Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, August 22, 2017

Water Rafting Sg. Sedim Part 2

Pada hari ke 2 di Sg. Sedim..

Kitaorang tidur awal malam tu..Selesai dinner maggi masing2 tarik selimut kebommm..perut dah kenyang hujan pulak tu, perghh memang syok la kan tidur..malam tu tidur dalam kesejukkan, macam pasang aircond pulak padahal pakai kipas je..Chalet kami stay ni takde aircond..

Selesai subuh terus bersiap sebab pukul 8.30 dah kena gerak untuk buat aktivti flying fox, water confidence dan water rafting..kalau tak water rafting lepas lunch tapi kiteorang mintak di awalkan.. dah alang2 baju tu basah sambung terus la water rafting..petang nanti boleh rileks2..kalau tak hujan kami nak ke Tree Top Walk..kalau hujan petang tu sila menangis ramai2 dalam chalet yer..hahaha..😂

Kemain semua berhitam, bila Dib bagitau dalam gambar nanti tak cantik semua tudung hitam, masing2 laju tukar tudung yang ada colour..hahaha yang tukar Ceera dengan akak je la yang lain maintain tudung sama..Dib bagitau tips bila bergambar dalam hutan harus memakai tudung bercolour terang..baru la dalam gambar hidup..dan di larang sama sekali memakai baju or tudung berwarna hijau, nanti gambar tak cantik..hahaha aku malas nak tukar, pakai je tudung hitam tu..esok la pakai tudung bercolour..orang perempuan kan tudung pon jadi masalah besar..😂

Muka di awal pagi..Andak dan Mekchu..

Kami bilik yang pertama bersiap..bilik lain ada yang sampai lewat malam..sian dorang berapa jam la tido..rasanya dorang dah biasa travel malam so takde hal la tidur 3 4 jam..bertolak dari KL tengah malam pon takde hal aku rasa..kalau aku tk boleh weii..mau tertido masa flying fox..hahaha 🤣

Disebabkan aku nak buat video harus la setiap gerak geri kami di rakam..

Bila mak2 di beri kebebasan mula lupa diri..kekeke Seronok ye tunggu sat lagi masing2 menjerit atas air..

Masing2 posing tak nak kalah..ni posing nak masuk hutan ke photoshoot magazine..hahaha ampun ye korang, mak2 baru dapat kebebasan memang macam ni sikit..nasib Affan tak join, kalau tak kena bahan je memasing asyik pose je..😝

ok dah penat melompat..tunggu breakfast..

Ni la Adibah, orang panggil Dib..kawan Andak..Dib la orang kuat disebalik pengurusan kami ke sini..dari awal sampai abis semua dia yang incharge itinerary..terbaik Dib..next plan pulak nanti okey..hehe Plan tu kena tunggu Akak, Ceera, Andak dan Mekchu balik dari negara Kangaroo..hooo syoknya korang holiday lagi..nak ituttttt!!

Depan chalet luas sangat, boleh muat 3 4 kereta kot..pemandangan sangat cantik so jangan dilepaskan.. 

Ok breakfast dah sampai, nasi lemak dan teh panas..

Anak siapa la tu rajin, siap cedokkan nasi untuk setiap pinggan lagi..untung siapa yang berkahwin dengan Kekra ni..😝

Satu senduk cukup la..kang makan banyak2 terkeluar pulak nasi lemak tu, dah lah jap lagi nak lompat2..eh tapi nasi lemak tu sedap, macam meminta-minta nak tambah..nasib nafsu makam akak lemah pagi tu kalau tak 2 3 senduk dah tambah..hahaha

Makan kenyang2 sat lagi banyak tenaga nak pakai..

Perasan tak menatang apa yang hinggap dekat tudung Ceera..Suka betul dia dengan Ceera..Andak sergah pon dia buat dekkk je..hahaha

Lepas semua breakfast kami terus ke aktiviti pertama iaitu flying fox..dengar pon dup dup..belum lagi nak buat..last buat flying fox masa tahun 2014, masa tu terpilih untuk cabaran Shaylanista tv9..flying fox kat situ lagi seriau, panjang kot dan bawah tu tasik..tinggi pulak tu..

