Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, January 5, 2017

Raiisah Kembali Ke Sekolah

Fuyooo punye lama blog ni tak update..dalam sejarah blog kathyjem sebulan tak berupdate..tak pernah weii lama macam ni, busuk2 pon paling lama tak update 2 minggu macam tu..ini pon hampir lupa macam mana nak menaip..amboii teruk bebenor tu sampai lupa macam mana nak menaip..kakaka bukan lupa menaip , lupa macam mana nak mulakan ayat blog ni..kekeke

Tup tap tup tap dah masuk tahun baru..ramai tanam azam untuk 2017 kan..seronok tengok orang punya azam 2017..aku baca dorang punya azam sampai aku sekali nak tanam azam macam dorang..

Tapi kan tapi kan aku punya azam 2016 banyak lagi tak tercapai akalmu, macam mano ni..hahaha tkper oden harap tahun 2017 lebih baik dari tahun sebelum ni..eh ayat macam biaser dengar je..hahaha copy paste ayat tahun lepas.. *sambil angkat kening.

Pagi ni dengan semalam ramai post & update anak pegi sekolah..ada satu fb ni nama Sultan Melaka ke apa tah nama fb tu, siap perli ibu bapa zaman sekarang terlebih excited tunjuk gambar anak, post sana sini, macam dorang je ada anak nak pergi sekolah..eh tak baik tau cakap macam tu, biar pi la mak bapak budak tu nak update anak pergi sekolah ke, anak dia nak naik bus ke, anak dia makan kat kantin ke, anak dia nak guling2 depan sekolah ke..tu hak mak bapa tu..tunggu la esok hang ada anak nak masuk darjah 1, silap2 setiap saat hang selfiak dengan anak hang memanjang.. #sindrom makmak memang macam tu

Tengok muka mummy terlebih excited nak hantar anak pergi sekolah, lagi terlebih excited tengok anak kita happy takde drama air mata pagi tu..lagi la 20 juta kali kiat ambik gambor dia..tengok mekcha siap mucung2 nak pegi school..

Beza betul persiapan tahun ni dengan tahun lepas..tahun ni punya persiapan, esok nak sekolah pukul 11 malam baru mummy hegeh gosok baju..hahaha biaserla dah masuk tahun ke 2 excited tu kureng la sikit..tunggu mekcha masuk darjah 1 confirm mummy tak leh tido malam..

Pagi tu ok je dia bangun sebab malam tu dah pesan "Esok Raiisah sekolah tau", Raiisah : "Ok mummy nak school"..lama dia tak pegi sekolah..rindu sangat la tu..last dia pergi sekolah bulan 8..yerla aku kan pindah dok Kajang bersalin kat sana, nak tak nak terpaksa la berhenti kan dia..tahun ni start sekolahkan dia kat Little Caliphs gak sebab nak continue pembelajaran kat LC..kan tukar sekolah lain takut Raiisah takleh catch up cara pembelajaran tempat baru..lagi pon aku suka cara sistem pembelajaran kat LC ni..boleh nampak banyak perubahan kat anak..banyak doa2 Raiisah dah hafal walaupon dah lama tak pegi school still dia boleh ingat doa & surah2 yang teacher dia ajar.. =)

Awal pagi hantar Raiisah..tu pon lambat sikit sampai walaupon 5 minit je dari rumah nak ke sekolah Raiisah..Biasa la dah tau dekat lagi di lambat-lambat kan nya..Raiisah sampai sekolah terus menunu masuk..tak dan mummy nak bukak kasut..laju je dia cari teacher Khaira..teacher kesayangan dia masa kat LC Sungai Buloh..bila cakap pasal sekolah mesti dia akan sebut2 teacher Khaira nak  teacher Khaira..kadang sampai suruh kita call nak cakap dengan tecer dia..

Nampak teacher Khaira terus berlari2 peluk macam 10 tahun tak jumpa..hahaha

Mula2 sampai dalam hati terus tercakap.. "Eh eh macam anak itik pulak aku nengok budak2 ni, ate dah semuanya kuning" hehehe comel je semua..

Amboii nampak mainan terus lupa mummy ye..mummy panggil 5 kali baru nak pandang..seronok sangat la tu dapat jumpa kawan..

Macam biasa hari pertama sekolah mesti akan ada drama air mata anak di tinggal ibu bapa..hahaha

Kebanyakkan yang menangis budak 4 tahun..budak 5, 6 tahun takde yang nangis aku tengok..elok je dorang lari sana sini..mula2 kan biasa la tak biasa suasana baru..nanti lama2 ok silap2 ada yang tak nak balik rumah.. macam LC Raiisah sebelum ni..sampai bapak budak tu tunggu lama nak pujuk anak dia balik..

Tahun ni hantar Raiisah half day sebab dekat dengan rumah kan, tak kan nak hantar sampai full day.. tahun ni aku ambik transport 2 hala untuk Raiisah sebab takde siapa nak ambik dia tengahari tu..aku kerja, affan pon kerja..kalau atuk dia ada boleh ambik..takper tunggu atuk balik Malaysia ye..rindu nyaaa kat abah..rindu sangat2..hari2 atuk dia call nak cakap dengan cucu kesayangan dia..

Tengahari tu tunggu Raiisah balik..sampai2 dengar budak2 nangis.Raiisah sampai tengok gambar ni siap cakap.. "Mummy ni nangis nak ibu ibu ibu" siap lakonkan balik macam mana kawan dia nangis depan pintu..amboiii ko mekcha pandai ajuk kawan ye..ko pon macam tu gak melalak melolong menangis nak balik time mood mengada mai..

Kol 12 tghari mummy zazz depan pintu masuk sebab jap lagi abang transport nak ambik Raiisah..so aku follow dia dari belakang..cuak gak lepas ni Raiisah naik transport hari2..yerla sebelum ni pergi balik aku ambik dia..hukhukhuk mummy doakan baik2 je utk awak ye Raiisah..nanti atuk balik suruh atuk ambik..

itu sajer cerita di hari pertama Raiisah ke pre school..doakan aku lepas ni rajin mengupdate..hukhukhuk Yuk kathy!!! jangan malas2... =P

piece : kathyjem

2 comments:

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah Raiisah dah big girl la mummy...no more nangis2...moody2...hihi..bagus...belajar rajin2 tau..balik sekolah sambung jaga adik..

atiehilmi dot com said...

hahaha~ air mata tak mau kena tinggal ke nak ikut mummy balik shopping ? big girl dont cry la kakak..