Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, November 16, 2016

Pengalaman Bersalin Anak Ke-2, Afif Uthman

Ini la masa yang ditunggu-tunggu kan..ewah! macam apa je kan padahal nak cerita pasal bersalin je pon..kekeke..tak sabar ni nak share pengalaman bersalin anak ke dua ni..dah masuk hari ke-27 baru la ada mood nak bercerita pasal bersalinkan Afif..jangan ada termis sudah..banyak urat putus lepas bersalin ni..eh tak lupa siap buat catatan simpan dalam memory phone lagi takut lupa..haha..setiap jam semua aku take note tak nak terlepas memori indah saat2 melahirkan Afif Uthman..giteww..nanti Afif dah besar boleh tengok blog mummy ye macam mana susah senang mummy melahirkan awak..ok la tak mukadimah panjang2..

Pada 20 Oktober 2016 hari Khamis aku ada check up pagi tu..memang hujung2 bersalin memang setiap minggu kena datang check up..masa tu dah masuk 39 minggu..Doktor cakap tarikh due date aku bersalin lebih kurang macam Raiisah gak 39 minggu..selalu anak first dengan nombor dua due lebih kurang tak lari banyak..kalau lari pon seminggu lebih macam tu je la, antara awal seminggu or lewat seminggu..aku doa banyak2 supaya bersalin 39minggu..

Pagi tu macam biasa la bangun pagi siap nak ke hospital..tapi dalam minggu tu memang aku dah start rasa semacam kat bahagian perut, mengeras-geras macam tu..aku budjet hari Jumaat kot beranak..amboiii siap nak pilih hari jumaat penghulu segala hari ni..hehehe sekali beranak hari Khamis..pon dah bersyukur..

Masa sampai hospital nombor giliran dapat awal sebab mai awal kan..Kat An-Nur ni kalau datang check up kena datang sebelum kol 8 memang akan dapat nombor giliran cun..kalau mai kol 8.30 ke atas memang berjanggut la korang nunggu..orang dah ramai masa tu..silap2 sampai ke petang baru dapat jumpa doktor..

Ok sambung cerita..Elok je masuk bilik Doktor Khamsiah pagi tu terus doktor cakap macam mana ada rasa sakit2 ke, ok saya nak check takut dah ada laluan..dalam hati, alamak kena seluk la ni..agegege..tersentak jap kena seluk..sakit oooo..tu la orang kata time kena seluk teknik pernafasan tu amat penting ye..hahaha..seluk punya seluk doktor kata dah buka 4 cm..OMAIII 4 cm dah! terus jantung gerak laju2..yeker doktor 4 cm dah ni???..ececece dan2 buat tak percaya 4 cm dah kan..yerla nombor dua ni takde turun apa2 pon..macam Raiisah dulu nak dekat bersalin turun darah..so aku ingat macam lambat lagi nak beranak ni sebab takde turun tanda apa2.. tup tup 4 cm kooo..

Lepas doktor bagitau dah ada laluan dan hari ni boleh bersalin terus muka Affan cuak..doktor pon macam pelik tengok muka Affan dok berkerut2..doktor tanya kenapa?? Affan cakap la besok pagi dia ada interview..Doktor siap cakap takper biar wife awak bersalin hari ni..besok pagi awak interview dah takyah fikir pasal hal ni..bagi settel bini awak bersalin hari ni..doktor rasa In Sha Allah lepas Zohor bersalin wife awak ni...terus aku pandang Affan, Affan pandang aku..Lega dengar bila doktor cakap macam tu..

Boleh lagi cakap dengar doktor, nak balik rumah dulu..ada barang nak bawak..ko tau barang apa aku dok teringat nak bawak..kain batik, telur separuh masak dengan air milo + majerin..kekeke banyak2 benda, 3 benda alah tu dok aku teringat dan penyebab aku nak balik rumah..hahaha alasan sangat nak balikkan..padahal dah cuak masa tu..takper nanti tanya nurse kot2 nurse cakap dengan doktor kot2 dia bagi balik ke kan..ecehhh nak jugak balik tu..nurse cakap tadi doktor cakap apa kat Puan..ermmm doktor tak bagi balik..haaa kalau doktor dah cakap macam tu memang puan takleh balik sebab puan dah ada laluan 4 cm takut anytime puan boleh bersalin, kang takut beranak atas jalan pulak..nurse tu siap cerita masa dia bersalin dulu pagi check 4 cm lepas Zohor terus beranak..cuak pulak bila nurse tu cerita macam tu..ok saya patuh pada arahan doktor dan nurse..ngeh ngehhh

