Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, July 28, 2015

Raya Kajang & Sg. Buloh..

Hari raya ke-12 baru nak update cerita hari raya pertama..huhu..maaf semalam tak sempat kebusian melanda di office..maklum la seminggu lebih cuti kan, banyak la hal nak kena settle kat office ni..hari ni ada nafas sikit nak buka blog..

Macam biaser la bangun pagi siapkan baju anak dan suami..Dah settle semuanya, bersiap untuk sembahyang sunat aidilfitri..sampai masjid tu dia berpusu-pusu orang keluar masjid..pasai apa ramai keluar masjid ni dah abis sembahyang ke..ha laaa dah abis sembahyang sunat aidilfitri laa..pasai apa awal pulak Masjid Kajang sembahyang sunat aidilfitri ni??! selalu 8.30 start solat..sedihnya tak dapat solat sunat aidilfitri tahun ni..tu la dok kalut lagi bersiap lama sangat kan.. T_T

Sebelum cerita panjang pasai raya, nah tengok gambar raya kami anak beranak..huru hara dibuatnya..takda gambar semengah kami satu family..aku ok Raiisah pulak tengah menjerit, Raiisah pandang kamera aku pulak tengah menjerit..hahaha

Sambung cerita pagi raya..Ok dah sampai rumah terus bersiap pakai baju raya..Tengok tv1, eh dorang baru start sembahyang raya la..pasai apa Masjid Kajang awal pulak..ermmmm..tak tau pasai apa tahun ni masjid Kajang awal pulak..

Ok naik atas tukaq baju pastu makan..Raya tu Umi masak satay, rendang ayam, nasi impit, daging dendeng dan lontong..semua ni lupa nak ambik gambar..boleh macam tu..

Selesai makan sesi bersalam-salaman, bermaafan-maafan dengan Umi dan suami..Tahun ni beraya di Kajang, rumah Mak mertua..tahun depan Sg. Buloh pulak..macam tu la setiap kali beraya..kampung dekat takde masalah..

Raiisah tak bagi chan langsung daddy dia nak hensem pagi raya..abis dia buka songkok daddy dia tak bagi pakai..

Cepat salam Mak awak..banyak buat dosa ni..hahaha

Start dah drama melayu anak bertuah ni..hehehe

berkerut-kerut muka tahan gelak depan mak dia..bukan nak serius salam pagi raya..buat lawak pulak dia..

Pelukan anak dan emak.. T_T

Turn aku pulak..ok tahan nangis dulu..kang abis makeup 10 inci tu..hahaha

Ok Umi saya mintak ampun, halalkan makan minum saya dan maafkan jika ada terkasar bahasa dan tingkah laku saya selama ni..Umi maafkan saya..Uwaaa air mata tak dapat menahan, keluar jugak akhirnya..konon2 tak nangiskan, nangis jugak ko..hehehe

Salam dari menantu mu..giteww..

Raya tahun ni adik Affan (Pipa) tak balik..dia beraya di Melbourne..Raya ke-4 nanti Umi melawat dia kat sana..Tengok Raiisah orang nak ambik gambar pagi Raya dia tak nak pulak..hangin betul..ni jer gambar yang ok..

Lepas bermaafan dengan Umi kami pon beraya di rumah saudara mara Affan di Cheras..Raiisah menangis masa ni tak nak duduk kat car seat nak duduk depan mummy..

Semua ni cousin2 Raiisah..tengok Raiisah semua dok diam atas sofa nak ambik gambar..Raiisah sorang jer tak nak..jenuh pujuk dia dok atas sofa tu tak nak jugak..

Haa kena buli ngan baby pulak..

Raiisah ni pantang nampak baby mesti dia peluk cium..suka kat baby..tapi dia punya sayang tu ganas sampai menangis budak tu dia peluk..Main sama2 ok..Raiisah suka baby ek nanti mummy bagi baby ek..eh..

Haa macam tu la sayang baby..

Bukan macam ni sayangnya sampai nak terkehel leher baby tu..

Ni la Wancho saya.. Kakak kepada Mak mertua saya..

Kelas beraya rumah Wancho siap ada lamb lagi..tapi aku ambik paling kecikkk sekali sebab dah sebulan perut ni tak makan pagi2 tak leh masuk banyak2..

