Klik Yer!! Mekasih...

Monday, November 28, 2016

Treenie Kompakto Double Breast Pump & Haakaa silicone breast pump..

Salam semua..ramai yang tanya breast pump brand treenie kompakto ni ok ke tak?? ok la aku review sikit brand treenie kompakto ok..ni pon tertengok iklan treenie ni kat fb..memang kebetulan masa tu memang nak cari breast pump elektrik..saje nak try elektrik pulak..

Masa Raiisah dulu guna manual jer sebab fobia giler nak guna letrik..pernah guna breast pump letrik brand Spectra..wooo sakit giler wooiii..dah la luka, pastu pump sampai keluar darah..susu putih terus jadi sirap bandung..hahaha..nak tak nak kena la pump gak kan kalau tak bengkak..pastu terus fobia guna elektrik, guna la tangan untuk pump susu..sampai lenguh2 la badan nak perah  keluarkan susu..

Dok terfikir sampai bila pump guna tangan..servey2 ramai cakap guna breast pump manual brand avent sebab tak sakit..so far pakai ok memang tak sakit and soft je masa pump tapi pump tu dah selamat ke tangan orang lain..hehe sampai sekarang tau boleh rasa kesakitan masa menyusukan Raiisah masa baby..huhuhu

Ok berbalik pada tajuk asal.. breast pump treenie ni aku suka sebab , first sekali dia murah, ringan dan compact, senang nak simpan dalam handbag, ada usb cable, so rasa2 dah bengkak boleh pump dalam kereta and boleh cucuk dengan power bank..

Siap ada 2 free botol..boleh adjust levels..rasa2 nak susu tu keluar cepat tekan + dan lagi satu treenie ni sangat sesuai untuk nipple sensitif dan kecil..kalau nipple jenis besar agak kurang sesuai untuk brand treenie ni..ada massage levels jugak, maksudnya sebelum kita nak pump kita massage nipple kita tu takde la dia terkejut masa pump tu..

Ooo harga dia RM139..aku beli masa ada promotion sale kat IG Fabulousmomcom..kebetulan stock ada kat kedai..hari tu servey kat IG besok tu suruh Affan cari kat kedai dia sebab nak pakai cepat..nasib baik beli cepat..hari ni beli besok Afif masuk hospital demam kuning..bayangkan pakai manual jenuh la nak mengepam kat hospital..

Lagi satu Haakaa silicone breast pump..ni beli masa expo baby kat Midvalley hari tu..ramai review kat silicone breast pump ni best bila pakai and tak sakit..Harga RM69 tak silap masa beli hari tu..tapi aku tak beli penutup dia..yang penutup harga dia RM27 masa tu..


Haakaa silicone breast pump ni aku pakai time menyusukan Afif..sebelah bagi menyusu sebelah lagi tadah buat simpanan..tkde la membazir terbuang macam tu..ada yang tanya sakit tak pakai Haakaa silicone breast pump ni..sejujurnya tak sakit langsug..event nipple tengah luka pon still tak rasa sakit..


Sekarang Afif menyusu kat 30z..kadang tu 3oz , rass macam tak cukup je dia minum..gini la setiap hari buat simpanan stock untuk Afif..sebelah bagi dia minum sebelah lagi simpan..susu yang di simpan dalam freezer besar tu boleh tahan sampai 3 bulan..


Selesai menyusu dengan pump terus taruk nursing cream ni..suka la pakai brand cocoa butter ni sebab kesan dia sangat cepat..kalau nipple luka or merekah ke apa sangat sesuai pakai cococa butter formula ni..lepas apply kalau baby nak menyusu lagi takyah basuh boleh terus bagi baby menyusu..bau pon sedap, bau cokelat rasa macam nak makan..yang aku beli ni size 30g kecik jer, RM20..


Harap2 cukup la bekalan untuk Afif ni bila mummy dah kerja..bukan apa macam risau pulak tak cukup, yerla tengok dia menyusu 2 jam sekali dengan 3oz nyer..haihh cuak gak ni..takper mummy positive thinking okey.. =) selamat mengepam..hiiyakk!!!

piece  : kathyjem

5 comments:

Irene Dahayu said...

wah!!!!! tahniah khaty...

Jueliza Jamani said...

breastpump tu sama mcm kakak jue punya.. jue dulu guna spectra 3.. ok sgt time tu.. simpan stock susu banyak.. kali ni fully bf jer kak.. heheheh

mirza said...

Ya Allah...seronok nyer tgk susu tuk afif...meriah...mesti afif kenyang minum susu dr mummy kan.... :)

Mrs Seri said...

salam. sy dari Babyboo Malaysia, saya berminat untuk hire puan untuk buat paid review tentang produk saya. jika berminat, boleh hubungi sy di email bambbaystore@gmail.com atau wasap 013 2248536

hayati abdullah said...

yayyy..dah jumpa review pasal treenie..rs mcm nk beli lagi 1..sebelum ni dah ada evelove..:-)