Affan siap cakap..Awak ni kisah milo & majerin telur separuh masak tu je..nanti saya buat la semua ni jangan risau la..awak bagitau je barang apa lagi nak bawak nanti saya bawakkan.. Aku : hehehe takde apa dah kot makanan tu je saya nak awak bawak dengan kain batik.. Affan : iishhh risau sagat telur dengan air milo dia tu... aku : ngehhhhh ^___^ mesti la nanti kang takde tenaga nak push.. Affan : cehhh! sudahnya kain batik tak pakai pon..kekeke

Settle bayar bil, isi borang baru dapat bilik..Kol 10.30 pagi masuk ward...nak ambik single room tapi penuh, yang ada bilik 4 katil..tapi tu la 4 katil ni husband takleh stay sampai lewat malam..kol 10 malam kena chow..takper la satu malam je , harap2 besok dapat balik..

Kebetulan masa aku check in ada dua orang patient so ada 2 katil kosong..nampak mak buyung kemain melebor dok atas katil..muka happy ye kak tak sabar nak push..

Tak sampai berapa minit dok atas katil nurse datang bagi baju dengan set mandian..baju kuning pakai masa mula2 sampai..baju pink tu pakai masa dah dalam labour room..

Elok dapat bilik aku suruh Affan balik jap buat air milo + majerin..siap pesan kat Affan majerin tu letak banyak2 dengan susu satu sudu bagi ada rasa..letak majerin banyak2 senang sikit nak push baby..hehehe ni petua dari manjer Yana..telur separuh masak jangan lupa tau b..orang pagi2 makan telur separuh masak, yang aku beranak lepas Zohor sibuk nak makan telur separuh masak apa kes..hihihi..bagi ada tenaga katanya..

Elok Affan bla, makanan untuk lunch pon sampai..elok baru 2 3 suap nasi kat mulut nurse datang nak check bawah..adehhh kena seluk lagi..ok seluk kali ni tak sakit sangat..masa ni contraction tak rasa lagi..nurse check kata dah buka 7 cm..wuttt 7 cm?? biar betui nurse ni..awat tak rasa sakit apa pon..terus nurse cakap..Puan kita kena tolak puan masuk labour room sebab dah 7 cm..nanti puan sambung makan kat labour room..aku pon ok je la kan..

Pukul 12 tghari masuk labour room..Ni la labour room..siap tanya nurse lagi..Kat sini ke saya beranak nurse..ye puan kat sini la puan beranak..dalam hati, kemain cantik labour room dia..pastu nurse suruh tukar baju pink sebab dah masuk labour room baju pon kena la tukar..pastu kena masuk ubat bontot..hehe

Terus laju2 call Affan..B cepat datang saya punya laluan dah 7 cm ni, anytime je ni.. Affan dengar  7 cm kelam kabut terus dia..Ok2 nanti b terus datang..lepas call Affan dalam hati berkat-kata, yeker 7 cm ni tak rasa contraction apa2 pon..Raiisah dulu 7 cm dah bergegar-gegar katil menahan sakit..

Ok sambung makan balik sementara tunggu Affan mai..

Dorang siap bagi buah-buahan sunnah..abis aku makan..elok tengah kunyah makan buah kurma Affan pon sampai..Sempat minum milo je sebab dah kekenyangan makan nasi..telur separuh masak tak makan..hehehe tu la nak kemain lagi bila Affan dah bawak tak makan pulak..kenyang sangat, kang makan telur tu mau aku muntah balik semua nasi..

Tengok jam kat kol satu nak masuk Zohor..sembahyang dulu sementara tunggu doktor datang check..dalam pukul 2.30 macam tu doktor Khamsiah pon mai nak pecahkan air ketuban..doktor check masa ni 5 cm..laaa 5 cm ke mati2 ingat dah 7 cm..macam mana nurse sebelum ni check kat 7 cm tah..ermmmm.. patut la takde rasa sakit upernya baru 5 cm..hehehe

ko lepas doktor pecahkan air ketuban dalam setengah jam lebih macam tu baru ada rasa contraction..selang 15 minit rasa sakit..tapi sakit yang boleh tahan lagi la..nasib ada pengalaman kan so dah tau la teknik2 pernafasan yang betul..tu pon dah lupa banyak..hari2 dekat bersalin baru google balik tengok macam mana teknik2 pernafasan yang betul masa nak beranak semua tu..yerla 4 tahun lepas beranak kot mana nak ingat semua tu..

