Muka ceria di hari 3..rasa tak puas pulak 3 hari, patut ambik 4 hari kan..hahaha 2 hari pon dah sakit2 badan ada hati nak tambah 4 hari..
Bersiap-siap sebelum bertempur dengan pacats..hahaha..sejak kes Andak kena pacat memang kiteorang ambik langkah berjaga-jaga iaitu menyapu minyak angin di seluruh badan terutama kat kawasan kaki dan peha..behehe..tu port paling disukai pacat..dengan stokin2 sekali kiteorang sapu minyak angin..orang cakap pacat tak suka bau minyak angin..
Ok semua dah ready! yuk kita mulakan..sebelum tu moh ler kita bergambar beramai-ramai dulu, untuk dijadikan kenangan anak cucu cicit nanti..dah kenapa gambar kasut jd kenangan pulak..😂
Dah ada nama baru geng Sg. Sedim..hahaha Nanti kita repeat kat Kuala Kubu Baru pulak..
Awal pagi kan semua muka comel2 flowless..tunggu tengahari kan hilang kecomelan tu...hahaha
Breakfast pagi tu nasi lemak, kuih masalodeh dan teh tarik panas..dorang bungkus siap2..kiteorang simpan nasi lemak tu, nak makan kat air terjun nanti..makan kuih lapik perut dulu..pagi tu rasa macam kenyang pulak, padahal tak makan apa pon pagi tu maybe dinner berat malam sebelum tu kot yang perut rasa kenyang..so kita makan masalodeh dulu..
Tak abis gaya terbang tu..
Tinggal 15 orang je, lagi 4 dah balik KL ada emergency hal..
Nak ke Tree Top Walk dan jungle trekking kami naik kereta..kalau tak dorang suruh menapak dari chalet ke situ..hoii memang idok ler jauh kot..depa kata dekat..dekat lagu mana tu, kalau berjalan mau tengahari kang sampai..hahaha
Sampai jugak kami di sini, Tree Top Walk Sg. Sedim..kalau tak kami nak pergi petang semalam tapi hujan so cancel bawak ke hari ni..nak masuk sini kena bayar RM10..kanak2 RM7..
Kalau korang nak tau kat sini la Jambatan gantung besi sepanjang 950 meter dengan ketinggian 50 meter dari tanah dan dianggap Titian Canopy Terpanjang di Dunia dan di Asia..nak pesan kalau mai sini kena pakai kasut bersesuaian sebab atas besi tu macam licin sikit..
Berada di ketiggian 18000 MM tu..huihhh seriau tapi rileks je..syok jalan2 sambil melihat keindahan ciptaan Allah swt..😊
Bila waktu pagi ambik view kat atas ni sangat la cantik..
Port sini ambik gambar lawa sangat..takyah edit pon memang cantik..lagi2 orang yang berada dalam gambar tu semua lagi la gambar extra cantik..🤣 #jangankecam
Selesai aktiviti laluan jambatan terpanjang di Asia kami nak ke waterfall trekking pulak..sebelum tu dengar sikit taklimat dari abang guide..
Ada 2 laluan iaitu trek atas simen dan tanah..nak pilih tanah atau simen?? ofcoz kiteorang pilih simen konon nak elak pacat..kalau laluan tu semuanya tanah ko ghasa berapa ekor dok tumpang kami..hahaha trek atas simen pon banyak giler kot pacat..pastu pulak baru lepas hujan 3 hari lepas, memang syok la pacat membiak dan mencari mangsa..
Stop jap tunggu kawan2 yang lain..ada anak sungai..
Laju2 pon sempat selfie..
Sebelum sampai trek yang bersimen kami kena lalu trek atas tanah dulu..Sepanjang jalan kejap2 tengok kasut, kejap2 tengok seluar kot2 pacat tumpang..sekali memang sah pacat menumpang Mekchu pastu aku pastu Andak pulak..Andak paling kuat sekali menjerit..sampai dorang suruh Andak bertenang..hahaha Mau tak dah la semalam pacat ikut Andak sampai sedap membuncit dia hisap darah Andak..hari ni kena lagi, menjerit satu hutan la dengar suara Andak..hahaha Aku menjerit tak?? gile tak menjerit..pacat kot, lipas aku ok..kalau lipas merayap aku rileks boleh tampar dia tapiiiiiiii jangan pacat..gelii!!!..ular pon jangan memang aku akan pecut 100meter kalau nampak dia..😂 hoii macam mana nak jadi minah survivor ni..hahaha..terus teringat program Survivor yang femes kat Ntv7 dulu2..
