Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, November 22, 2016

Sudocrem paling berkesan untuk baby

Hi korang..saje nak share dengan korang nappy cream untuk baby..serius memang kesan dia sangat cepat dan mujarab..dulu masa Raiisah baby pakai nappy cream brand Pureen..mula2 pakai ok lama2 macam tak serasi pulak dengan Raiisah..ingat lagi macam2 brand la try pakai semua pon keluar ruam kat celah peha..Raiisah pulak kulit dia jenis sensitif sikit , cepat naik ruam..padahal lampin kerap kot tukar pon naik ruam jugak..

So yang adik kali ni aku banyak research..ecece takde la research sangat pon..ni pon terperasan IG Hanis Zalikha pakai brand Bepanthen untuk anak dia..dia cakap ok brand Bepanthen dan serasi untuk anak dia si Yusuf yang comel tu..

So aku pon try la pakai Bepanthen ni untuk Afif..ok kesan dia cepat gak ruam tu hilang..tapi tu la baby kan kerap berak..sehari berkeping-keping diapers tukar pon naik ruam jugak walaupon sapu nappy cream..

So disebabkan Bepanthen tu dah nak abis..nak pergi beli macam malas..hahaha bukan malas boleh je suruh Affan beli tapi teringat masa lepas bersalin hari tu Hospital An-Nur ada bagi free nappy cream brand Sudocrem..so baik pakai dari expired macam gitu je..balik dari hospital bersalin hari tu macam2 hospital An-Nur bagi..ada pampers, sabun pencuci pakaian baby, sabun mandi dan juga nappy cream..terima kasih An-Nur Bangi..

Fungsi Sudocrem ni melegakan dan melindungi kulit bayi..Sudocrem ni bertindak 3 cara yang mudah..pertama ia mengandngi emolien yang melegakan kesakitan..kedua, sifat penyejuknya yang dapat melegakan kesakitan dan kerengsaan..akhir sekali, asasnya yang tahan air membentuk rintangan sebagai perlindungan, membantu mencegah perengsa iaitu urin dan tinja daripada bersentuhan dengan kulit..kalau pakai hari ni esok tu terus ruam kurang..

Tapi Sudocrem ni bukan pakai untuk ruam lampin je boleh juga diguna untuk luka, lecet, kelecuran ringan, melegakan keadaan-keadaan kesihatan kulit seperti akne dan ekzema..

Sangat sangat recommended untuk ibu di luar sana yang tengah mencari cream ruam lampin paling berkesan..harga berapa?? alaa tak sure pulak berapa harga berapa sebab cream ni kan dapat free..hehehe yang Bepanthen tu kotak kecik rm8.90 macam tu..

Kalau korang tanya aku antara Bepanthen & Sudocrem mana yang ok..bagi aku Sudocrem sebab kesan dia lagi cepat.. =)

piece : kathyjem

16 comments:

Jepun Mari said...

yep sgt bagus cream ni, rashes kat celah kangkang baby hilang.
ms bersalin pun dpt free sudocream hospital bg.

kathy jem said...

Zie Azi : kan..kesan dia sangat bagus dan cepat..nanti abis yg free ni nak cari botol besar sikit.. =)

::.GeiNa.:: said...

Mana nk crk erk kathy... Zakwan ruam susu la...hbs pipi die...sapu drapolene..nk ilang ruam nt die gosok2 muka naik blk....leh guna utk ruam susu kan

kathy jem said...

Geina : rasanya kat farmasi ada jual..

cikpuanhady said...

tak pernah try lagi sudocream ni.. bepanthen pernah.. nanti bolehla try sudocream pula..

jemput singgah blogshop saya, intai2 shawl, blouse..

http://mymodestycloset.blogspot.my/

Unknown said...

betul kahty...i pun guna sudocream ni..mmg terbaik..hospital jugak yang bagi tu..pastu terus gi beli yang besar punya..kat guardian ada jual...eh lazada pun ada hehehe

Unknown said...

betul kathy..sudocream ni mmg terbaik lah..kite pun guna ni..hospital jugak yang bagi..pastu terus g beli yang besar punya..kat guardian ada jual..eh kat lazada pun ada

NurainiMZ said...

samalahh...dapat cream ni dari hospital lepas bersalin dulu. elok je pakai..

Unknown said...

Khaty u try pakai Earth Mama Angel Baby bottom balm. Serious bagus & stereoid free. I pakai for my baby since lahir sampai 3 tahun x pernah sekali pon kena ruam. Siyes, u try la kat ur baby. Balm ni pon even recommended by Dr Harlina (wife angkasawan malaysia tu) hehe

Nisa said...

Dkt pipi elok lg pakai herbal blend dr shaklee..no paraben
** sy x jual just kongsi..blh gugel :)

Unknown said...

maaf kalau pakai untuk ruam badan bole tak ..

Unknown said...

bolehkah guna untuk ruam badan

Unknown said...

Ruam susu di muka boleh guna ke?

Unknown said...

Untuk ruam kat pp baby cream yg mane elok

Unknown said...

anak saya kulit belakang telinga..kemerahan n berair..blh tlg cream ape yg bgs?

Unknown said...

Utk ruam pipi boleh guna sudicrem ni ke?