Nak ke tempat flying fox tu kami naik jeep, dorang sediakan pengangkutan..ramai2 himpit satu kereta, budak lelaki duk atas bumbung..Yang bawak kami tu Kuchai nama dia, dia la yang guide kami sepanjang berada dalam hutan..Ingat daun Kuchai ingat la dia..hahaha Hoii masak ketiauw goreng basah letak daun kucai sedap wooo..dah kenapa tiba2 cakap pasal ketiauw goreng basah ni..menaip di kala perut berkeroncong memang macam ni..kikiki Kuchai kalau baca ni jangan marah naa..😜

Petang kang kami nak ke Tree Top Walk..kalau tak hujan la , kalau hujan bye bye! tapi Alhamdulillah cuaca pagi tu tak hujan, Kuchai cakap dah 3 hari berturut-turut hujan di Sg. Sedim ni..harap2 tak hujan la petang tu..

Menunggu rakan2 yang lain sampai..

Masa ni tak tau lagi ada pacat sedang menanti kedatangan kami..

Tengok air sungai bawah tu rasa tak sabar pulak nk terjun..Dah berapa hari hujan, air sungai keruh..Awal pagi lagi, tengahari kang ok la kot air sungai tu..Kuchai bagitau dah lama tak hujan kat area Sg. Sedim ni so bila lama tak hujan, air hujan mai dari atas tu yang jadi colour teh ais..

Ok cabaran pertama, flying fox..sedang mendengar arahan tentang cara menggunakan peralatan untuk bermain flying fox..

Dah ready semua..ok Dib hang kena pergi dulu, sebab hang dah biasa main flying fox ni..kami ni tak berani lagi, tunggu berani muncul baru kami turun sat lagi..hahaha Punya takut nak jadi orang paling awal kan sanggup merelakan kawan2 pergi dulu..

Dib orang yang sampai awal maka dia la kena ambik video kiteorang dulu..mehehehe phone aku dia yang pegang, aku lak pegang phone dia dari atas..

Ready dah #gengsatukereta semua..

Tak sabar nak terbang..

Mula2 cuak, lepas dah buat flying fox rasa macam nak buat lagi pulak..macam best pulak terbang sambil jerit ala2 tarzan..hahaha Full video besok kita upload..

Boleh tak part Ceera aku tak tekan button on video masa tengah record tu..demmm..macam mana boleh tak tekan tah..aduhh sayangnyaaaa..nasib Ceera ok walaupon tahu dia geram kat aku sebab dok kalut pegang phone tapi tak record video dia tengah terbang..hahaha..ampun manjer, nanti next aktiviti aku record video ko terbang banyak2 ok..cayang cikit..😚

Selesai flying fox dorang bagi rehat, apa lagi basahkan tekak dengan teh tarik panas..ada cafe tau kat sini..kawan yang lain siap oder chicken chop lagi..hebat tak hebat..sedap pulak tu chicken chop dia..

Ok next aktiviti, water confidence..

Ramai2 bergambor sebelum sorang2 terjun..

Nampak macam rendah je kan batu tu, cuba korang berdiri atas batu tu, silap2 rasa macam berdiri atas KLCC..Silap2 ada yang tak nak terjun..😂

Cuak gile weii, tengok sebelah tu air dia deras macam mana..masa nak terjun rasa macam sesak nafas dibuatnya..rasa macam ada satu dinding halang untuk terjun..hahaha amboi over..lepas dah terjun rasa lega yang teramat hoiiii..terus rasa confident nak terjun 80 kali..😂

Semua berjaya terjun kecuali Andak 3 kali fail..kali ke 4 baru menjadi terjunan tu..nanti korang tengok video Andak terjun macam mana..terjunan Andak paling win sekali..hahaha setiap kali tengok setiap kali tu gelak berdekah-dekah..ampun Andak..part Andak nak terjun paling kelakor dan comel..😂

Aktiviti ke 3, water rafting...ni yang ditunggu2..sedikit briefing..nanti dorang akan tunjuk cara macam mana nak pegang paddle, nak kawal boat dan apa perlu buat kalu boat terbalik..nanti dorang ajar la semua tu, tak susah pon..mula2 dengar, mak aii macam susah je nak handle tapi bila dah duduk dalam boat tu tak susah mana pon just dengar arahan je jalan..best sangat2 tau..korang ada peluang pergi la join water rafting ni, mesti balik tu terngiang-ngiang..hahaha..macam kiteorang masih tak boleh move on lagi..hihi

Ready semua..Bismillah..semoga semuanya selamat pergi dan selamat mendayung..harap2 ada yang tak cium batu nanti..

