Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, November 30, 2016

Bertungku Bertangas Berurut dalam pantang..

Lepas ni aku akan merindui dunia berpantang 44 hari..kira2 jari...eh ehhhh tinggal 5 hari abis la dunia pantang ku iniii..kejapkan 44 hari..tapi serius pantangkan si Afif ni aku rasa sekejap sangat masa berlalu..masa Raiisah tu mak aiii berjanggut nak tunggu 44 hari..bangun tidur menyusu, bangun tidur menyusu je kerja aku, tu yang rasa masa sangat lambat berlalu..hahaha

Sekarang ni dah ada part time business sendiri, mungkin sebab tu aku tak rasa sangat masa berlalu kot..ko dalam pantang2 ni pon tangan kaki ligat buat kerja..ingat mak hayam bersenang lenang dalam pantang goyang kaki..tak yee...kerja tetap kerja, pantang tetap pantang..haha..gigih gak nk kerja..orang sekarang tak sama pantang macam orang dulu2 berpantang..zaman sekarang patang tak abis lagi kaki dah panjang nak keluor rumah.. eh nak pergi klinik kena la keluar rumah gak kan..hehe..


Tapi tungku kesayangan ni 44 hari tak tinggal..kalau ada tertinggal pon sehari dua macam tu je la..nak tungku macam mana kat luar hujan so takleh ambik daun kat luar rumah..hahaha alasan apa ni.. >_<

Gambar kat atas ni tungku mak bidan punya..pakai batu sungai..hat yang aku pakai besi..besi tak tahan sangat cepat sejuk..setengah jam bertungku dah sejuk besi tu..tapi kat rumah mak aku ni nasib baik mak ada simpan batu sungai..tu pon baru perasan batu sungai tu dok molek je kat dapur..mak aku pon boleh tak perasan kewujudan batu tu dalam rumah selama ni..mak ingat dah hilang mana tah..yerla pindah randah pindah randah lupa terus batu sungai tu letak mana..batu sungai ni mak aku pakai masa dalam pantang kan aku dengan akak aku..masih elok lagi..silap2 batu sungai yang aku pakai ni pas kat raiisah pulak..😂😂

Kalau korang tanya aku antara besi dengan batu sungai mana yang bagus ofcoz la batu sungai..bertungku 2 jam pon still boleh rasa panas dia..seeloknya tungku pagi dan petang..mana nak cari batu sungai tu?? ofcoz la kat sungai dik nonnnn takkan nak cari kt KLCC pulak dik.. 😛

Mak bidan siap tunjuk cara2 betul nak balut batu sungai ni..kena banyak daun mengkudu baru kain tak terbakar..ni dia tunjuk kat aku..esok2 nak buat sendiri senang dah tahu..kat rumah mak takde daun mengkudu so mak pakai daun pandan dengan daun pokok jambu..yang dalam gambar ni mak badan bawakkan daun mengkudu dr rumah dia..sehari sekali mesti kena tungku..kalau rajin 2 kali sehari..rasa macam nak makan je bau daun pandan bila dibalut dengan batu sungai..

 Siap dah balut untuk di tungku..ok mula2 sekali kena urut satu badan..dah urut satu badan baru tangas..dah selesai tangas dlm 44 minit baru tungku..

Nila mak bidan yang urut kita..nama mak bidan ni, Cik Nah..jiran nun hujung selekoh dekat dengannrumah..dia memang buat pakej berurut dalam pantang tapi dia tak ambik berurut jer..dia buat semua sekali, berurut, tangas, tungku..kalau mana yg nk urut tambah susu or susu bengkak cik nah boleh je buat..just bagitau jer..kalau tak nak pon takper..

Pakej untuk semua sekali yang aku cakap atas tu dalam RM200 termasuk transport..ko cakap je tinggal kat mana sampai la cik nah depan rumah..

Ni nombor phone cik nah 012-2069557 , kalau siapa yang berminat nak guna khidmat cik nah ni boleh call or whatsapp cik nah..tapi cik nah buat urut lepas bersalin jer..kalau nk suruh cik nah stay kat rumah memang dia tak ambik..so ada apa2 nak tanya pasal pakej berpantang ni boleh call terus cik nah..aku share ni pon sebab puas hati dengan khidmat yang dia berikan..

Alhamdulillah lepas urut dengan cik nah terus badan rasa segar..kalau tak rasa lemah je , jalan pon macam kura2..lepas urut rasa nk berlari satu rumah..amboii over ni nak lari terus..hahaha..

piece : kathyjem

3 comments:

Zie Azi said...

haaa kou dah mcam pari2 kecil hijo..hahah
mmg sedap klu bertungku letak daun mengkudu, nti daun tu bunyi mcm terbakar badan pun jadi segar..

Intan Saffyna said...

hi sis, saya datang singgah sambil follow sini :)

lady mz said...

wah bestnyeee lama xbertungku hihi...salam kenal kathy