Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, June 14, 2016

Ngidam Dari First Day Ramadan

Ya ampunn semalam dapat makan kuih tepung pelita paya jaras happy giler..hahaha Bayangkan dari first day Ramadan aku teringin nak makan..masa hari pertama puasa nak beli, tercari-cari mana la kuih tepung pelita ni..selalu orang jual bersepah-sepah..la ni takde langsung, ke dah abis..aku syak la kan dah abis..yerla first puasa mesti la ramai orang beli kuih muih..

aku lak datang datang dah hujung2 memang bye2 la..tapi sempat beli murtabak Paya Jaras..hari isnin kan, first puasa pulak jalan jangan cakap la..tu yang sampai bazar Paya Jaras banyak makanan dah abis..teringin nak makan apam balik pulut hitam pon sama dah abis..

korang kalau datang bazar Paya Jaras Sg. Buloh wajib beli murtabak kat situ tau, memang sedap giler tak terkata..hahaha aku rasa setiap tahun kot kat blog aku selit murtabak Paya Jaras ni..hahaha abis dah memang sedap harus la kena share dengan korang..masalahnya time bulan puasa je aku jumpa murtabak sedap ni..hari lain tak pernah lak jumpa..

Affan lak beli sikit..terkulat-kulat aku kongsi ngan dia..dia beli 6 ketul je..aku 3 dia 3..makan memang tak puas la..Affan pon hantu tepung pelita..dia kalau dapat makan memang tu je dia tuju..makanan lain tak pandang..hahaha Tak kira nak cari gak kuih tepung pelita paya jaras balik ni..Oh Affan beli ni bukan kat Sg. Buloh, beli kat bazar ramadan Kelana Jaya..situ ada jual tepung pelita paya jaras..aku rasa banyak dah tempat jual kuih pelita paya jaras ni..tak silap Damansara ada, Bangi pon ada..

Eh pasal kuih tepung pelita ni pon boleh jadi bahan dalam blog..bahahaha Siapa setuju kuih tepung pelita paya jaras paling sedap di Malaysia..angkat tiak!! >_<

Oh sebelum tu aku nak share korang kelebihan yang ada pada Super Moisture Cushion keluaran Kaay Cosmetics..hahaha sempat lagi promote..harus la kena promote, barang bagus kena la share dengan korang..hihi

Hari tu aku ada share dalam Super Moisture Cushion ada minyak kelapa dara kan..

Haa selain minyak kelapa dara, dalam Super Moisture Cushion ni ada Aloe Vera jugak..kan dah cakap bahan2 yang Kaay Cosmetics keluarkan semua berasakan dari bahan semulajadi sebab tu masa pakai korang akan bau wangiiii sewanginya bila dap dap dap kat muka..bukan takat fondation jer, boleh jadi treatment dan juga merawat masalah kulit..

Kebaikan Aloe Vera :

✔ Melembap
 ✔ Menyejukkan
✔ Merawat Jerawat
✔ Mencegah Jerawat Baru
✔ Anti Radang
✔ Anti Penuaan
✔ Merawat Selaran Matahari
✔ Mengecilkan pori-pori
✔ Mengurangkan garis halus

Siapa yang nak cantik, glowing2 macam Siti Nurhaliza boleh la cuba Kaay Cosmetics..takyah tunggu Raya sekarang pon dah boleh cantik..whatsapp nombor ni 011-28811281 untuk oder..siapa yang berminat nak jadi Agent Sah Kaay Cosmetics boleh jugak whatsapp nombor tu.. =)

piece : kathyjem

Monday, June 13, 2016

Rindu Raiisah masa baby..

Ce teka siapa budak bawah ni..hahaha Ya Allah rindu sangat Raiisah masa baby..tadi macam boring kat office godek2 gambar lama Raiisah masa baby..debab je dia masa tu..skang badan dah kuruih sebab makan tak nak sangat..dia ikut mood, kalau hari ni banyak makan nasi, esok lusa langsung tak nak makan nasi..makan roti je satu hari..kat sekolah lagi la, kadang tu teacher dia bagitau Raiisah tak nak makan nasi langsung..risau gak tapi teacher dia bagitau dia makan roti dengan biskut jer..ok la kan dari tak makan lansgung..tu yang risau badan dia makin kurus..

