Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, July 14, 2015

Last minute cari barang Raya..

Macam mana persiapan raya korang? aku macam tu la takde apa sangat ponnnn dengan bonusnya takde, lari semangat nak beraya.. *nangis tepi meja solek..

Nak tunggu next gaji 44 hari weii...memang kena berjimat cermat la..gaji pulak dapat awal bulan ni..mula2 syok la kan shopping sakan lepas tu sendiri mau ingat la yer..dapat gaji awal ni dah tolak siap2 duit nak bayar hutang..kan tak ditolak, terguna masak nak mencekau duit..

Hari tu dua hari berturut-turut pergi Paradigm Mall..Al-kisah macam ni..Sabtu tu dah pergi Paradigm, masa masuk kat H&M terperasan kasut Raiisah masa beli kat Quill City Mall besar, longgar..nak pergi balik Qull City Mall tukar macam malas nak mengadap jem kat situ jadi simpan jer la tunggu kaki Raiisah besar skit..tup tup kat H&M Paradigm ada size Raiisah..

Dah alang2 perasan kasut tu ada kat H&M Paradigm, jadi Ahad tu kitaorang datang la balik..nasib baik size ada lagi kalau tak, terpaksa la cari kasut raya lain untuk Raiisah..tahun ni mummy beli kasut sepasang untuk awak jer Raiisah..banyak nak guna duit ni..shopping hujung2 tinggal buruk2 jer la..size pon banyak takde..jumpa yang berkenan di hati mummy beli sepasang lagi untuk awak yer..Untuk anak tak cukup duit pon jadi cukup..hahaha

Masa ni kat Uniqlo, Affan nak beli seluar jeans..jeans yang ada semua dah longgar..ecececec nak cakap die kurus la tu..tunggu lepas raya, membazir jer beli seluar baru tu..hahaha *ayat jeles

 Sajer sabotaj gambar mummy ekkk!

Lama nau tunggu daddy shopping..time raya aku settle kan barang2 anak dengan suami dulu..aku nye kendian pon takper, sebab tak boleh shopping dengan mek echa tak tenang dibuatnya..kan nak pilih baju dia pon nak pilih sama, pastu nak cepat2..pastu balik rumah tengok tak cantik stress..

Daddy beria 2 3 kedai masuk nak beli kasut..alih-alih tak beli..nak tengok kat Sunway katanya..B raya tinggal 2 ari je lagi sempat ke nak cari kasut awak ni..pakai sandal jer la jawabnya...hahaha

Tunggu sat lagi jadi anak harimau..dia bukannya boleh dok lama2 dalam stroller tu nak berlari jer kerjanya..ni la salah satu tak suka shopping barang raya maknya dengan anak..nanti mood shopping ke laut perginya..

Disebabkan kiteorang pergi awal, jadi berbuka la di rumah..nak tunggu buka puasa kat sana memang tak la..ajak Affan tapau nasi ambang kat Kelana Jaya..makan kat rumah lagi best..

Cuaca panas betul petang tu..eh ye kan, cuaca sekarang ni panas lain macam..tengah musim orang sakit..kena minum air masak banyak2..aku pon tak sihat2 lagi ni ha..demam dah ok..sakit tekak dengan selsema jer tak baik lagi..harap2 sebelum raya ni sembuh la..amin..bye korang..hati2 bawak kereta mana yang balik kampung tu..selamat memandu..

piece : kathyjem

5 comments:

intandayani said...

Bagus Raiisah dok diam je dalam stroller..
Kalau Kiko kejap je kang die dah mntk dukung

kathy jem said...

intandayani : tak jugak jerit jugak dia dok dlm tu..

PeRdU cINta said...

Raiisah yang cute..

emy pokden said...

samalah kita..berpada2 betul nak raya...
cut sana sini dah..
huhuhu
apapun selamat hari raya raiisah n family...

jaja said...

boleh share nama & alamat kedai nasi ambeng kat kelana jaya tu tak?
susah nak cari nasi tu kat area pJ..huhu
Thanks kathy =)