Lepas tu dorang masukkan air kat badan..sebelum masukkan air nurse tanya ada minum air selusuh tak..aku cakap ada..ok nurse suruh stop minum air selusuh sebab takut bacaan tak tepat..lepas dah drip air kat tangan selang berapa minit contraction mula kerap..segala doa la baca masa ni..Dalam labour room ada tampal ayat2 zikir..bagus jugak An-Nur buat macam ni at least ibu2 yang tengah dok menahan sakit leh tengok zikir yang ditampal kat dinding tu..siap dorang pasangkan ayat2 suci Al-Quran lagi..tenang je bila dengar walaupon tengah menahan sakit.

Start kol 3 lebih aku dah start rasa sakit sangat2..masa ni dah bergegar katil menahan sakit..kat kol 4 macam tu contraction lagi kerap..selang 1 minit contraction tu datang..Affan urut2 belakang nak kasi kurangkan sakit..siap aku cakap takyah urut la b makin lagi sakit rasanya..padahal urut belakang tu sakit makin kurang yang aku terbalik..hehehe biasa la dah tengah sakit giler semua benda tak kena..

Masa tengah azan Asar aku masih menahan sakit..dalam hati, ooo masuk Asar dah..masa ni dah start nak push dah..nurse check dah 8 cm..dah 8 cm ni tak sabar pulak nak push..rasa macam nak terberanak sangat2 dah tapi nurse kata jangan push lagi tunggu doktor Khamsiah datang..alaaa tunggu doktor Khamsiah pulak, padahal dah tak sabar nak push ni walaupon baru 8 cm..

Elok doktor Khamsiah datang dah buka 9 cm..nampak la dua orang pembantu doktor khamsiah check..siap jeling2 , ooo belum lagi ni, takper sikit lagi..apa belum lagi..dalam hati, aduhhhh rasa macam nak push sangat2 dah ni tapi dok kemut2 menahan..ok semua dah ready , ada rasa sakit doktor suruh push..nurse sangat2 membantu masa ni siap tunjuk cara pegang kat tepi katil tu macam mana..ok awak pegang kat tepi katil ni..hembus nafas lama2 jangan hembus sekejap2..pastu pandang perut..

Ok ok saya rasa nak push dah..1 2 3 pushhhhhhhhhhhhh!!! erghhhh!!!! push lama2 lagii....ingat korang masa nak push tu jangan keluarkan suara..push macam nak berak tu..haa push macam tu..masuk kali ke dua aku push terus doktor zasss gunting..ko siap dengar bunyi doktor gunting kat bahagian tu, tapi kita dah sakitkan mana nak rasa pepek kena gunting..hahaha Affan cakap lepas kena gunting darah memancut-mancut keluar..kepala baby pun dah nampak..siap doktor suruh Affan tengok.. Doktor : nampak rambut anak awak.. Dengar doktor kata nampak rambut lagi la semangat nak push...ok2 contraction datang..ok pushhh lagi...aku rasa push yang ke 4 ke ke 5 macam tu terus baby keluar..keluar2 tu dia tali pusat dah terbelit kat leher baby..mujur aku push kuat..kalau lama lagi tak tau la jadi apa..

Nampak baby dah biru masa ni..sempat lagi doktor Khamsiah suruh Affan ambik gambor.. Doktor : ok daddy cepat ambik gambar baby dengan mummy..dah kelam kabut masa ni jangan harap la nak bergambor bagai kan nasib doktor ingatkan, ada la kenangan baby fresh dari oven..hehehe

Pastu nurse bawak ke bilik sebelah bersihkan baby dan bagi oksigen..dah ok sikit baru bawak bagi aku tengok..sementara tu tunggu doktor jahit kat bahagian bawah dan keluarkan uri..dua kali doktor bius baru rasa tak sakit kalau tak boleh rasa doktor cucuk benang tau..ouchh!..

Cak!! Afif Uthman fresh dari oven mummy..lahir2 putih kena kuning terus gelap..behehe

Allah tembamnya anak mummy ni..macam Raiisah sebiji sama..nasib berat awak 3.4 kg sayang..kalau lebih jenuh la mummy nak push awak..nasib baik la mummy makan banyak2 tadi ada la tenaga mummy nak push awak..tu la orang kata kita nak beranak kena makan banyak2 supaya ada tenaga nak push baby..dan satu lagi sebelum beranak kena mintak ampun maaf kat suami..halalkan makan minum dengan suami supaya dipermudahkan bersalin..

oo lupa aku ada ambik ubat tahan sakit..menyesal pulak ambik dah rasa lalok2 menahan sakit..tapi nurse advise suruh ambik supaya pembukaan bawah bukak cepat..

Untuk kali pertama daddy dukung Afif..gigil2 ye daddy..hahaha daddy nye pon dukung macam anak first padahal anak ke dua dah ponnn..yerla 4 tahun berlalu lupa dah dukung baby ye daddy..kekeke

Gembira dan syukur dapat baby boy..Alhamdulillah dapat sepasang..kilang stop jap..hehehe Daddy dia la paling hepi dapat baby boy..tak sabar nak bawak anak lelaki dia main skateboard katanya..

