Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, February 17, 2016

Trip Ke Melaka & PD dengan Geng Sekolah

Salam semua..hari tu pegi Melaka dengan kawan2 sekolah..hari tu kan ada jumpa Mirza ngan Iza kat Garage KL..masa nak balik tu aku sajer gurau2 ngan dorang ajak jalan2 cari makan..Aku bagi idea pegi Melaka sebab dok teringin nak makan asam pedas ngan kuih keria kat Melaka tu..sajer jalan2 cari makan kat Melaka..dorang pon ok setuju..alang2 ajak Ariza sekali..lagi pon lama tak jumpa dia..

Ingat nak pegi lepas chinese new year hari tu tapi tak sempat lak..so kiteorang plan pegi Sabtu lepas..tu pon beria-ia masing whatsapp tanya nak pakai baju apa, kasut apa, colour tudung apa..hahaha rasa macam zaman sekolah pulak..kitaorang dulu setiap kali nak dating sama2 waktu weekend mesti macam tu..kat sekolah jumpa plan nak dressup apa, jumpa kat mana..zaman tu lepak kat KLCC jer la, tu dah kira gempak paling stylo dah tu..hahaha Zaman hip hop la katakan..yang hip hop aku ngan Ariza je.. >_< Iza ngan Mirza budak baik masa tu..hehehe

Mirza, Ariza, Aku dan Iza..tu dia semua za za za..aku dalam kereta asyik tersilap jer panggil dorang..yang Miza aku panggil Iza..hahaha nak jugak la za za, jadi Katiza ok tak..kakaka

Bersama Ariza..ni la kawan aku zaman hip hop naik scooter dulu..hahaha Lama tak jumpa awakkan Ariza..last jumpa awak masa birthday part anak Iza kan..

Kitaorang berkumpul kat rumah Mirza..park kereta kat situ then semua naik kereta Mirza..Mak Ariza siap bekalkan kiteorang donut lagi..mekaceh makcik..

Donut ni masih panas lagi..lapik perut sebab nak breakfast kat Melaka..malas nak berhenti2..

hahaha Sampai macam tu sekali si Iza ye ambik gambar Mirza..

Iya2 je ingat kol 10 sampai last2 kol 9 lebih dah sampai Melaka..hahaha Gile laju Mirza bawak..Sampai Melaka terus cari tempat breakfast..memang plan nak makan Coconut Shake fikir2 awal pagi sangat nak makan coconut shake nya..kita breakfast roti canai kayu arang dulu la..Waze pon sengal boleh tunjuk separuh jalan..dah berpusing-pusing 2 kali kiteorang kat kedai roti canai tu, padahal dah ada kat area2 situ dah kot..call tanya tuan kedai pon tak faham dorang explain..hahaha masing2 tak familiar area Melaka ni..

Wow jumpa kereta antik..orang dalam kereta tu mesti perasan aku dok snap2 ambik gambar kereta dia..kembang bontut la tu uncle dalam tu..hehehe

Sampai jugak kiteorang kedai roti canai kayu arang ni walaupon berpusing2 mencarinya..masa sampai ni memang orang tengah ramai..ramai2 pon tempat duduk sentiasa ada je..

Ramai yang rekemen datang sini kena makan roti canai dia..kuih2 dia pon ramai cakap sedap..

Siap pegi tengok lagi cara nak buat roti canai guna kayu arang..rasa lagi sedap pakai kayu arang..

Guna arang pon laju gak dorang masak..

Semua air suam aku sorang je oder air sejuk..hehehe

Sementara menunggu roti canai sampai kitaorang oder kuih muih..ok la kuih2 dia sedap gak..

Mirza ngan Iza oder roti canai tampal telur..

Aku ngan Ariza oder roti canai tampal telur goyang..kuah dal sedap gile kot..sambal dia letak sikit je kot tapi pedas nak mampos..hahaha siapa yang tak kuat pedas mesti abis air secawan minum..hehehe

Syurga dapat makan panas2...

Besar gak roti canai dia..ingat kecik jer..

Mirza ngan Iza kemain dorang ni oder sampai 2 keping sekali tak abis..hahaha dorang ingat roti canai macam kat KL kecik rupanya tu dia makan sekeping dah kenyang..

Ni lokasinya kedai Roti Canai Kayu Arang :

Lot N/T 461, Jalan Malim, Bachang 75250, Melaka
Call : 016-661 2434 (Boleh call kalau tak jumpa kedai ni) hihihi

Selesai breakfast kitaorang terus gerak ke Padang Pasir, Pantai Klebang..tak jauh pon dari kedai roti canai kayu arang dalam 7 minit sampai dah..

Sampai  terus cari parking..jauh gak nak masuk parking ke Padang Pasir ni..

Menapak la kami..

