Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, May 5, 2015

Mandi Sungai Pon Takut

Cuti hari tu bawak Raiisah mandi di Sungai..Tak plan pon nak bawak Raiisah mandi sungai sebenarnya..Malam Sabtu tu Affan tanya..Huny jom besok pergi mandi Sungai Pertak kat Kuala Kubu Baru nak?? Jommmmmmm! laju jer aku angguk bila Affan cakap nak bawak mandi sungai..Bertahun dah kot tak mandi sungai..

Lepas subuh terus kentung-kentang kat dapur masak mee goreng..nasib bahan dah beli siap2..masak mee goreng dengan keropok lekor jer..Dua menu tu paling simple dan mudah nak masak..ingat nak masak nasi lemak fikir2 takyah la baru hari tu masak nasi lemak..

Semua dah ready?? ready mummy!!

Raiisah dah pandai buat peace..hehehe Kalau tak dia punye peace tu jari nombor satu..

Jatuh cinta dengan kamera Sony a5100..hehehe..gambar ni tak edit langsung pon dah nampak macam edit..suka suka suka..

Tercapai jugak nak bawak Raiisah mandi air sungai..Sungai Pertak ni dekat Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor..Siapa selalu pergi Sungai Chiling mesti tau tempat ni..tak jauh pon dari situ..area2 situ jugak..Cuma kat Sungai Pertak ni sesuai untuk orang yang suka hiking..dalam tu banyak air terjun cantik2..Nanti nak ajak Aseng ngan Ayu berkelah & khemah satu malam kat sini la macam best jer..

Jom kita hiking!! Hiking la sangat dengan kasut pinkish nyer..hahaha

First time Raiisah masuk hutan kemain mulut bising macam Mak Joyah sesat dalam hutan..Silap pulak mummy pakaikan awak kasut pink tu patut pakai selipar jer..dah terhuyung-hayang nak jalan atas batu..

Sepanjang jalan Raiisah menjerit 'Eeeee'..Tatuttttt! Mummy Tatutt.....Butterfly melintas depan dia pon tatut jugak..beria-ia menjerit macam nampak buaya besar...

Daddy dia suruh jalan tak nak..nak dukung jer..Kalau macam ni la gayanya Raiisah sebulan sekali Mummy ngan Daddy kena bawak awak datang hutan..kena bagi berani sikit.. Asyik ipad ipad jer kan sekali sekala kena bagi pijak tanah batu sikit..

Sepanjang jalan daddy dia dukung..Boleh tahan jauh jugak kiteorang berjalan..nak cari port baik punye tempat kena la berjalan jauh sikit..

First time Raiisah mandi sungai, menjerit jer kerja dia..mandi air laut pon menjerit..mandi air kolam pon menjerit..mandi air apa yang awak tak menjerit Raiisah??

Apa yang dia takut sangat tah..Selidik punye selidik rupanya ikut perangai Daddy dia penakut & pengeli..hahaha Affan masa kecik memang pengeli..Masa zaman dia sekolah, masuk hutan siap pakai stoking panjang sampai ke lutut siap ada getah sayur lagi, takut pacat masuk..hahaha..Sabar jer la..Patut la Mek Ecah pon macam tu ikut daddy dia upernya..

 Duduk la awak atas batu tu jadi ikan kering atas tu..suruh berendam tak nak..

Masa ni jer la dia diam..Celup sikit kaki kat air menjerit..

Bab posing nombor satu..suruh berenang menjerit macam nampak hantu..Eh macam pantun dua kerat pulak..haha

Raiisah dan Mummy..

Bagi air botol sejuk..

Bye bye Raiisah... Terus menjerit..Mummy!!! kakaka tak boleh tinggal langsung..

 Sanggup dia kangkang kaki dia semata-mata tak nak kaki tu kena air langsung..

 Sedekah ikan makan udang goreng..hehehe Jernih air dia..banyak ikan comel2 kat Sungai Pertak ni..

Makan mee pon tak tenang..Raiisah masa ni menangis tak nak duduk kat dalam sungai..Mummy ngan Daddy ko baru nak feeling2 tenang makan mee sambil mendengar air sungai mengalir..Raiisah dok sebelah..arrrgggg aarrrgggg *menjerit..Mengucap Raiisah mengucap...

Ingat nak bawak dia dok dalam pelampung tu, kot2 la dia berani..

Tak jugakkk..pon sama jugak menjerit terlolong macam kena histeria..no no no no...

Sudahnya naik atas..

Sementara Daddy sejukkan hati Raiisah yang penakut tu, mummy nak beredam jap..

Best kawasan kiteorang lepak mandi ni, takde orang langsung.. kalau ada pon 1 family berkhemah kat tepi tu..tu jer yang ada..kiteorang ambik kawasan paling atas sekali sebab tu kena menapak jauh sikit..

Bawak jalan2 dalam hutan..

Dah jom balik..hari dah nak mendung..petang karang mesti hujan..Tu pakai kasut tu dia yang suruh..kasut tak nak tanggal langsung..

Amboii suka sangat dapat tukar baju..baru nampak senyum kalau masam macam cuka..

Dalam perjalanan nak balik..tibe2 ada sekumpulan rama-rama berterbangan kelilingi Raiisah dan Affan..

Raiisah apa lagi berlari tak pijak tanah kot..macam nampak hantu dia punye berlari..hahaha Raiisah Raiisah..Rama-rama pon takut..adehhh tak tau nak cakap apa... =____=

Cantikkan Sg. Pertak ni..ni kawasan mandi manda orang bujang..ramai anak muda mandi kat sini..bawak family tak sesuai mandi kat sini..dalam gile kot..

Abis dah percutian menjerit Raiisah dan mandi manda bersama keluarga kecik kami selama 4 jam..hehehe jadilah 4 jam pon dah ok..tak boleh lama2..lagi lama jadi pening lalat mummy dalam hutan tu..mau tak, dari mula sampai, sampai la nak balik Raiisah menjeritttttt sesajer..Orang yang lalu sebelah kiteorang mesti tegur Raiisah...Napa dik?? takut apa..Dia takut butterfly bang.. -___-

Balik tu singgah makan cendol & rojak di Bukit Beruntung..Baru la dapat makan dengan tenang..hehe

piece : kathyjem

5 comments:

ily♥ said...

We had our unplanned trip ke sungai jugak...hehe.. and my eldest pun takut sungai, nangis terjerit-jerit. Fobia sangat dia dengan sungai..Aduhh..

Cantiklah sg. pertak tu..Air jernih je..Subhanallah..

Nooriah Abdullah said...

assalamualaikum khaty, lama akak tk singgah sini, aduhh takut air ke raiisah tu alolo,nampak sngt muka penakut tu kan, sampai kaki terkangkang gitu hehe belum biasa lagi tu, lama2 oklah tu..

miss eimanhikmah said...

cantik nyee sungai pertak...last2 baca ada cendol pulak..tergugat diet..hehehe

Chekgu Azrine said...

raiisah takut2 pun still nampak comel sangat...ish..geram tgk dia..putih melepak

zila@akulovetravel said...

Wahh bestanya....tempat ni tak bahaya ke?? mcm x nampak org pun..ada toilet x?? teringin pulak nak pegi