Ok sampai check point yang pertama..sampai je terus masing2 check kasut..takut pacat terselit dalam kasut..fuhhh nasib baik takda..mujur la aku pakai kasut pink, pacat naik memang nampak..kalau la ku tahu ada pacat beribu lemon di sini memang 3 4 helai stokin bola aku pakai..Mekchu lagi la pakai stoking hat buku lali tu, hurmm memang pacat attack kaki dia je la..aku rasa sepanjang perjalanan tu dekat 20 ekor dok hinggap kaki Mekchu..
Akak ni rileks je macam takde apa2 berlaku..padahal 3 4 ekor pacat bergayut atas kaki dia..siap pakai sandle lagi tu..hebat tul akak ni..nasib baik abang guide ni yang buangkan pacat kat kaki akak ni..
Rasakan ko pacat berdiri atas panas..pacat kalau berada di cuaca panas mereka akan lemah..so mereka akan berusah mencari tempat perlindungan yang lembap..
Mekchu kena lagi..dalam kasut pulak..
Apa tah nama buah ni..abang guide cakap buah ni boleh makan tapi pedas..dia suruh kiteorang makan..ermmm takde keberanian la nak makan..
Setelah berperang dengan pacat akhirnya sampai jugak kami di kemuncaknya..Waterfall!!!!!
Dia ikut lagi kami kat sini..kat atas pasir ni pon banyak pacat..haii la pacat buat kami tak duduk senang dan tenang..ada saja kamu..suka dekat kami ekkk..hahaha Gigih Kuchai buang pacat kat kasut Eira..Tengok Mekchu belakang tu, kena lagi dengan pacat..kali ni kena gigit sampai berdarah..pacat jangan main2 tau, kalau dia gigit pastu tertinggal gigi kat kulit, ermmm memang 2-3 minggu gak la nak baik..sebab tu orang kata kalau pacat tengah hisap sampai keluar darah tu jangan dicabut, biarkan dia hisap puas2..nanti dah kenyang dia akan jatuh sendiri..ko rasa ko mampu nak tengok pacat tu seronok hisap darah ko sambil ko tersenyum manja depan pacat tu..hahaha memang tak la kannnnn..memang ko akan cabut la pacat tu kann..siapa yang berani buat macam tu aku tabik spring..
Berjaya mengharungi cabaran bersama pacat..hahaha so hari ni kita cerita pasal pacat je..
Ok dah lapar nak isi perut..dah molek bukak kasut, aku dengan Eira nak makan nasi lemak atas batu, tengah nak menuju ke batu kaki pon dah masuk air sekali terpandang pacat besar macam lintah elok menguit atas batu..laju2 naik ke darat balik..terus cancel nak makan nasi lemak atas batu sambil menikmati pemandangan air terjun..terbantut terus..hahaha
Dorang jugak yang berani makan nasi lemak atas batu..
Geng satu kereta jugak yang makan berdiri..Kuchai masa ni tak abis2 gelak kan kiteorang..dia siap cakap, hampa macam nak pergi berperang dengan pacat..makan nasi sambil menunggu musuh pacat..hahaha..siut..😂
Akak jugak yang rileks, makan berlapikkan beg..siap bersila lagi..Akak berani sikit..malam yang hari kami sampai tu ada katak dalam chalet kami..rileks je akak angkat katak yang mula2 Mekchu ingatkan daun kering tepi pintu rupanya katak..Akak tangkap gunakan tangan je tapi lapik dengan tisu la..hebat tak hebat akak..sebab tu Akak boleh makan dengan bertenang atas pasir yang dipenuhi dengan pacat..hehe
Bergambar beramai depan waterfall..Siapa nak merasa kesejukkan waterfall kat sini boleh je mandi tapi kami malas nak basahkan baju sebab semalam dah seharian atas sungai..
Sebelum balik lanja sekeping..
Abang guide ni cakap kayu ni walaupon basah still boleh menyalakan dengan api..nama kayu ni lupa..
