Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, April 14, 2016

Bukan Sajer2 Buat

Salam semua..Ya Allah hari ni hari mengantuk sedunia betul aku rasa..mengadap PC tak sampai 2 minit rasa nak terlelap..pagi tadi lepas breakfast tak larat sungguh rasa..badan tiba2 rasa lemau..dapat la tido kejap tadi kat bilik meeting..hehehe..nasib kerja tak banyak sangat..lepas lelap kejap baru badan rasa ok..tu pon rasa nak lelap lagi tu..hoho..over lak kan tido lama2 kat office..tapi tido kat office faham2 je la bukan lena sangat pon, dengar bunyi tapak kasut la, bunyi bukak pintu la, bunyi orang bercakap la..hahaha jadi la janji dapat baring rehatkan kepala yang berpusing-pusing walaupon macam2 dengar bunyi kan..

Lain benor rasa pregnant kali..dulu masa mengandungkan Raiisah aku elok cergas je waktu pagi...pregnant kali ni lain sangatttt..badan cepat rasa penat..rasa malasssss je, badan rasa lembik, lemau, rasa macam nak tidoo je..hahaha tapi tak nak layan sangat..kang kuar baby jadi malas pulak..hehehe ni orang tua2 selalu cakap la..kita pregnant ni jangan ikut sangat perasaan macam tu..tak bagus untuk kandungan..tapi kita bukan nak buat malas2, lembik, lemau semua tu, dia memang automatik jadi macam ni..bukan sajer2 nak buat..ada orang kata elehhh ikut perasaan sangat, kena lawan perasaan macam tu..eh lain orang lain antibodi badan dia..ada orang takde langsung morning sickness, ada orang sampai teruk, sampai kena masuk air dalam badan, muntah 24 jam..sian tau macam tu..

Aku Alhamdulillah bab makan ok semua boleh telan, cuma pening2 lalat, lemah badan, tekak payau semua tu je la..bab makan memang berdesup lajuuu perginya..hahaha cuma sekarang ni makan kena pantang je la sebab aku ada cyst..kalau tak dah bedal dah macam2 ni..hehe

Semalam ada check up..balik dari check up balik rumah jap rehat then terus ambik Raiisah kat sekolah..ontheway tu aku ajak Affan tengok The Jungle Book..kang tangguh2 langsung lupa nak bawak Raiisah tengok cerita ni..Raiisah posing macam tu konon2 dia rasa budak kecik tu dia la tu.. Raiisah : Mummy ni Raiisah..sambil tunjuk2 budak tu dia..hahaha perasan la Raiisah ni..tu budak laki, Raiisah girl..tak sama la..

Hari tu Affan ada ajak, aku cakap tak nak, tak suka tengok cerita binatang, alih2 tibe aku nak tengok pulak..haha Sebab kawan office cakap cerita ni ok best gak, sesuai budak2 tengok..tu yang bawak Raiisah tengok movie ni..lagi pon daddy dia pon beria jugak nak menengoknya..hahaha Affan kata dari dia kecik dah layan kartun Jungle Book ni and cerita dia pon sama macam buku The Jungle Book..

Tapi mula tu cerita ni agak boring sikit sebab banyak bercakap tapi dah masuk pertengahan tu dah ok..layann..nanti korang bawak la anak2 tengok cerita ni..best gak.. ^_^

piece : kathyjem

3 comments:

Afidah Azmi said...

kan...mula tu mcm slow sikit...bila sampai Mowgli kena keluar daripada kumpulan serigala tu..baru best..lawak tang beruang banyak..
www.fiedaazmi88.com..
update pasai movie tu tadi

kathy jem said...

Afidah Azmi : kan part tu best..beruang tu dh comel lawak pulak tu..haha

wong meimot said...

talented sgt