Ada kawan2 yang dah pergi water rafting kat Kuala Kubu Bharu kata, Sg. Sedim ok lagi tapi terus masuk gear 4..kat KKB lagi extreme dorang cakap, sungai dia lagi lebar..

Antara semua laluan, ni la paling curam sekali..nampak macam tak curam sangat kan padahal jantung dah berdebar-debar tengok air deras kat situ..hoi kalau jatuh masa turun macam mana ni..mula la fikir bukan2.. dah la team kami yang pertama kena turun sebab kami sampai dulu kat sini..

Semua orang dah ada baru satu persatu boat di turunkan..masa turun kat sini tak boleh pegang paddle..bahaya pegang paddle masa tengah turun sebab curam 90 darjah kot..masa turun kena pegang tali kat boat kuat2..yang lain berjaya mendarat dengan baik kecuali team Andak ada sorang jatuh..

Yeaa semua berjaya!! dan kat sini la aku orang pertama yang kena pacat..ciss kena jugak cium dengan pacat..sibuk je pacat tu nak manja2 dengan i..mula2 rasa macam gatai2 pedih bawah dagu, pegang la bawah dagu tengah dok garu2 rasa macam lembik2, sekali tarik tu dia PACATTTTT!!!!! apa lagi bergegor la hutan dengar suara aku..hahaha serius weii aku memang takut pacat sebab pernah ada sejarah..sebab tu takut, eh bukan takut geli dengan pacat..

Ok sambung langgar batu jom..seronok pulak henjut2 badan atas boat bila boat stuck kat atas batu..pastu merasa la kan sakit satu badan..hahaha

Pukul 3 lebih baru settle semuanya..terus naik jeep balik ke Chalet, masing2 dah kebulur..makanan macam roti, biskut, cokelat semua tu kami tak bawak tinggal kat Chalet..yerla takut takde orang nak pegang lagi pon semua dok atas air..baik takyah bawak, bawak badan je..

Makan tengahari dorang sediakan, termasuk sekali dengan pakej..harga bilik semua tu next entry aku bagitau okey..

Dah kenapa terselit pacat kat sini..ada kejadian di sebalik gambar pacat ni..hahaha Bila semua dah abis makan, semua masum bilik nak mandi tukar baju semua tu..tengah semua syok2 nak bukak baju sekali Kak Echa terperasan pacat dibelakang badan Andak..apa lagi menjerit la Andak dapat tahu pacat belakang badan dia..nasib Kak Echa berani dia la yang buangkan..Dib bagitau sampai chalet depan boleh dengar suara kitaorang..hahaha Seronok pacat tu dok belakang Andak..masa flying fox tu perasan Andak sandar kat batu..masa tu la kot pacat tu naik atas badan Andak..seronok pacat tu water rafting sekali dengan Andak..😂

Ceera, Kathyjem, Husna, Dib, Mekchu dan Andak..

Makan petang laksa kedah..baik sangat Kakak yang masakkan makanan tengahari untuk kami..Manis mulut Andak mintak request nak laksa Kedah, tak sangka akak tu masak betul2 untuk kami..lupa dah nama akak tu..terima kasih akak bersusah payah masak laksa untuk kami..sedap kot laksa kedah akak ni masak..2 kali aku tambah..haha..ada orang pantang setahun makan laksa,  aku belasah je..cannot tahan..😂

Dinner di kedai tomyam..dekat je dari chalet kami..

Ceera oder sup tulang..makan kat sini dah la murah sedap pulak tu..Ceera masa nak bayar sampai adik tu tanya, "Kenapa kak, mahal ke semua yang saya kira ni"..Ceera dah buat muka pelik masa ni.."Tak dik, murah sangat".. 😂

Ok masing2 dah kenyang, dah penat, dah sakit satu badan, moh la kita pulang dan tidur...besok nak hiking pulak..semoga tidak ada pacat yang akan mengikuti kami..hahaha

piece : kathyjem

2 comments:

Unknown said...

Hahhaaa....lawak wey...ada gak watak aku weyyy😂😂😂tima kasih sb catat smua citer ni tuk kenang kenangan.3rd entry ada dak..i lebiuu😘😘😘

Eliss said...

seronoknya. esp part water rafting tu. tak pernah cuba. pacat memang banyak tambah2 hujan malam sebelum tu.