Klik Yer!! Mekasih...

Monday, June 13, 2016

Rindu Raiisah masa baby..

Ce teka siapa budak bawah ni..hahaha Ya Allah rindu sangat Raiisah masa baby..tadi macam boring kat office godek2 gambar lama Raiisah masa baby..debab je dia masa tu..skang badan dah kuruih sebab makan tak nak sangat..dia ikut mood, kalau hari ni banyak makan nasi, esok lusa langsung tak nak makan nasi..makan roti je satu hari..kat sekolah lagi la, kadang tu teacher dia bagitau Raiisah tak nak makan nasi langsung..risau gak tapi teacher dia bagitau dia makan roti dengan biskut jer..ok la kan dari tak makan lansgung..tu yang risau badan dia makin kurus..

Raiisah ni jenis memilih sikit makan, lauk untuk makan dengan nasi pon dia tengok, jenis pelik2 memang dia geleng tak nak tapi datang dia punya tak cerewet tu makan nasi putih letak kicap ngan telur goreng pon dia boleh bertambah..lagi nasi putih kicap sikit dengan ayam goreng..tu lauk terpaling suka dia makan..sayur pon dah kurang makan..

Alololo budak hidung kembang ni, gigit kang hidung serombong kapal tu..hahaha esok adik dah keluar macam mana la rupanya..macam kakak dia ke macam muka mummy..Raiisah banyak ikut muka Affan..dulu masa dia baby ramai cakap ikut muka aku laa ni dah besar copy paste muka daddy dia sebiji..takper anak perempuan elok ikut muka ayah, sejuk sikit mata memandang..hehe..ikut muka mummy kan panas hati pulak..hahahaha ni orang tua2 selalu cakap la bagi aku ikut muka daddy ke mummy ke tak kisah janji anak tu sihat walafiat..

Hari tu cuti sekolah duduk rumah nenek..kemain happy dia..dok rumah nenek faham2 je la pagi petang malam makan nasi..kalau rumah mummy kang nak oat la nak nestum la nak susu la..bagi nasi tak nak makan sangat..

Homei sangat niii pakai kain sembahyang mummy masa umur mummy tadika ker darjah satu macam tu..hehe

Tak sangka mak simpan lagi kain sembahyang aku masa kanak2..kira2 jari hampir 25 tahun dah umur kain sembahyang tu..silap2 turun ke anak Raiisah pulak nanti..amboii sampai ke situ fikirnya..hahaha Kalau umur panjang la.. =P

Raiisah nampak dah besar sangatkan..ermmm cepat masa berlalu..T_T kang tau2 esok baby nombor dua dah keluar lagi tak percaya anak dah dua..hehehe

Sekarang ni Raiisah dah start tidur katil sendiri..yerla dia dah 4 tahun kan, takkan nak tidur celah ketika mummy daddy lagi..kena la tidur sendiri..ni perut aku masih kecik lagi kang dah masuk 7 8 bulan takkan dia nak tidur sebelah aku lagi kan..memang dia tendang2 la perut mummy ni..

Raiisah tidur jenis lasak..kang tau2 kaki hinggap kat muka..yang selalu kena macam tu Affan..hahaha aku jarang kena.. Affan selalu dapat sepakkan percuma dari Raiisah..hahaha..kadang tu banyak kali kena, daddy dia tidur luar sebab bila dah kali terjaga susah la nak tidur balik..nak tak nak terpaksa belikan dia katil..malam2 tengok dia tidur sendiri Raiisah rasa kakak2 sangat..malam pertama dia tidur sendiri macam2 hal..sedar2 dia dah kat tengah kiteorang..hahaha masuk malam ke 3 4 dah ok, tak naik dah atas katil mummy ngan daddy, dah berani tidur sendiri..eceehhh macma la tidur bilik sebelah kan, padahal katil sebelah mummy jer tapi dia punya takut macam tidur sorang..


Serius mummy rindu Raiisah masa baby..kalau boleh nak Raiisah macam ni je sampai bila2 sebab baya ni senang nak jaga tak banyak kerenah..hahaha Ok menunggu adik dia bakal muncul lagi 4 bulan..doakan kita dengan baby semua dalam keadaan sihat..mekasih sudi baca blog kathyjem.. ^_^

piece : kathyjem

2 comments:

Mommy Cici said...

comelnya. fashionable dari kecik ye

kathy jem said...

Mommy Cici : masa kecik je la dah besar comot momot..hehehe