Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, October 24, 2017

MUA Kathyjem bakal beraksi

Halo..amboii tajuk nak MUA je..kakaka berangan nak jadi MUA konon mekap pon ke laut..hahaha

Akhirnya ring light sudah berada di tangan ku..sudah sekian lama pasang angan2 nak main mekap dengan lampu terang bulat ni tau..hahaha biasa la kat bilik aku pencerahan cahaya tak begitu cun..kat bilik kiri kanan pokok..cahaya pon susah nak masuk..memang kena bukak lampu bilik kalo tak gelap..tutup lampu tutup langsir memang syok arr tidur..

Mana yang follow ig fb aku mesti perasan kan kalau aku share video mekap mesti dalam kereta kan..hahaha situ je lighting yang bagus..aku rasa ramai je kot pompuan2 kat luar sana suka selfie dalam kereta kan sebab rasa diri dah cun sangat posing dalam kereta sambil mulut muncung2 itik..😆 

Beli ring light ni pon ada idea Affan..dia kata aku kena beli satu lampu ring untuk buat tutorial mekap..Saya tengok awak ni asyik share mekap dalam kereta jer, tak pon kat office..hahaha see laki aku pon perasan..mengikuti sangat tutorial mekap isterimu ini..kikiki Affan tu nampak macam tak perihatin sangat benda2 macam ni sekali dia bagi pendapat, terdiam aku cakap..hahaha

Tadaaa!!! rabu last week oder semalam sampai..thank you suami carikan ring light ni..kagum aku tau Affan bersungguh2 carikan ring light macam ni untuk aku..haha siap ajak pergi kedai yang jual ring light ni.. cakap dengan dia macam malas pulak nk pergi ke Pudu tu..oder online jer la..cepat dan mudah..sekarang ni kan semua di jari..

Ni hasil selepas ring light dipasang..guna muka Afif sebagai model..gambar terangkan..gambar Afif tanpa edit..

Afif awat muka lagu tu?? rambut Afif dah macam badut aku tengok..nak kena potong rambut dia ni..semalam bawak pegi klinik orang ingat dia gugirl..hahaha muka jantan abis celah mana girl nye..

Ada yang tanya aku beli kat mana kan? nah aku share kt sini terus..korang boleh usha kat facebook Camera Camp Trading..memang laju owner kedai tu reply..

Kalo ikutkan nak oder G yang bawah ni tapi dah sold out tinggal set A yang atas ni jer..Set A Buld, set G Led..tu je yang beza..Rm10 je pon beza..free postage ok..😊

Ok ada apa2 lagi nak tanya?? hehehe 

piece : kathyjem

2 comments:

mshazadoes said...

ada lagi nak tanya nih "bila nak mula makeup MUA tue puan"???

Rabiahtul adawiyah said...

cantik ringlight tu