Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, November 9, 2016

Produk anti penuaan mana paling sesuai??

Lumrah wanita takut pada umur yg mana setiap tahun akan bertambah dan bertambah..Seramkan dengar bile umur menjejak 30-an ni? Mesti rasa saham turun kan..kalau dah berkawen ok takper lagi, kalau yang belum kawen seram sejuk dengar..hehehe bukan cakap sesiapa ek, cakap diri sendiri.. Tu pekara normal kan, takde wanita yang suka jadi tua..Bila sebut je umur makin meningkat mesti dah terbayang-bayang muka kusam, kedut sana sini, kulit tak bercahaya..

Wait waitttt jangan fikir terlebih sangat ye kakak-kakak sekalian..biarlah angka bertambah setiap tahun yang penting kita tahu cara untuk menjaga kecantikkan yang dimiliki supaya tidak dimakan usia, gitewwww...macam mana yaa nak kekal awek muda?? meh kita share sikit tips macam mana nak kekal awek muda sepanjang zaman.. ^_^

Rutin senaman -
Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu..kalau yang takde masa bersenam korang boleh cuba gerakan ringan yang mudah dilakukan..Contoh bangun pagi, jalan keliling rumah sekurang-kurangnya 15 minit..takpon senaman lantai yang ringan dan ringkas..kalau kat pejabat rehatlah sekurang-kurangnya 5-10 minit kalau sibuk sangat..bangun dari tempat duduk dan hirup udara segar dan regankan badan, atur pernafasan sambil pejamkan mata..

Rehat berkualiti -
Jaga tidur utk bagi tubuh berehat selain memproses dan membaiki sel dalam badan..Sekurang-kurangnya tidur 6-7 jam seari..jangan biarkan otak tidur dalam keadaan stress..dan lagi satu sebelum tidur elakkan minum terlalu banyak air kerana ia akan menyebabkan anda terjaga di tengah malam untuk ke tandas yang menyebabkan masa tidur terganggu..

Minum air kosong -
Dapat membantu menjaga kelembapan kulit..kalau kurang minum air menyebabkan kulit mudah kering dan ini menyebabkan kulit akan tampak lebih kusam dan mempercepatkan proses penuaan.

Pengambilan vitamin -
Kandungan vitamin yang terdapat dalam sayur-sayuran misalnya dapat membantu melindungi dan memperbaiki sel-sel tubuh awet muda..so korang makan la buah atau pon sayur-sayuran sekurang-kurangnya 3 kali sehari..baru la dapat kulit sihat dan awet muda..

Produk anti penuaan -
Kalau boleh kita guna produk anti penuaan ni sejak awal2 lagi, sekurang-kurangnya apabila usia sudah memasuki 20-an..Selain penggunaan produk pencuci muka, pelembap dan krim pelindung cahaya matahari, dan diikuti rawatan kulit wajah dengan penggunaan produk seperti serum, krim malam dan krim mata..Sebaiknya, pilih produk rawatan anti penuaan yang sesuai untuk umur kita sebab bahan2 yang terdapat dalamnya dapat membantu melambatkan proses penuaan..

Apa produk anti penuaan paling sesuai?? 


Olay Miracle Duo ni amat sesuai utk semua jenis kulit sebab ia dapat membantu mengurangkan garis halus di muka, bawah mata, leher dan pangkal leher..Nak nampak kesan yg terbaik, memang terbaik dan sangat baik harus kena pakai kedua-dua produk Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence + Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream..Hasilnya kulit akan nampak cerah berseri, lembut dan licin..

Meh tengok cara yang betul untuk pakai Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream dengan Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence nie dulu

Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence yang di reka untuk meningkatkan penembusan aktif anti-penuaan pelembap dan meningkatkan metabolisme sel kulit dan pembaharuan yang menakjubkan, kulit muda yang kelihatan sehingga 10 tahun lebih muda. Penurunan pertama bermula pembaharuan juta sel-sel permukaan dan membantu kelihatan mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada kulit muka..


Cara nak pakai just picit kepala botol untuk menarik cream ke atas..lepas dah picit terus letak ke atas permukaan kulit..

Selepas itu boleh sapu dengan menggunakan jari  dan ratakan disekitar wajah dan juga leher.


Yang best Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence ia menyerap terus dalam kulit hanya berapa minit..

Lepas tu apply Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream yang merupakan krim terkini dan paling laris di kategori krim anti-penuaan..Ini merupakan hasil penyelidikan yang telah dilakukan lebih daripada 50 tahun sehingga berjaya mengeluarkan formula yang mengandungi Amino-Peptide Complex dan Hydra-Firming Complex yang berguna untuk mengangkat, serta mengetatkan kulit wajah sehingga kelihatan jauh lebih muda.

Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream memberi kesan rasa yang pantas serta menyerap ke dalam kulit dengan cepat..


Gunakan dengan hujung jari..


Letakkan sedikit pada wajah dan leher..sapu pada seluruh pada muka..

See cepat dia meresap..best rasa macam tak pakai cream..


Dah hasilnya..

Kulit terasa lebih terhidrat, lembut, dan licin. Lihat keputusan dalam masa 5 hari penggunaan. Garis dan kedutan menjadi lebih ringan. Kulit kelihatan lebih sihat dan lembap.

Kadang2 yang baru kenal kita tanya, Kathy umur berapa??! dah 32 tahun.. eh eh macam tak 32 la, nampak macam 20-an.. amboii dengar orang kata muka macam 20 an kembang kembis hidung dengar..napa tak percaya saya dah 32 tahun..hahaha Sila la pakai kedua-dua produk Olay Regenerist Miracle Duo ini.. ^_^

More info layari website ye https://www.everydayme.com.my/olay 

piece : kathyjem

3 comments:

Jueliza Jamani said...

jue pkai ok sangat tau.. best olay ni..

Jaja Zaleha said...

Berapa harganya ya produk ni? Teruja tengok perubahan pada kulit tu..awesome!

Unknown said...

Umur berapa sesuai pakai ni?