Raiisah ni jenis memilih sikit makan, lauk untuk makan dengan nasi pon dia tengok, jenis pelik2 memang dia geleng tak nak tapi datang dia punya tak cerewet tu makan nasi putih letak kicap ngan telur goreng pon dia boleh bertambah..lagi nasi putih kicap sikit dengan ayam goreng..tu lauk terpaling suka dia makan..sayur pon dah kurang makan..

Alololo budak hidung kembang ni, gigit kang hidung serombong kapal tu..hahaha esok adik dah keluar macam mana la rupanya..macam kakak dia ke macam muka mummy..Raiisah banyak ikut muka Affan..dulu masa dia baby ramai cakap ikut muka aku laa ni dah besar copy paste muka daddy dia sebiji..takper anak perempuan elok ikut muka ayah, sejuk sikit mata memandang..hehe..ikut muka mummy kan panas hati pulak..hahahaha ni orang tua2 selalu cakap la bagi aku ikut muka daddy ke mummy ke tak kisah janji anak tu sihat walafiat..

Hari tu cuti sekolah duduk rumah nenek..kemain happy dia..dok rumah nenek faham2 je la pagi petang malam makan nasi..kalau rumah mummy kang nak oat la nak nestum la nak susu la..bagi nasi tak nak makan sangat..

Homei sangat niii pakai kain sembahyang mummy masa umur mummy tadika ker darjah satu macam tu..hehe

Tak sangka mak simpan lagi kain sembahyang aku masa kanak2..kira2 jari hampir 25 tahun dah umur kain sembahyang tu..silap2 turun ke anak Raiisah pulak nanti..amboii sampai ke situ fikirnya..hahaha Kalau umur panjang la.. =P

Raiisah nampak dah besar sangatkan..ermmm cepat masa berlalu..T_T kang tau2 esok baby nombor dua dah keluar lagi tak percaya anak dah dua..hehehe

Sekarang ni Raiisah dah start tidur katil sendiri..yerla dia dah 4 tahun kan, takkan nak tidur celah ketika mummy daddy lagi..kena la tidur sendiri..ni perut aku masih kecik lagi kang dah masuk 7 8 bulan takkan dia nak tidur sebelah aku lagi kan..memang dia tendang2 la perut mummy ni..

Raiisah tidur jenis lasak..kang tau2 kaki hinggap kat muka..yang selalu kena macam tu Affan..hahaha aku jarang kena.. Affan selalu dapat sepakkan percuma dari Raiisah..hahaha..kadang tu banyak kali kena, daddy dia tidur luar sebab bila dah kali terjaga susah la nak tidur balik..nak tak nak terpaksa belikan dia katil..malam2 tengok dia tidur sendiri Raiisah rasa kakak2 sangat..malam pertama dia tidur sendiri macam2 hal..sedar2 dia dah kat tengah kiteorang..hahaha masuk malam ke 3 4 dah ok, tak naik dah atas katil mummy ngan daddy, dah berani tidur sendiri..eceehhh macma la tidur bilik sebelah kan, padahal katil sebelah mummy jer tapi dia punya takut macam tidur sorang..


Serius mummy rindu Raiisah masa baby..kalau boleh nak Raiisah macam ni je sampai bila2 sebab baya ni senang nak jaga tak banyak kerenah..hahaha Ok menunggu adik dia bakal muncul lagi 4 bulan..doakan kita dengan baby semua dalam keadaan sihat..mekasih sudi baca blog kathyjem.. ^_^

piece : kathyjem

Friday, June 10, 2016

Minggu Pertama Sahur & Puasa

Salam semua..eh dah Jumaat dah..tup tup dah masuk hari ke-5 kita puasa kan..kejap jer rasa..hari ni nak story pasal puasa pertama sampai hari ni..asyik dok update Kaay Cosmetics jer kan mesti korang busan bukak blog Kathyjem kan..hahaha Sila jangan busan tau sebab hari-hari ahkak Kathy akan update pasal Kaay Cosmetics..kikiki >_<

Hari pertama macam biasa setiap tahun hari pertama sahur mesti akan masak sardin, tak caya buka balik entry lama2 first puasa mesti sardin dengan telur dadar..hahaha..