Bila nak sampai ni weiii..tempat ni rasanya kalau bawak baby or anak kecil tak sesuai kot..jauh okey nak ke Padang Pasir tu..aku rasa ada la kat beberapa km..kekeke

Nasib la ada geng budak2 remaja lalu kat depan kitaorang..dorang pon dah nak balik dah..alang2 mintak la budak tu ambikkan gambar kitaorang..kalau tak, takde la gambar kami berempat ni..nak pakai gopro masing2 takde..hahaha

Layankan je la adik yang ambik gambar kitaorang ni..sampai kawan2 dia jerit2 panggil suruh gerak cepat sikit..

Yeaa berjaya sampai ke Padang Pasir..terbang dulu kawan2..

Cantikkan! terasa berada di negara arab gitew..

Kemain orang bercinta ni..erk! hahaha >_<

Iza : Dah macam sepasang kekasih dah kita ngan awak ni..hehehe

Apa lagi ambik gambar banyak2 la kat sini..pemandangan dah cantikkan..rugi pulak tak ambik gambar banyak2..masa ni orang takde langsung..tinggal kiteorang je..maybe dah nak masuk tengahari kan orang takde la..pagi2 rasanya mesti ramai kat sini..

Tripod tak bawak nak ambik gambar berlompat takde orang kat situ..letak kamera atas handbag pon jadi la..hahaha tu je gambar yang okey..yang lain semua bergegar..

Ni kalau bawak kotak ke plastik ke pelepah kelapa ke syok gak ni..boleh gelongsor atas pasir..hehehe rugi pulak tak bawak..takper next time datang boleh buat macam tu..

Angin kuat giler..setiap kali ambik gambar pegang tudung..

Saya, Iza, Ariza dan Miza..geng za za za!!!! #gengsekolah

Pemandangan macam kat ala kat Abu Dhabi kan..

Masa kitaorang nak bla baru nampak orang..

Ariza..body maintain slim walaupon anak dah 3..hehe

Iza..ni kawan masa jadi penari zaman sekolah dulu..hahaha Siap panggil Iza join menari untuk jemputan kawen lagi..kekeke

Mirza ku yang lemah lembut orangnya..sekali dia marah bergegar satu badan..

Tudung yang aku pakai ni Mirza hadiahkan masa dia pergi umrah hari tu..kena pulak dengan baju aku pakai hari tu..hehe Thank you Mirza..nampak muka kita sesuci lebaran sangat pakai tudung yang awak bagi ni.. hihi

Dah penat guling2 atas pasir, perut pon dah lapar moh la kita makan..rehat jap buang pasir dalam kasut..penuh pasir dalam kasut..

Lagi sekali nampak ada seorang adik lalu depan kitaorang..apa lagi mintak tolong la ambik gambar kitaorang atas batu ni..behehehe

kakaka buat2 ketawa yang tak tahu apa tujuan ketawa itu.tu maskudnya menahana kepanasan..

Pastu kiteorang terus ke Coconut Shake, Klebang..tu dia beratur panjang kat bahagian pickup..ingat nak makan situ pon sama ramai orang jugak..fikir2 tak jadi la sebab buang masa beratur panjang nak makan situ..baik tapau jer..lagi pon banyak tempat kitaorang nak pergi ni..takper la tapau minum dalam kereta jer..sian aku pon tak pernah minum Coconut Shake, Klebang ni..wajib la kena try kan..datang jauh2 ni pon tujuan dia, nak minum Coconut Shake..

Kena beratur la jawabnya..Demi mu Coconut Shake, Klebang..hukhukhuk

Walaupon beratur macam ular sawa cepat je bergerak..beratur dalam 7 minit macam tu dah dapat minuman..

Patut la cepat sekali buat tu dia blender sampai 2 3 tiga teruih..

Secawan murah sangatttttt baru RM2.70..kat KL tak dapat weii harga murah ni..busuk2 pon 4 hengget orang letak..

Kami yang happy panas2 dapat minum Coconut Shake Klebang..tercapai jugak nak minum Coconut Shake Klebang..puas hati, aiskrim banyak, kelapa tak kedekuit and murah!!!!!..

Ingat nak makan Asam Pedas Claypot sekali tutup pulak, pukul 6 petang baru bukak.. T_T pusing2 bandar Hilir, Melaka sekali ternampak Asam Pedas JR..boleh la janji asam pedas sebab ku teringin nak makan asam pedas Melaka ni..hahaha tu je yang jumpa depan mata bedal, janji perut kenyang..Iza ngan Ariza mengadu perut dah berbunyi-bunyi..

Asam Pedas JR @ 2 ni depan Dataran Taming Sari..

Meh tengok apa yang menarik kat Asam Pedas JR ni..

Telur ikan..

Bapak besar udang dia..ingat nak ambik fikir2 takyah la malam kang nak makan seafood..Sini korang ambik je lauk apa nak then dorang akan tuang je kuah asam pedas dalam tu letak dalam kuali kecil..

