Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, January 6, 2016

Hari Pertama Raiisah Pergi School

Hi semua..Isnin hari tu Raiisah masuk school..pagi tu bangun meragam sikit sebab tidur lewat malam tu..tapi takde la lewat sangat kat kol 11 gak la baru dia tidur..Malam sebelum tu excited giler dia nak pegi school.. "Raiisah, besok Raiisah nak pergi school tau, nanti duduk dengan teacher, ada kawan2" dia angguk jer bila aku cakap macam tu..muka terpancar kegembiraan menanti esok pagi..hehehe

Malam sebelum tu dah ready gosok uniform dia, sediakan baju, pampers, botol susu, semua tu la sebab Raiisah aku hantar fullday..

So pagi tu bangun gerak dia..menangis kejap jerla, ye la tengah sedap tidur gerakkan dia marah la dia..hahaha.. dalam hati ok setiap hari mummy akan dengar rintihan awak setiap pagi macam ni.. T_T ..masa mandi tu pon nangis2 jugak..dah lap badan tunjuk uniform terus diam..ok nak school katanya..

Tengok jam ingat nak singgah rumah mak nak ambik barang Raiisah ada yang tertinggal sekali tengok jam tak sempat..masa dalam kereta Raiisah mulut bising, school mummy school school..Sampai jer kat Little Caliphs terus jerit "Mummy school"... ye kita dah sampai school la ni.. terus jawan "Yeaaaa" hahaha nampak excited terlebih macam tu la..hahaha nampak pulak budak2 baya dia tergedek-gedek jalan pakai baju Little Caliphs lagi la dia teruja..turun kereta ikat rambut dulu..rambut mekcha pon tak sempat nak potong..nanti la ada masa nak potong pendek sikit rambut dia..potong sampai bahagian bahu..

Tu pon tak nak pakai tudung..Raiisah tengok kawan2 semua pakai tudung, Raiisah pon kena pakai tudung.. terus angguk2 nak pakai..elok pulak dia pakai tak bukak2..kalau kat tak sampai 5 saat nak bukak tudung..

Kelas start kol 8.30 pagi..kiteorang sampai pon kat kol 8..pastu terus bayar duit name tag untuk baju seluar semua tu..untuk sementara aku tampal sticker tulis nama Raiisah..takut baju tertukar dengan budak lain kan..

Raiisah mula2 sampai teruja abis..tak dan nak salam teacher menunu masuk..tak sampai berapa minit terus dapat kawan..

Tah apa tah dia tegur makcik dok sebelah aku ni ha..makcik tu iye kan jer la apa yang mekca cakap tu..haiyoo anak aku ni terlebih peramah sangat..mekcha memang macam ni jenis tak takut orang..

Haa tegur abang ni pulak..Rasa budak ni 6 tahun dah kot, besor semacam aku tengok..hehehe

Atototo homei angat anak mummy ni..Bila pakai tudung nampak selambak pipi tu..harap2 bertahan la sampai tengahari kang..jangan tudung tah kemana awak tah kemana udah..hahaha

Kulu kilir macam dia pulak teacher nak urus kelas semua tu..Baju Raiisah semua aku oter..tudung jer tak oter..besar giler kot baju Raiisah dapat ni..teacher dia cakap size paling kecik size S..patut Little Caliphs ada buat size XS untuk budak 4 tahun kan..sebab budak 4 tahun ni kebanyakkan badan comel2 lote..

Masa ni tengah tunggu semua student Little Caliphs semua sampai..

Sementara tu tengok jer la Mekcha main ngan kawan2 dia kat situ..budak2 pon ramai dah sampai masa ni..