Muka sembab baru lepas meneran sempat lagi selfie dengan doktor..Ni la doktor Khamsiah yang sambut baby Afif Uthman..suka hasil kerja doktor Khamsiah ni buat, kerja dia cekap dan teliti..Affan pon suka cara doktor Khamsiah ni kerja..yerla dia tengok kot dari start aku check up sampai la beranak semuanya teratur dan puas hati..Terima kasih Doktor..

Disebabkan aku fully breastfeeding so baby kena duduk dengan mummy..malam pertama Afif dengan mummy..malam tu Afif meragam sikit mungkin di tempat baru..Raiisah datang malam tu tengok adik dia sampai malam tidur mengigau..boleh dia kata mummy dengan baby jadi hantu..

Cak!! dah hari ke 2..pagi2 bangun mandi bersihkan diri..nanti dalam tengahari doktor Khamsiah nak datang check..Check2 doktor bagi tau petang dah boleh balik..Alhamdulillah mummy dengan baby semuanya ok..Selesai urusan interview daddy pagi tu terus daddy tengok Afif & mummy..

Eh baru dua hari lihat dunia dah pandai posing jari di muka..no no no mummy takkan benarkan Afif hisap jari macam kakak..nanti jari bucuk..ni kakak ni dah nak masuk 5 tahun masih lagi hisap jari..gigi pon dh jog sikit..huhuhu

Petang baru dapat balik..kakak Raiisah pon ada sekali teman mummy siap2 nak balik..macam tak percaya Raiisah dah jadi kakak kan..

Terima kasih pihak Hospital Annur Bangi coz memberi layanan yang sangat best dan superb , sepanjang saya berada di sana..Jom sayang mummy kita pulang..bermula la episod berpantang..lepas ni korang layan blog kathyjem pasal pantang pulak..kikiki

piece : kathyjem

19 comments:

yayang laling said...

seronoknya ada baby baru... :)

FadMN said...

auch kathy,terus sama2 dok ikut awk push tu.i tengah baking ni,thn depan baru nak meletop.btw, congrates.....

az ika said...

kathy jem..nak tau harga total boleh? tqsm :D

Loviey_Fiey said...

TAHNIAH ye kak.. saya pulak due 13/2/17. Debar2 rasanya sebab anak first pon da 5 taun. Dulu beranak muda 19, sekarang dah tua sikit takut pulak

Mommy Cici said...

tahniahhh

sonoknya boleh amek gambo fresh frm oven gitu. I hari tu emergency czer T_T

aswaleyla said...

comelnya baby akak

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah..Allah mudahkan mummy lahirkan Afif...sangat sporting Dr nya...dan yang bestnya ada sediakan makanan sunnah..tak perlu risau juga bab penjagaan auratkan...

Dolphin Gemuk said...

Salam kak kathy, boleh tanya total kos bersalin dekat an-nur berape? Thanks..

datinsha said...

Allah senangnya org bersalin normal. InsaAllah akn dtg Sha pun dipermudahkan urusan

Irene Dahayu said...

fuhhhhh... terus dup daq jantung i khaty oooiiiiii.... takut pulak nak besalin bln depan nih...

Sd.,.xphafurayyyu I'll try to be a great Rahman said...

tahniah kathy dpt baby boy!!!sonoknya tgk mummy masih berseri walau lepas bersalin!

Hayati M Y said...

Kak, 4cm akak bleh makanlagi eh. saya dulu baby no 2 beranak hospital goverment kak 4cm minum air masak pun xleh.. badan dah lapar gigil2 dah tapi alhamdulillah dapat teran baby.. akak 7cm boleh je makan lagi.. ward pon cantik jee.. haaa dulu saya beranak 1st kat hospital pantai semua serba serbi dorang buatkan..

Cik Saa said...

kak kathy..lepas bersalin pun cantik...like cek ta heheheh

Cik Saa said...

kak kathy lepas bersalin pun cantik..like cek ta hehee

Nur Ilyana Ilias said...

tahniah atas kelahiran bby baru.

cikpuanhady said...

Tahniah sis.. alhamdulillah dah sepasang.. best tuu..

jemput singgah my blogshop, http://mymodestycloset.blogspot.my/

mimiEhalim said...

eiiii.. sambil baca sambil terasa time nak bersalin 9bln yg lalu.. hahaha.. btw, tahniah kak khaty.. comeyy, sejibik cam kakak dia..

Megurl said...

Tahniah..

Hafiz Yusof said...

Taniah...