Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, May 27, 2015

Pulak Dah Tak Halal...

Punca sebenar penarikan Sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap Syarikat Secret Recipe adalah disebabkan faktor kebersihan dan bukannya penggunaan produk haram seperti yang disebarkan di laman sosial.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, penarikan tersebut disebabkan berlakunya pelanggaran terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan kesalahan kebersihan yang serius.

“Penarikan ini tidak disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk.

“Bahagian Hab Halal telah memanggil syarikat terbabit dan syarikat berkenaan telah berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan yang dilakukan sehingga mengakibatkan Sijil Halal Malaysia mereka ditarik balik,” katanya menerusi sebuah kenyataan, hari ini.

Menurut Hakimah lagi,pihaknya sentiasa menitik beratkan soal kebersihan dalam proses pembuatan dan pemprosesan makanan di negara ini.

Meskipun Sijil Halal bagi syarikat Secret Recipe ditarik balik, jelas Hakimah, syarikat itu masih boleh memohon semula sijil tersebut.

“Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia berkuatkuasa pada 7 Mei lalu. Bagaimanapun penarikan tersebut tidak menghalang syarikat itu untuk memohon semula sijil sekiranya tindakan pembetulan telah dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal negara ini.

“Pihak Jakim akan membuat penilaian semula terhadap permohonan tersebut berdasarkan pemeriksaan dan pematuhan ke atas Malaysia Standard 1500:2009 dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2014,” katanya lagi.

*Ok kena tunggu sijil Halal dari pihak Jakim keluarkan baru boleh makan kat Secret Recipe ni balik..Macam2 hal la, sekejap Halal sekejap tak..Ingat lagi dulu2 masa Secret Recipe baru buka, makan untuk 2 orang tak sampai 50ringgit pon..Sekarang hurmm takyah cakap dengan segala mak nenek GST dekat 80 hengget kot 2 orang, tu baru dua orang kalau bawak satu family ada 5 orang, rasa2 berapa kena keluar duit tu?? Apa2 pon kipidap Malaysia! (muka manyak senyum) ^_________^

piece : kathyjem

9 comments:

yoorinmelacolea said...

tu lah kak.. compius pulak sebab berkaitan dengan halal ni ingatkan ada bahan yang tak halal..ghupenyee pasal kebersihan.. almaklumlah..org msia ni kalau bab halal haram makanan, kemain concern..

Zaza Abdul Latif said...

baru semalam dapat whastapp pasal ketidakhalalam SR
kejap halal kejap tak.. fening akak..
kenapa dari dulu lagi tak pertikaikan.. kenapa baru skrg? why why??

zeera lily said...

branch mana la yg punca ni? adoi..
malas dah nak komen pasal gst

miss eimanhikmah said...

ingt nak beli kek besday nti..tgu sijil halal kuar dulu

anyss said...

assalamualaikum,
bila dah kena tarik...mmmmm sendiri mau ingat lah nak masuk lagi ke dak.

Suri said...

Mmg la kena concern sbb makanan tu nnt jd darah daging kita..we are what we eat gitu kan.

Suri said...

Mmg la kena concern sbb makanan tu nnt jd darah daging kita..we are what we eat gitu kan.

Miss Moon said...

dia org kena renew sijil dia org setiap beberapa tahun . So dalam masa yg sama mmg akan ada spot check ...n masa spot check nih la ada few bab kebersihan tuh tak mengikut standard ...maka sebab itu la di tarik balik

ibarat di audit tapi tak lepas so mana boleh dapat sijil sirim kan ....contohnya

So pelik plak tetiba org kata hish aku makan makanan haram kat SR . Jangan cepat kita tuduh dah jadi fitnah plak . Dari segi bahan n pembekal lepas cuma bab kebersihan dalam penyediaan makanan tuh tak lepas .

arysha_fayyadh said...

Assalam kathy,
ritu lepaih kena tarik sijil halal iols dah termakan sekali kat SR
baru tau kes tarik itu he3