Harga untuk Asam Pedas JR..

So kiteorang ambik 3 lauk je, 2 ikan dan 1 telur ikan..

Ulam RM5..

Asam pedas telur ikan..weiii asam pedas telur ikan ni terpaling sedap sekali..yang kitaorang ambik ni kuali kecik harga dalam RM12..kalau yang besar sikit makan untuk 6 orang dalam RM15..

Asam pedas ikan apa tah aku olupa sebab yang oder ni Iza..hahaha

Asam pedas ikan tenggiri..

Mirza sorang je tak makan sebab kenyang lagi katanya..tengok la badan dia macam mana kan..jeles aya tengok awak badan macam tu..

Ariza tau la lapaq takyah la serius sangat muka tu..hahaha

Semua concentrate dapat makan..lapar ye masing2..

Selesai makan asam pedas kitaorang teman Ariza cari belacan untuk maknya..sekali dengan kiteorang2 sekali shopping..alaaa takde shopping apa sangat pon, aku belikan kerepek2 je..


Kerepek apa nak beli pon tak tau..hahaha banyak sangat..selesai tu ingat nak makan cendol famous kat Jonker Street sekali pusing2 je kat bandar Hilir tu dah ambik makan masa kat situ..takper la cancel je la makan cendol tu nanti nak pergi Rumah Terbalik kat PD lagi..tah sempat tak idak dak..

Tak sah la kan datang Melaka tak makan Kuih Keria Antarabangsa ni..Ni kuih keria paling sedap kot kat Melaka ni...sampai2 menangis dalam hati weiii..giler ramai orang beratuq..sampai pukul brapa nak menunggu nii..

Yang buat lama menunggu ada satu mamat ni beli sampai 100 biji ko..dia beli jer terus stuck setengah jam lebih kt situ..pengsan menunggu..ramai orang merungut masak lambat la, kenapa tak buat banyak2 la, kuali ada 6 kenapa lambat la..macam2 la orang yang dok tunggu tu complain..

Aku ngan Iza dok dengar jer..nak bla macam sayang pulak sebab dah tunggu lamakan..pastu pulak dah la teringin ringin ringin nak rasa..gigih jugak la beratuq menunggu..confirm tak sempat nak pegi Rumah Terbalik kat PD ni..dah la nak main go kart lagi..jawabnya kena pilih salah satu yang mana betul2 nak pergi..so kitaorang decide  main Go Kart..Rumah Terbalik PD cancel..huhuhu tkper la tu nanti2 la pergi ngan Affan, Raiisah..hehehe

Letak2 je abis..letak2 je abis..ni pon dah hujung2..akak tu cakap orang2 belakang tak dapat sebab tinggal yang ni je..

Baru lepas goreng..seketul 50sen,,tak silap ada yang kata sehari 1000 biji dorang jual sekali goreng 200 biji..dah tau permintaan ramai patutnya kena buat lebih lagi la kan..kalau dah tau 1000 biji setiap kali goreng ko up kan la 2000 biji sehari..ni tak dah tau permintaan ramai dok 1000 biji jer goreng..

Kiteorang bungkus and makan dalam kereta..beli RM10 terus..hehehe tu pon rasa tak cukup..patut kita beli RM20 la dear..boleh tapau bawak balik rumah..

Berbaloi tunggu lama2 memang sumpah sedap nak arwah okeyyyy!!! masa makan tu aku nangis sebab sedap sangat..hahahah ok tipu =P

Pastu singgah lagi beli belacan tepi jalan..Ariza lupa dia beli belancan seketul je untuk maknya, kawan2 kerja dia lupa nak beli..

On the way nak ke PD kiteorang singgah solat dulu..basuh muka tukar baju then teruskan perjalanan ke PD..yang tukar baju Iza ngan Mirza je aku ngan Ariza malas nak tukar2 baju ni..hahaha

Sampai dah Extreme Park, Port Dickson..alamak tak cukup tinggi la...hahaha

Mirza ambik gambar Ariza..

Ariza tak main sebab hari tu beranak caesar takut apa2 kan..huhuhu paling best masa kat padang pasir tu dia lupa yang dia ada bekas caesar..seronok ronok pulak tu melompat-lompat..heh

Tiket untuk dewasa RM25..

Excited nak main Go Kart..last main Go Kart 2 tahun lepas rasanya..tu pon bukanya aku yang bawak orang lain yang bawak..Sebelum tu tudung kena masuk dalam kang terbang2 tudung tutup muka satu hal la pulak..