Bile tengok video tergelak sorang2..masa record aku tak perasan sangat ada budak kacau dia sebab masa tengok record ni budak lalu lalang depan aku..bile tengok lama2 la Raiisah kena kacau rupenya..gaya tu yang tak boleh bla..lepas budak tu kacau dia terus jerit hentak2 kaki, pastu tepuk kepala kawan depan dia, konon2 nak ngaduk ada orang ganggu dia..haiyoo mekcha tu pon nak marah, takleh kacau dia sikit..ikut perangai siapa ni.. >_<

Pastu pegi kat daddy dia tunjuk ada buku ABC semua tu..masa ni parents dah start ramai..

Dalam kol 8.30 macam tu, teacher suruh bawak anak2 yang dah sampai beratur..nanti dorang akan bagi name tag sementara untuk semua pelajar..

Affan mula2 malu nak masuk sebab masa sampai tu nampak para ibu jer sekali dah masuk ada jugak bapak2 yang hantar anak..

"Tu smile" hahaha siap suruh kawan pandang kamera suruh senyum..

Ok sambung balik main..

Mummy nak ni..dalam paperbeg tu ada patung..siapa punya tak tahu la kan..tah macam mana dia boleh namapk ada patung dalam paperbeg tu..tengok kawan sebelah Raiisah tu sempat nak lagi tengok phone..hehehe

Tak boley..bukan Raiisah punye orang punye.. "Alaaaaa"

Masa ni teacher suruh semua pelajar berdiri sebab ada aktiviti menari..feveret mekcha ni..hehehe

Ramai giler budak nangis..yang sorang nak mak, yang sorang nak ayah.. depan kiri kanan semua budak menangis..aku tengok dorang nangis aku pulak yang nak nangis..siap ada sorang budak tu datang kat Affan mengadu nak Umi dia..Affan cakap kat budak tu "Umi takde" hahaha

Raiisah masa ni pon dah cuak2 sebab ramai depan dia budak menangis..dia boleh bantai lari keluar dari bilik tu..jenuh pujuk dia..ah pujuk2 baru ok masauk dalam kelas balik..

Jenuh la teacher2 nak pujuk..ramai yang nangis umur 4 tahun..ada gak umur yang dah 5 tahun nangis gak..masa ni aku nak ambik gambar Raiisah..cari2 tak nampak dia..panggil Affan kot2 dia nampak Raiisah..Affan cari2..

Laaa kat sini rupanya..boleh dia bantai main kat belakang..ko ni mekcha kerja nak maian menan je tau..pastu teacher dia panggil suruh join dengan kawan2..


Tu dia duduk paling depan sekali..

Raiisah tak nak masuk dalam screen laptop tu ker?? hahaha

Alooo cian adik tu dok sorang2 tepi menangis menatapi ibu yang telah pulang..jangan la nangis adik kawan2 kan ramai..

Siapa yang nangis teacher bawak keluar..masa ni ramai parents dah balik..teacher tak bagi stay lama kat sini takut anak2 akan nangis lagi..

Settle urusan Raiisah pagi tu terus cabut balik..tengok Raiisah dah ok menari-nari dalam tu aku ngan Affan pon pulang..

Pastu terus ngi breakfast dengan Affan..lapar tahap gigil2 masa ni..hahaha Ok tu jer cerita hari pertama Raiisah pergi school..bye semua..

piece : kathyjem

6 comments:

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah tahniah Raiisah dah pergi school...comel je awak ya...geram pulak tengok...bila dah pakai tudung...ermmmmm super cute...

miss eimanhikmah said...

klu sorg nangis,,pastu berjangkit2 nangis nye...hehehehe..
mekcha, selamat bersekolah!

Myra Azraff said...

comellnyaaaaa mekcha pakai tudung ! :D

Chekgu Azrine said...

Series...comel sgt raisah..sbb bila tgk dia ingat aish..dorang xbyk beza sgt waktu lahir..hehehehe

naaisyah S said...

comelnya mekcha pakai tudung.... :D

ninalevitt said...

AHAHAHA mekcha cute giler lah...serious klakar tgk budak2 1st day @ school...heheheh