalam tu macam2 Raiisah dapat, ada crown princess, patung barbie, cd frozen macam2 la..

Actually ni adalah prgoram khas dari Astro Circle dan Disney sempena pelancaran keahlian eksklusif buat pelanggan..Program Disney Dream Big, Princess Academy ni dibuat untuk anak-anak yang hadir pada hari tu untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik..

First karakter disney yang muncul ialah Sofia the First..Raiisah terus berdiri tegak nampak Sofia masuk dalam ballroom..Raiisah : Mummy tu Sofia..yeaaa!!! amboi bertepuk-tepuk tangan nampak Sofia ye..hahaha

Daddy Raiisah pon excited tengok Sofia the First atas stage sampai kembang kempis hidung teruja..hahaha

Sofia siap bagi inspirasi dan tunjuk ajar untuk kanak-kanak yang hadir supaya percaya pada impian mereka dan menonjolkan kreativiti masing2 supaya mereka boleh jadi seorang puteri..bukan kata kanak2 perempuan je, kanak2 lelaki pon Sofia tunjuk kat mereka untuk tampil bergaya dengan tiara dan tongkat ajaib..

Alooo Raiisah terpaksa jenggek kaki, tak nampak ye..hahaha tapi sempat jeling kat siapa la tu..

Dia dok sibuk nak bukak patung princess..Mummy cakap balik nanti la bukak, tu yang muncung sedepa tu tak dapat bukak..

Wahhh karakter disney ke dua muncul, Cinderella..Ko semua kanak2 dalam tu menjerit-jerit nampak Cinderella..aku pon teruja tengok kecantikkan Cinderella..

Bayangkan kalau aku pakai baju Cinderella tu..Pengsan Affan tengok..hahaha

Mummy nak bukak Frozen..balik rumah yer sayang..macam2 dalam goodies bag tu dia dapat mana leh tahan, abis semua nak dibukanya..budakkan mana boleh tunggu, kalo boleh semua benda dia nak main tang tu jugak..sabar2 balik kang main la puas2 ye Mekcha..Nak jadi princess kena dengar cakap mummy..hahaha

Kanak2 yang hadir dapat bergambar dengan Cinderella..Kemain main Raisah siap angkat kain, perasan jadi Cinderella la tu..hahaha

Siap lambai2..orang2 kat bawah stage semua gelak tengok aksi selamba dia..

Raiisah dapat hug dengan Cinderella masa ni tapi sayang aku tak sempat nak snap, dok kalut  sengeh2 Raiisah dapat peluk dengan Cinderella..hahaha

Kemain kawad kaki polis lepas dapat bergambar dengan Cinderella yer..

Suka sangat buat muka macam tu kalau suruh senyum..tu muka happy la tu..lepas tu Raiisah di beri cookies..terkejut tengok boleh colour pakai pen atas cookies tu..boleh makan ke tu?? hehehe

Filla pon ada join sekali event hari tu..dia bawak Aleeysa..Apa tah Raiisah cakap dengan Filla masa ni kemain mulut muncung2....

Raiisah buat muka lagi..hahaha dia kan memang macam tu la setiap kali suruh ambik gambar dan2 muka budjet comel..tengok Aleeysa Raiisah, elok je die senyum pandang mama dia..

Haa ada pon gambar ok dengan Raiisah..Hi princess Raiisah..nampak cookies tu abis dia conteng..mula2 elok lukis smile pastu jadi apa tah..hahaha God job Raiisah.. >_<

Dan akhir sekali Rapunzel dari filem Tangled..cantiknya lahai Rapunzel ni..Rapunzel siap ajar kanak2 yang ada, macam mana nak menghasilkan tanglung..ok lepas ni Raiisah boleh buat tanglung.

Tengah queue nak bergambar dengan Rapunzel..

 Sweet tengok Rapunzel bercakap dengan Raiisah..

.Malu2 pulak Raiisah dengan Rapunzel..

Daddy pulak yang bersemangat buat tanglung...Nak tunjuk bakat terpendam la tu..kekeke

Dah siap tanglung Raiisah..

Laaa tercabut pulak..terus monyok..hahaha daddy pasang tak betul laaa.. =P

Ok daddy pasangkan balik..

Selain Filla, Audrey pon ada jugak..

Tegah queue nak bergambar dengan Sofia pulak..

Matsalleh ni kemain bagi kata2 semangat kat Raiisah suruh beratur..hahaha Raiisah pon beria-ia la angguk menunjukkan dia faham kena beratur.. Tengok Aleeysa dah tak sabar nak bergambar dengan Sofia la tu..Masa mula2 Sofia sampai dia la yang terpaling hepi sekali, Sofia bla terus muka masam..hahaha Comel jer..

Siap high five dengan Sofia..

Siapa yang join jadi ahli Disney Kids Club akan dapat keistimewaan dan kelebihan sepanjang tahun seperti :

-Acara tayangan filem bagi karya Disney terbaharu seperti Finding Dory, The BFG dan Pete’s Dragon

-Pengalaman serta acara bertema istimewa yang eksklusif untuk ahli Disney Kids Club

-Prioriti dalam akses ke sesi ramah mesra eksklusif bersama karakter-karakter Disney

-Barangan keahlian eksklusif termasuklah hadiah harijadi istimewa Disney kepada 50 ahli bertuah yang mendaftar dalam bulan kelahiran mereka di laman sesawang

-Buletin bulanan yang padat dengan berita menarik serta info berkenaan aktiviti akan datang

Raiisah dapat sijil kedatangan..bila naik atas stage mesti nak lambai2 ye Raiisah..hahaha seronok sangat 3 kali naik stage..Anak2 je boleh naik, mak bapak sila tunggu di bawah yer..hihi

Cepat Raiisah, Aleeysa tak sabar nak bergambar denga Sofia tu..lama sangat Raiisah atas stage..

Raiisah bersama YY..YY ni manager Filla..manja sangat Raiisah dengan YY..Rajin YY melayan Raiisah..Raiisah kalau orang layan dia memang dia suka..nak nak berdukung macam tu memang tak nak turun la..

Thank you Daddy teman mummy event pagi tu..

Raiisah dan Fiona..masa ni Raiisah ternampak swimming pool kat luar tu, tu yang muka macam cuka nak berswimming..

Kami yang sangat enjoy bawa anak2 join program Disney Dream Big, Princess Academy..macam2 pengalaman dan aktiviti kami lakukan bersama anak2..

Bertambah lagi koleksi mainan Raiisah..Thank you Disney Kids Club.. ^_^

So siapa nak join anak2 untuk jadi Disney Kids Club boleh daftar melalui Astro Circle di laman web
https://www.astro.com.my/astrocircle/disneykidsclub dan FB Astro Circle https://www.facebook.com/astrocirclemy/ ataupun Instagram mereka @astrocircle 

piece : kathyjem

4 comments:

ijan said...

sukanyeeee mak ecah tu...

tgk kak pilla dah petite dan comel...alih2, tgk mak buyung Kathy lagi petite...ohh my, kalau berpic dengan korang ni, sure Jan serupa gajah ni...hehe

Unknown said...

aunty yang dah tua ni pun jeles tengok raisah tauuu

Cici said...

Ni kalau I pergi, dengan dengan I dok berangan nak jadi princess =p tetiba ngidam nak pakai baju cinderella , boleh? =p

Hafiz Hafizol said...

haha kemain teruja muka Abg Affan