Ni pulak abang Umi, Pak Arip..Pak Arip ni banyak bantu kami masa hari wedding kami..terima kasih Pak Arip bagi duit raya kat Raiisah..Tapi Raiisah eksyen tak nak bergambar dengan Tok Arip..

Pak Arip ni dengan Affan kalau jalan berdua mesti orang ingat dorang ni anak beranak..muka samakan..macam Bapak dan anak..hehehe

Petang tu ambik lagi gambar raya kami anak beranak..pon tak menjadi jugak..Menci la...gambar raya dengan Raiisah takde yang cantik..frust mummy ngan daddy..tahun depan Raiisah macam ni mummy cubit peha tu..hahaha Mummy ko ni bukannya boleh gambar tak cantik ni mula la muncung sedepa..Gambar raya pulak tu.. *mulut jebek

Sudahnya gambar kami berdua jer sebab Raiisah lari2 tak nak bergambar..lantok la situ biar mummy ngan daddy nak cinta cintun kat tepi pagar jiran..

Tahun ni tema colour baju raya kami Purple..Tahun lepas ingat nak ambik tema purple tapi tak jumpa colour purple yang berkenan dihati..yes! tahun ni jumpa jugak..tahun depan ingat nak buat tema kuning la..amboii terus fikir tema raya tahun depan..kelas ko jahhh! hahaha

Nak ambik dengan kakak Mariam pon tak mo jugak..Petang tu kakak Affan sampai dengan anak2 dia..tak sempat nak bergambar dengan family kakak Affan..sebab masa dorang sampai tu aku tengah tidurkan Raiisah..

Pagi jer rambut elok..Patut awal pagi Raya tu ambik gambar kami anak beranak..ni petang baru hegeh nak ambik..muka Raiisah pon dah sememeh..Rambut pon dah macam hantu bonceng..penat jer mummy blow rambut Raiisah cantik2 pagi tu kembang setaman jugak jadinya..

Curi2 gambar Raiisah tengah berjalan..

Baju raya simple jer..tahun ni dah takde idea nak buat design baju raya cantik2..asal sedap mata memandang jalan..janji ada baju Raya..tapi kalau ingat balik pasal baju raya ni boleh sakit jantung..tiap2 tahun  mesti kes sama, baju lambat siap..sehari sebelum raya mesti ada kat tempat tempah baju..hantar la awal macam mane..2 3 bulan ker tetap laaaa lambat siap..ingat tahun depan beli online jer malas dah tempah2 ni lembab..

Ok la tak nak cakap pasal baju raya..sampai besok lusa pon tak abih.. senyum sikit.. ^_________^

Haa sib baik ada gambar molek sikit Mekcha ni..Rambut tu nampak cantik pulak..teknik gambar kot..kekeke

Round2 dengan abang Imran..amboii siap peluk lagi..ni time dorang tengah ok..Raiisah dengan Imran takleh dok dekat lama2..ada jer benda nak bagi si Imran ni menangis..pantang Imran pengang barang mainan, yang tu jugak dia nak..Jenis Imran ni pulak jenis mengalah, Raiisah pulak jenis tak nak mengalah..

Dah settle beraya belah keluarga Affan..beraya belah family ku pulak di Sg. Buloh..Nasib baik la kampung Mak Abah dekat..tiap kali beraya takde masalah nak beraya kampung mana..

Amboii Abah macam Datuk Jem..kekeke

Anak buah kesayang pon ada jugak..

Adik Darwish dan Abang Luthfi..Dua ni memang sayang dengan Raiisah..Raiisah sampai jer peluk cium terus..

Raiisah mana?? macam biasa la dia..time orang ambik gambar ramai2 time tu la nak lari 100km..

Gambar family portrait pon sama..ni jer gambar paling aku rasa cun la, yang lain semua Raiisah bergegar..

Family Kakak..Alhamdulillah kakak ku sudah mengandung sebulan..Alhamdulillah rezeki dan berkat doa Luthfi dan Darwish..hehehe.mau taknya anak2 kakak aku setiap masa suruh ibu dia mengandung nak adik..Siap nak adik perempuan macam Raiisah lagi..hehehe comel jer..

Family ku pula..tengok Raiisah muka menjengkelkan betul..geram betul dengan dia hari tu..buat perangai tak nak bergambar..