Laki aku memang hantu sardin, dia hari2 makan sardin pon takper..hoii tapi hari2 makan sardin kopak gak duit..dulu2 orang makan sardin time duit dah kering la ni nak makan sardin kena tengok budjet cukup ke dak nak beli..yerla setin dah 7 ringgit,  kalau ambik dua tin dah kat 15 hengget..ker tak mahal namanya tu..baik beli betul2 ikan sardin lagi puas hati makan..

Hari pertama berbuka, buka kat rumah mak..faham2 jer la hari pertama puasa jalan jem macma mana kan, memang tak ingat jem dia walaupon balik kol 4.30ptng..balik kerja aku balik rumah kiteorang dulu then baru gerak ke Sg. Buloh..Sampai rumah mak gam2 terus azan..lupa pulak nak ambik gambar masa first buka puasa dengan mak..yerla kelam kabut masa sampai tu..tahun ni sedih sebab first Ramadhan tanpa abah disisi..InSha Allah abah akan balik hujung tahun ni..rindu sangat kat abah..T_T

Pastu sahur mak tapaukan tomyam seafood, kari ayam & ikan jaket sumbat bakar..mak kalau masak ikan bakar jaket memang terbaik la..

Hari ke dua berbuka, Affan masak ayam kicap..eksyen tak bagi kita tolong dia masak..pastu masa berbuka rasa ayam kicap kurang masin ngan lupa kayu manis & bunga lawang..haha..so kena la tambah garam..takperla janji rasa tu ada..tu la masa masak tak bagi kita tolong..Affan memang macam tu, dia kalo bersemangat nak masak memang tak bagi aku kacau..dia takut kalau aku dok sebelah dia masak jadi lain..yerla tau la dulu pernah jadi chef kan, terer masak..kakaka ok tipu..alaaa b masuk perut jadi tahi gak..hahahaha >_< matilah kalau dia baca ni..

Aku mula2 kawen pon bukan reti masak pon..affan la yang banyak ajar aku..kadang tu banyk google, lama2 pandai la nak masak..yerla dah jadi isteri ni nak tak nak kat dapur jugak kita akan pergi..ateee dah anak suami lapor takkan memanjang beli, makan kat luar je..kopak hoii..kalau laki jutawan takper..

Sahur hari ke dua pon makan ayam kicap gak..kiteorang kalau masak untuk berbuka memang masak lebih sikit, simpan untuk sahur, sahur kang takyah pening2 masak..panas je lauk semalam..

Hari ke 3 sahur ayam masak kicap..

Hari ke 4 sahur lagi simple aku masak, telur goreng dan ikan bilis goreng..taruk sikit cili api & bawang..lauk simple macam ni pon makan boleh bertambah..kurma wajib aku makan sebelum sahur dan selepas sahur..so total 5biji kurma untuk sahur sahajer tu belum masuk untuk berbuka..mengandungkan memang bagus makan kurma..silap2 satu kotak tak cukup ni nak tunggu hujung puasa..hehehe

Semalam kelam kabut masak..hujan lebat giler..sampai rumah kat kol 6 lebih..ko bayangkan masak setengah jam lebih..nasib bawang cili dah blend siap2..kalu tak jenuh la nak potong satu2..semalam masak kobis masak lemak putih dan ikan selar sambal..