Aku heran tengok Mirza ngan Iza laju je dorang bawak..aku dapat setereng keras giler bapak nak pusing kiri kanan..stress aku atas kereta tu..suka hati je aku panggil kereta..hahaha dah rasa macam bawak lori muatan berat jer aku rasa..bergegar-gegar satu badan sampai telinga rasa macam ada orang geletek..dapat pulak jalan guna simen yang dah berlubang-lubang lagi la bergegar satu badan satu badan..patut jalan go kart ni pakai tar, baru la syok sikit..

Rileks je Iza bawak..dia pon last main tahun 2009..pon lama gak tak main go kart..tapi gaya bawak macam dah biasa main..untung la dapat go kart tak uzur..hahaha

Nampak2 Iza cuba memotong ku..apakan daya kereta ku sudah uzur tak mampu nak pecut balik..

Dua tiga kali Mirza ngan Iza potong aku..mampu tengok jer tak kuas nak potong2 ngan kepala gegar2 macam kena sawan..

Saya orang paling tercorot sekali..hebat Mirza first tu sampai..hahaha

Enjoy gile rasa walaupon kepala rasa macam nak tercabut jer aku rasa..

Iza terbalik patut awak dok nombor dua tu..

Ariza walaupon tak main sentiasa support kawan2..gitewww...ahaha

Mirza dah start migraine..kepala bergegar masa main go kart so aku la yang kena bawak kereta ganti dia..Ariza lak silau malam..Iza lak takde lesen..

Bukan apa weii cuak ni bawak kereta orang..takper2 bismillahirohmanirohimmmmm..first time ahkak bawak BMW ni..mau tak cuak..dah la tak pernah bawak kereta orang lain selain bawak kereta sendiri..sejenis penakut nak bawak kereta orang macam ni la, kereta sendiri takper la..

Haii penat la cita..hahaha Selesai main go kart kitaorang terus gerak ke Bagan Lalang, dinner di situ..

Dinner seafood..masing2 dah kepenatan..ingat makan, ingat tidur, ingat suami and anak kat rumah..

Iza awak nak minum kita tuangkan ekkkk..

Nak laaaa!!!  eh kena pulak gambar ngan dialog aku cipta ni..hahaha

Tak tau nak cakap apa dah semua sedap la..sutung goreng tepung tu nampak macam bodoh2 je sekali makan omak aiii sodap! total kitaorang makan untuk 4 lauk ni dalam seratus lebih..selesai bayor terus cabut balik KL..dsh tamat sudah triap kami berempat ke Melaka & PD..next trip ke mana pulak sayang2 ku..hehehe Weee tak sabar nak plan next trip pulak.. ^_^
Apa2 pon kita semua memang enjoy gila kan..   \\(^_^)//

piece : kathyjem

15 comments:

nurul harnani kasmari said...

Sy ajak kawan2 yg ada family (berkahwin) masing2 x nk. Untung dpt kwn2 yg sporting.

Hafiz Hafizol said...

Lawa kak gambar2 mung ambek

miss eimanhikmah said...

yg kt melaka tu yang nk pg sgt tu...

mama tisya said...

meriah dpt p jln2 ngan kwn2 ye kathy....padang pasir tu cantik tk smp lg situ...pegi ngan kwn2 okla...p ngan suami sure tkmo p sini kn sbb panas juga tu hehe....coconut shake klebang mmg sedap..nk2 cuaca panas kn....mmg kalo p melaka wajib singgah situ...nasi lemak pn sedap situ....kuih keria tu aritu pegi blum buka lg..tk kesampaian nk merasa

kathy jem said...

nurul harnani kasmari : Alhamdulillah dapat kawan mcm ni.. =)

kathy jem said...

Hafiz Hafizol : hahaha mekasih dik hafiz.. ^_^

kathy jem said...

miss eimanhikmah : pergi la memang enjoy kat sana, lagi2 bab makan..hahaha

kathy jem said...

mama tisya : betul tmpt dia memang cantik..kalau nak pergi kena awal pagi..ambik gmbr lagi cantik..

LZ - The Blog Owner said...

Seronok tengok Kathy & the gang..
Meriah, jalan-jalan, nakan-makan.. Best dan suka tengok.
Pandai Kat isi masa pi tempat makan & riadah camtu..

Hafiz Yusof said...

Best giler....

Mommy Cici said...

bestnya kak kathy. kita lepas kawen beranak pinak dah tak dapat keluar dengan kawan kawan. T_T

Suriaamanda said...

Lama SA x pi bersuka ria macama ni..ntah bila la berpeluang...

Ayu Mns said...

Kak kathy..nak tanya blouse akak beli kat mana.cantikkkkk sangat

niL said...

Khaty, ni pergi dalam satu hari je laa kan?
Sempat eh? Boleh laa nak tiru trip nih :-)

leeya Nasir said...


KAK khaty next time makan kat bagan lalalng, try makan kat senandung malam @ wak lan ikan bakar.. sedap ya ampun kut! lelagi sotong goreng tepung cicah sambal kicap diorg..hehe