Klik Yer!! Mekasih...

Monday, January 11, 2016

Love Me Sevendays Cafe

Hari tu Mirza ngan Iza ajak jumpa..Dorang memang pernah makan kat sini..katanya sedap gak makan kat cafe Elfira Loy..balik kerja terus ke sini..Oh lupa sebenarnya Mirza nak jumpa kawan dia aka kawan akau jugak la tapi last minit kawan tu ada hal jadi kami jumpa bertiga je la..

Iza, Mirza dan Saya..

Banyak gak pilihan makanan kat Cafe Elfira ni tapi sebelum nak datang sini dah usha menu2 menarik kat instagram love me sevendays cafe ni..harga ok boleh tahan la takde la mahal sangat..standard macam cafe2 yang ada kat Malaysia ni..

 Terpegun tengok decoration cafe Elfira Loy ni..cantik dan simple..besar gak ruang dia, selesa..

Mana nak buat simple event ker, birthday party ke apa2 celebration boleh buat kat sini..ada terfikir nak buat baby shower Yana kat sini tapi fikir2 mesti Yana tak nak jauh kot dari rumah dia Puncak Alam..

Masa kiteorang datang ni tak ada orang pon..Cafe ni baru bukak ke apa takde orang langsung ni..senyap sunyi sepi jer..

Eh ada orang rupanya..ingat takde orang..Nak dok kat sini macam tak sesuai lak kan, nak makan kang jenuh bongkok2 kan badan..hehehe setakat minum2 ok gak la dok kat sofa tu..

 Dah macam kedai bunga..penuh bunga2 atas meja..

Mirza..besok tu dia bertolak pergi umrah..eh dah balik Malaysia dah pon..hehe Tak sabar nak jumpa awak, cerita pengalaman kat sana..mana tau ada rezeki tahun ni boleh pergi Umrah ker..hehehe amin...

Iza..sementara menunggu Mirza sampai kemain aku bergosip sakan dengan Iza..al-maklum ibu2 ni kalo tak cerita pasal hal anak & suami tak sah..

Tuan blog yang dah sedikit bam bam..faham2 je la duduk ngan mak abah ni macam ni..balik kerja je melantak nasi..pastu mengadu seluar kerja takleh nak zip..nasi setiap malam memang tak boleh dipisahkan.. =P

Kawan sekolah dari form 1 sampai sekarang..Alhamdulillah moga berterusan sampai ke anak cucu cicit hendaknya kita ye..hehehe..Takleh bayangkan awak kalau kita bertiga dah tua kerepot lepak macam ni lagi..bahahaha

Baik gile perkerja kat sini..siap tolong ambikkan gamabr kiteorang bertiga lagi..Suporting adik tu, ambik banyak kali pulak..tu..Elfira Loy u kena bagi bonus lebih kat your staff semua ni, pekerja dedikasi..
 Minuman kami..

 Creamy Mushroom Soup RM8.70..ok sedap gak mushroom soup dia..

Cak!!! ha yang ni Sabsuka RM8.70..yang ni pon ok la sedap gak..portion comel2 kat cafe ni..

 Alaaa lupa lak nama makan ni..pasta apa tah..hahaha harga dalam RM19++ macam tu la lebih kurang..

Ni namanya Fried Fish Tacos with Jalapino Salsa RM13.70..sumpah sedap tapi kalau letak tomato or salad banyak2 lagi sedap kot dengan mayonnaise melimpah ruah..

Jom makan ni dulu sat lagi desserts pulak..

Iza tanya, bila nak makan ni..asyik bergambor jer..hahaha kerja blogger memang macam ni..gambar dengan makanan memang tak boleh dipisahkan..hihi..ni pon kat 20 minit..kakaka ok tipu..

Desserts time!! aku ambik Apple Cramble RM10.70.. dalam IG nampak macam besar portion Apple Cramble ni, bila sampai alahai comel sangat bekas dia..eh baru perasan setiap harga kat Love me sevendays cafe ni hujung2 dai mesti 70sen..dah kata seven days cafe.

Nak oder kek yang lain semua dah abis yang tinggal Mango Cheese cake ni jer..RM10.70sen..sedap gak tapi tak leh kalah mango cheese cake yang aku pernah makan kat Cherating, Pahang dengan Ayu ngan Eira..tu mango cheese cake paling sedap pernah aku makan setakat ni..

Lepas makan sila bayar di sini ye adik..

Lepas makan bergambar kat sini dulu buat kenangan-kenangan bersama kawan2..kekeke nak datang sini lagi tak tau bila lagi la kan..

Masing2 muka kekenyangan..jom pulang..nanti kita jumpa lagi ye dear..

pieca : kathyjem

10 comments:

Unknown said...

wahhh.cravingnya tengok makanan banyak banyak ni

miss eimanhikmah said...

WAHHH nampak sedap sgt

Liyana Anuar said...

nmpk menarik.. :)

kathy jem said...

adiba rusli : hehehe ok boleh tahan makan kat sini, nnti try la..

kathy jem said...

miss eimanhikmah : ok la sedap gak..nnti boleh cuba makan kat sini.. ^_^

kathy jem said...

Yana Libra : deco kedai dia menarikkan..hehehe

Zaza Abdul Latif said...

Cool giler tempat ni.. memang sesuai lepak coffee2 dengan gf kan babe..
one nak kena try gak ni :)

FadMN said...

boleh la try cafe ni nanti :)

Anna Boleyn said...

Salam..

Cantik2 la gambar yang awak amek ni. Pakai camera apa ye? Thanks

kathy jem said...

Anna Boleyn : camera sony a5100 dear..