Owh hari ni nak masak apa?? eh lupa hari ni buka rumah mak..nak ambik Raiisah sekali..cuti sekolah ni Raiisah duk rumah nenek..minggu depan dah nak start sekolah..ok korang selamat memasak untuk berbuka nanti.. =D

piece : kathyjem

Thursday, June 9, 2016

RAMAI WANITA TAK SEDAR SOLAT MEREKA TIDAK SAH KERANA MEKAP! NAK TAHU KENAPA???

Haa meh aku explain sikit..aku tau ramai yang dah tau Mesra Wudhu ni apa dan ada juga yang masih confused2 "Mesra Wudhu" ni macam mana??

Kebanyakan mekap mengandungi silikon yang berfungsi untuk mengekalkan mekap tahan lebih lama, sehingga 8jam - 12jam tapi mereka tidak tahu bahan silikon inilah yang menghalang air wudhu sampai pada kulit wajah, sekiranya tidak dibersihkan dengan betul..Kadang2 kita nak melawa tepek sana sini dah kena cuci pakai remover kalo nak solatkan..nak nak makeup yang ada silikon memang sah2 la tak boleh bawa solat..

Nak cuci mekap yang mengandungi silikon ni korang perlu mencuci mekap betul2 menggunakan make up remover & kemudian mencuci wajah menggunakan pencuci muka sebab ada je sikit silikon dimuka memang tak sah la wudhu kita..kat muka kadang tu rasa macam leceh sikit kan tapi dengan compact Super Moisture DD Cushion korang hanya boleh bilas wajah dengan air sahaja!! dah boleh terus solat tanpa was-was...

Sebab itu aku berani katakan produk kami MESRA WUDHU & MESRA SOLAT.

Kenapa anda perlu memilih Super Moisture DD Cushion?
👉 Tiada Silikon
👉 Tiada Alkhohol
👉 Tiada Pewangi Kimia
👉 Tiada Kesan Sampingan
👉 Bahan Semulajadi
👉 12 Dalam 1 Kelebihan
👉 HALAL & SELAMAT

Hanya dengan dap..dap..dap.. Wajah cantik , solat pon tetap terjaga.

Bawah ni antara customer yang berpuas hati selepas menggunakan Super Moisture DD Cushion??

 
Apa lagi cepat whatsapp Kaay Cosmetics untuk merasai sendiri kehebatan Super Moisture DD Cushion hari ni!!!

Kaay Cosmetics : +06 011 28811281

piece : kathyjem

Tuesday, June 7, 2016

Senang Sangat Nak Pakai Super Moisture DD Cushion Ni!

Hi semua..hari ni rajin pulak nak uplaod video kannn..hahaha pagi tadi dah lambat nak pergi kerja sebenarnya tapi curi2 gak ambik video sendiri and share kat korang cara-cara nak apply Super Moisture DD Cushion ni..Masih ada yang confius pasal DD Cushion ni..boleh baca kat sini Super Moisture DD Cushion ni apa.


Siapa cakap tak boleh makeup flawless dalam 60 saat?? tengok aku pakai, just dap dap dap je dah siap uolsss..dah boleh terus pakai blusher, eyeliner & lipstick..dah boleh terus pergi kerja..dah sampai office..hahaha kalau tak sempat pakai kat rumah, pakai dalam kereta pon takde hal sebab Super Moisture DD Cushion ni senang nak bawak..masa aku pakai ni sikit jer taruk, dap dap dap jer..

Sebelum pakai Super Moisture DD Cushion ni dah tak payah pakai toner, krim pelembap, serum, sunblock, compact powder, bb cream, cc cream, fondation semua tu sebab dalam Super Moisture DD Cushion semua dah ada..12 in 1 uolsss..best kan.. ^_^

Jenis suka mekap tebal pon takde hal, boleh dap banyak2 sikit..macam aku jenis suka apply light2..alaa nak pergi office je pon takkan beria nak mekap tebal 10 inci macam nak pergi dinner pulak..hahaha >_<

Paling best Super Moisture DD Cushion ni korang boleh bawak terus solat, takyah pakai makeup remover..just bilas dengan air sajer..eh taknak cerita banyak la korang boleh whatsapp kat nombor ni cepat2..sekarang ada promosi RM69 sajer, harga asal RM80..