Yesszaaa!! berjaya menghabiskan jungle trekking..
Pastu masuk kereta zazzz sampai ke chalet..tukar baju mandi kemas bilik terus pulang..lepas tu nak ke Jitra rumah Dib..family dia buat makan2 sikit untuk menunggu ketibaa kami..
Sebelum tu singgah makan tengahari..Ku ambik nasi, sayur dan ikan keli sajer..lapar nasi..nasi kena makan kang badan masuk angin tak pasal2..
Eira dengan yang lain2 oder laksa..giler banyak laksa dia, semangkuk besar macam ni boleh makan dua orang RM4.50 jer..sedap nak menangis makan laksa Kedah ni..apa nama kedai ni ek?? tak tau la..hahaha ampun masa makan ni lupa nak tanya Kuchai..Kuchai la yang bawak kami makan kat kedai ni..dekat dengan area rumah dia..
Laksa dengan ABC..kombinasi yang sangat tepat dan sedap..😋
Sorang ABC, sorang CENDOL..
Pastu singgah rumah Kuchai untuk beli petai dan makan durian..
Bapak Kuchai bilang musin durian sudah nak abis..durian dah tak banyak..
Mata dorang ni lagi bersinar tengok petai dari tengok durian..hahaha
Nikmatnya makan durian..lepas makan tu tekak ku dah rasa lain macam..cuaca panas pulak tu..terlupa pulak nak minum air dari kulit durian untuk hilang panas badan..On the way nak ke rumah Dib badan dah start rasa nak demam..
Masa makan durian nk memang syok betul..dari hari tu dok teringin nak makan durian..paling banyak makan Eira..minah Durian betul pompuan tu..
Pastu kami terus gerak ke Jitra..Dua jam lebih jugak la perjalanan nak ke rumah Dib..masa dalam perjalanan tu badan dah rasa demam..nasib baik bawak panadol..lepas telan panadol baru rasa badan ok sikit..
Tu dia family Dib masak untuk kiteorang meriah macam ni..terharu masa mula2 sampai..
Ok jom makan..
Pulut panggang ni aku suka tapi badan tengah tak sedap tak boleh makan..kang tak pasal2 berangin satu badan..
Demmm ni pon suka tapi sayang seribu kali sayang tekak ku dah mula rasa perit, panas dan sakit..haaa tu tanda apa tu??
Mampu nengok je la..Tu durian adik beradik Musang King tau..berlemak pahit Eira kata..Hoii jeles mendengornya..aku rasa secuit je, nak bagi hilang kempunan..hahaha
Ku mampu nengok je la..Rambutan pon tak boleh..masa ni badan dah start sakit sengal2..ingat nak tidur je dalam kereta..
Dib beehun goreng family ko masak sedap..dua kali kot aku tambah, tu je yang tekak boleh makan..
Andak, Husna dan Mekchu..makan kenyang2 jap lagi 6 jam perjalanan nak balik ke KL..tak boleh stop banyak kali nanti sampai KL lewat malam..hahaha..so makan kenyang2..hehe Terima kasih Dib bersusah payah masak lauk sedap untuk kami..Siap tapaukan lagi untuk kami bawak balik KL..Nanti kim salam kat family ko ek..
Ohh lupa nak bagitau pakej untuk Water Rafting tu..Chalet yang kami stay tu nama Chalet tu Dahlia & Raflesia..Sesuai untuk 7 orang..1 chalet RM320 untuk 1 malam..
So siapa yang berminat nak join aktiviti sihat macam kami buat ni korang boleh whatsaapp atau call terus number ni 019-4546485 Nazirul Ikram..nanti dia akan bagi harga pakej yang macam mana korang nak..macam2 pakej dorang sediakan nak berkayak, paintball, water rafting, tubing, hiking, teambuilding, skipper, fishing, chalet, villa semua ada la..berminat nanti boleh wassapp nombor tu okey... =)
Jom layan video kami sepanjang berada di Sg. Sedim, Kedah..Gigih Kak Kathy edit tau walaupon tunggang langgang sikit..hahaha jangan gelak ek.. 😜
piece : kathyjem
1 comment:
jungle trekking tu yg best tu. dpt pulak mkn dekat air terjun.
Post a Comment