Abah dan Emak..paling ku sayang di dunia..

Ok Raiisah last jer last jer..tak menjadi jugak.. T_T

Tu jer cerita hari raya pertama ku..best baca entry raya korang gempak2 semua..Selamat hari raya semua..maaf zahir & batin.. ^_^

piece : kathyjem

24 comments:

Mieza Julkifli said...

assalamualaikum kak
selamat hari raya ;)

cantik la design baju raya akak
saya nak design begitu juga bole ya kak?hee
kalau bole akak posing la dengan baju 2 dari semua sisi.hehehehe

comel adik raiisah. sama la macam saya kak hari raya pertama baby boy saya(baby la sgt???) meragam sangat nak ambik famili potrait. siap keluar segala silat..heee

safurara said...

selamat hari raya KHATY! maaf zahir dan batin! eh cantik lah baju!

Shafura Rahman said...

comeyyy raiisah,memg kan susah na nk amik famili potret..sama la kita..selamat hari raya kathy..sekian lama tunggu update..

Shafura Rahman said...

selamat hari raya kathy!!!famili potret memg susah nk amik,sbb anak2 lari sana sini..comelll la raiisah..

Ayumieka said...

comelnya je si raiisah ni... anak saya xmo pakai baju melayu.. haru betul 1 syawal.

kathy muka abah...

selamat hari raya...

Aty_Fared said...

rasanya memang anak besar2 ni tak ley nak di amik gambar elok2 lah..sama ngan anak saya pon...memang geram kan..huhu

PeRdU cINta said...

Raiisah...raiisah...comel..

chenta nana said...

cantiknya baju raya u... sukaaaaaa

Rizziela said...

seronoknya raya...tp si comel plak x nak bergambar kan

missalongwani said...

salam...slamat ari raya khaty...huhuhuh..mncabar betul nk amik gambar si tecik kan..ahahahah...same peel ngan ami...tahun ni si ami pon xmo bergambar..abis rosak gamba ade la..kang kain terselak..kang tertonggeng..frust..ibu..huhuhuhu...ape2 pn asal dorang epi dah...hehehhe...

mama tisya said...

sedondon bj mak & ank..cantik..raisah ngan hbag berpisah tiada..comei

schazaza said...

kak...
ujung2 puasa aritue jumpa raiisah dgn atok die kt bazar dpn masjid kg melayu tu...
blari2 raiisah taknak salam dgn kawan atok die...
rambut mcm biasa dh kembang...

kita satu kampung la kak
:)

Khalid Kyle said...

Selamat Hari Raya saya ucapkan buat sis sekeluarga, moga terus sukses & ceria2 selalu :)


kathy jem said...

Mieza Julkifli : Selamat hari raya jugak..boleh ajer nak tiru..hehehe kan budak2 baya Raiisah memang mcm tu la susah nak bergmbr..

kathy jem said...

Time kaseh Safurara..Selamat Hari Raya jugak! ;)

kathy jem said...

Shafura Rahman : hehehe jemput baca..next entry Raya kathy upload besok..hari ni tak sempat bnyk kerja..huhuhu

kathy jem said...

Selamat hari raya Ayumieka..bukan muka jer sama perangai pon sama..hahaha

kathy jem said...

Aty_Fared : kan rasa nak cepuk2 jer..hehehe sabor jer le..harap2 tahun depan tk mcm ni kalau tak nangis la lagiii..huhuhu

kathy jem said...

PeRdU cINta & chenta nana : terima kasih awak.. ^_^

kathy jem said...

Rizziela : memang la tahun ni dia buat perangai pulak..geram pon ada..huhu

kathy jem said...

missalongwani : Selamat hari raya awak.. ^_^

kathy jem said...

mama tisya : tahun ni budjet pakai beg tahun lepas..hehehe

sharminie zainul abidin said...

cantik la rambut raiisah. geram je tengok aksi dia. anak2 masa raya kurang nak bergambar. kalau balik ke kampung lagi la. abes ayam itik kambing dikejarnya. tak heran nak bergambar dah.hihi...

freezal said...

hahaha... just nak komen pasal Raiisah taknak bergambar tu. My son yg sebaya pun sama.. Mmg geram sgt.. Dia kalau dah ramai2 tu, dia ingat nak main je.. Tension.. Huhu..