Ok whatsapp cepat-cepat sebelum harga promosi abis, 011-28811281..

piece : kathyjem

Monday, June 6, 2016

Super Moisture DD Cushion by Kaay Cosmetics

Salam Ramadhan semua..wahhh dah masuk Ramadhan dah..kan tau2 eh eh nk raya dah besok..amboii belum apa2 ingat Raya dah..hahaha..Macam mana sahur korang pagi tadi..ok tak, sempat bangun tak?? ada yang tak bangun..aduhhh mesti rugikan siapa yang tak sempat sahur tadi..takper yang penting niat puasa tu kena ikhlas kerana Allah s.w.t

Ni nak bagitau korang produk Kaay Cosmetics dah dilancarkan baru je tadi..ko dia punya debor nak nunggu launch macam apa je rasa..hahaha yerla first baby aku dengan Yana kan harus la tak tido semalam..amboii over tak tido semalam ni..kakaka..Ramai yang tanya bila boleh oder and harga berapa kan?? nah aku review sikit apa kelebihan Super Moisture DD Cushion dari Kaay Cosmetics ni..

Ni picture pagi tadi sebelum nak ke office..suka dengan Super Moisture DD Cushion ni sebab pakai dia senang sangat just dap dap dap dah siap..Teksture dia yang yellowish memberi effect glowing yang mencerahkan kulit secara semulajadi..Tak nampak macam pakai bedak langsung..Ramai yang tak familiar kan konsep cushion ni, ada yang ingat compat powder..Cushion ni adalah span yang melitupi bahagian dalam foundation tu, kira nya kalau compact powder korang nampak bedak tu terang-terang kan , yang ni tak sebab foundation tu ada dalam cushion..

Cushion ni plak bukan sebarangan cushion tau, dia bertindak menyerap segala kebaikan ramuan fondation dan memiliki teknologi nano yang membuatkan kulit muka lebih bersih dan hasil mekap yang lebih wow gitu! So kalau korang pakai Super Moisture DD Cushion ni main calit-calit pakai jari hasil nya takkan sama macam pakai span yang dah diserap dari cushion.

Tulaa bagusnya , tangan pon tak kotor..takyah pakai toner, pelembap, compact powder segala bagai sebab dalam Super Moisture ni semua dah ada..

BB Cream, CC Cream & Fondation semua dah ada dalam Super Moisture DD Cushion ni! So boleh tukar dari sekarang!

Tengok tekstur dia ringan dan tak pekat..buat masa ni kami keluarkan satu colour dulu..ni code colour natural so boleh masuk untuk semua jenis colour kulit orang Asia.

See tak nampak pekatkan..selalu fondation yang brand mahal2 mesti makeup nampak tebal kan, Super Moisture DD Cushion ni takkan nampak bercapuk, nampak natural and kulit tak kering, rasa lembab dan sejuk je lepas pakai..lagi satu lepas pakai muka bau wangi je sebab bahan-bahan yang digunakan dari bahan semulajadi iaitu campuran bunga..Dap dap dap sikit je dah boleh menutup cela parut, jerawat, jeragat, kedut-kedut yang kertu pada keseluruhan kulit muka tuu..

Sebenarnya konsep cushion ni dah famous lama kat Korea & Jepun , tapi kat Malaysia baru jer hegeh-hegeh nak jadi trending. Dan DD Cushion sebenarnya adalah paling latest kat Korea dan baru memasuki pasaran Malaysia, sebab tu ramai yang terpinga-pinga bila dengar kita orang jual DD Cushion ni.


Dah laa kita orang terawal yang jual konsep DD cushion ni , kita orang bagi pulak kelebihan yang melampau-lampau dalam produk ni. Ewah!! Supaya korang yakin & puas hati dengan produk Bumiputera yang kiteorang keluarkan ni..

