Klik Yer!! Mekasih...

Sunday, October 15, 2017

Happy Birthday Raiisah Awfiyah

Hi semua..hari tu sambut birthday Raiisah di sekolah..dah pandai request kat mummy nak buat Happy Birthday kat sekolah..yolah yolah mummy buat kalau tak hari2 mummy balik kerja berzikir nak kek barbie nak kek barbie..

Ucapan sama setiap tahun..Selamat Hari Jadi Kakak, semoga jadi anak solehah, anak baik, anak yg bijak dan paling penting boleh menyenangkan mummy dan daddy..

Tercapai jugak mummy nak beli kek barbie untuk Raiisah..yerla lama dah Raiisah request nak kek barbie kan harusla mummy tunaikan..punyer semangat mummy sampai seminggu sebelum tu mummy dah tempah kek, yerla takutkan last minit lupa ke apa kan, baik la tempah awal..nasib baik masa tempah tu kek kartun banyak pilihan..lagi satu kedai kek tempat aku tempah ni memang sedap kek2 dia..hari tu birthday abah beli kek kat tempat sama gak..

Teacher Raiisah suruh datang waktu rehat sebab time tu dorang break untuk makan..Masa sampai tu anak2 tengah belajar solat dhuha..ok sementara tu turun bawah jap ambik makanan dulu..

Raiisah masa ni muka teruja dan malu2 kucing..bila mummy cakap dengan dia sepatah-sepatah dijawab..

Bila pasang lilin macam bunga api terus Raiisah ke belakang takut..😂 nasib baik takde drama air mata masa kawan2 menyanyi lagu hari jadi kalau tak ya ampunnn setiap tahun mummy nengok dia menangis melalak depan kek jer..dari 1 tahun sampai la 3 tahun gambar hari jadi muka teriak..tahun lepas jer mood dia ok siap menyanyi lagu happy birthday untuk diri sendiri lagi..yerla dah besarkan takde la drama lagi dah..

 Ni pon yang dia tunggu..tiup lilin..masa ni ramai2 kawan dia nyanyi lagu Hari Jadi..kembang kembis hidung Raiisah tengok kawan2 menyanyi lagu hari jadi untuk dia..

Raiisah bersama cikgu2 Little Caliphs Tasik Biru..

Happy besday sayang mummy! Love u Kakak! 😘

Mummy dan Raiisah..dah 5 tahun anak perempuan mummy sorang ni..next week birthday adik pulak..

Gigih mummy bangun pagi masak beehun goreng, nugget dan fries..hehehe tapi beehun tu nenek yang masak..kuikuikui..aku sediakan bahan jer..tak reti aku masak kuantiti banyak ni kang terkurang termasin ke apa naya je..hahaha dah la nak bagi orang makan..alasan padahal boleh je beehun goreng je kottt...aku masak fries dengan nugget jer..masa mak masak beehun goreng aku lari jap ambik kek..nasib baik ambik cuti half day hari tu so takde la terkejar2 sangat..

Sila jemput makan ye anak2 semua..sorry kalau ada terkurang dari auntie..

Raiisah excited sangat sampai suruh makan dengan kawan2 tak nak..dia duduk terpacak depan kek tu sampai la kek tu kena potong..

Atuk Jem pon ikut sekali..nak tengok cucu kesayang tiup lilin kat sekolah..😊

Punye suka dengan patung barbie tu, sampai letak dalam pinggan..dia makan kek tu jer..balik ni confirm kebuluq ate makan kek jer..suruh makan beehun tak nak..

Kawan2 Raiisah sedang menunggu kek..


Door gift untuk kawan2 Raiisah..dah selesai sambutan birthdah Raiisah..settle! lepas ni pikior besday adik pulak..alaa besday adik beli kek jer la..hehehe

piece : kathyjem

3 comments:

At-Tarmizi said...

Selamat Harijadi =)

Zaza Abdul Latif said...

Happy Birthday Raiisah. Semoga menjadi anak yg solehah. Omey angat pakai tudung. Kita geng lah October Baby. Tp auntie baby tua hehehe

I am LZ said...

Comel sungguh Raiisah..