Selalu orang bagi 5 in 1 kan..kami bagi lebih lagi, 12 in 1..apa yang ada dalam 12 in 1 tu??
• Anti penuan
• Menyejukkan
• Mengecilkan pori-pori
• Mencerahkan kulit wajah
• Tidak berminyak / Tidak melekit
• Merawat kulit muka bermasalah
• Memberi kelembapan semulajadi
• Pelindung matahari dengan SPF50 PA++
• Mengurangkan masalah garis halus / kedut pada wajah
• Wudhu Friendly & Mesra Solat (hanya bilas dengan air)
• Memberi kesan natural look, glowing, flawless dalam masa 1 minit
• Mengurangkan kemerahan pada wajah akibat cuaca panas /alahan
• Tiada silikon, alkohol & pewangi kimia
• Lulus KKM & HALAL

Walapon teknologi di terbangkan khas dari Korea tapi dari segi proses, bahan, packaging, kelulusan Halal semua tu dari Malaysia..so jangan ragu, jangab risau sebab semua bahan kami guna di jamin HALAL Toyyiban..

So apa lagi boleh oder terus and whatsapp nombor ni, 011-28811281 untuk oder! Harga sebenar RM80 tapi untuk harga perkenalanan kami bagi RM69 untuk yang terawal..so abis promosi ni kami akan kembali ke harga asal..

Harga Promosi : RM69
Postage : RM6


Facebook : Kaay Cosmetics
Instagram : kaay_cosmetics
Email : kaaycosmetics@gmail.com

piece : kathyjem

Thursday, June 2, 2016

Reunion Before Ramadan

Lama pulak rasa tak celoteh kat blog ni..Semalam baru masuk office..kelmarin MC cherry berry..la ni tak leh silap makan sikit perut mula meragam..mak aku rileks je makan nasi lemak pagi tu..aku pon makan gak, malan tu terus cherry berry..uwaaa tepaksa makan ubat lagi..dah la hari tu keracunan makan.. =__=

Minggu ni aku kena kurangkan makanan pedas..takut nak makan pedas kang sakit perut lagi tak pasal2..pregnant nombor dua ni aku suka la makan pedas2, tak elokkan tapi tu la nak jugak pedas..tak dapat makan pedas rasa macam tak puasa makan..Masa mengandungkan Raiisah dulu suka gak makan pedas tapi takde la hari2 aku melantak pedas..sekali sekala je..mulai dari sekarang nak kurangkan makanan pedas..ingat tu kathy no pedas!

Tadi lunch kat BBQ Chicken..jatuh hati betul dengan camera Samsung S7 Edge ni..gambar aku ambik ni takde edit langsung tau..cantikkan gambar Samsung S7 ni..siapa kaki bergambor tu aku suggest korang beli samsung S7 ni..memang puast hati..harga kat kedai Samsung tak silap RM3099..kalau ambik guna iPong tak dapat la muka putih gebus macam ni..kena edit guna camera 360 la baru dapat macam ni..kekeke

Sebelum turun bawah menyempak lagi..ni sebelum makan memang perut tak nampak macam mengandung tunggu lepas makan..dalam perut ada belum kah? ahaha

Suka suka suka sangatttt dengan camera depan Samsung S7 ni..cantik betul!

Makan2 sebelum menyambut Ramadan..

Makan2 sebelum menyambut Ramadan..

 Walaupon BBQ Chicken ni bawah office ni baru 3 kali makan kat sini..nak ikutkan nak makan kat restoran Haslam tapi Bad teringin nak makan sini, tak pernah makan..kami layan kan jer..

Victor, Meor dan Afiq..

Anti sosial sangat ni..hahaha Caruts sangat.. >_< ok lakonan semata-mata..

 Meor oder air nak mahal je..hahaha lain semua oder set launch sekali dengan air, free..

Ok ok la makan kat sini..takde la sedap mana pon..boleh kenyangkan perut...

Pizza letak broccoli pelik sangat ni..rasa?? ok la boleh la makan..

Macam ni la kami, time makan pon sibuk dok cerita pasal kerja..hoii makan la..

piece : kathyjem