Klik Yer!! Mekasih...

Monday, May 18, 2015

Cuti-cuti Pahang part 1


Plan punya plan tiba la hari percutian kami yang dinanti-nantikan..Cewah! macam apa jer aku kan, jap2 tengok kalendar, jap-jap fikir nak pakai baju apa, jap-jap fikir apa nak kena bawak..Tu la dia setiap kali bercuti macam2 dalam kepala otak ni fikir.. Stresss hoii dah lama tak bergolek-golek atas pantai mesti la excited terlebih..hehe..

2 bulan sebelum bercuti kiteorang dah plan..nak pegi tarikh bila, nak stay hotel mane, apa itinerary nak buat kat sana nanti.. tu semua harus di fikir yer sebab tak nak nanti kat sana baru terhegeh-hegeh plan nak pergi mana nak buat semua tu..tak suka last minit plan nanti kelam kabut and buang masa..

Dah pilih tarikh yang semua orang free, pilih hotel plak..Kiteorang memang dah plan nak pergi Cherating, Pahang..So cari hotel yang menarik dan murah di Cherating ajer..Bahagian hotel aku yang pilih..Cari dalam booking.com..kebetulan memang tarikh yang kitaorang pilih bukan public holiday jadi dapat la murah sikit..Yang tak puas hati masa booking tu, book sebelum GST..tapi masa nak bayor dorang kata ada charge GST..sakit ati bile mendengornya..ate nak buat apa bayar jer la yer..

Lepas subuh terus siap ambik Ayu & Aseng kat rumah dorang..Kiteorang 'car pool' senang satu kereta..Sebelum berjalan jauh breakfast di Kedai Nasi Kak Wok, Gombak..Ayu kata ramai orang kata breakfast kat situ sedap..Jadi marila kita rasa sedap ker tidak..

Nasi berlauk..

Ayu & Aseng..

Makan kenyang2 jauh perjalanan ni..Nak makan tengahari lambat lagi, isi perut bagi penuh dulu..

Affan makan laksam..

Kedai Nasi Kak Wok ni la ramai orang cakap sedap sangattt..bagi kiteorang ok la biaser2 ajer..

Bismillah..

Seronok dan tenang berjalan atas jalan raya sebab bukan cuti sekolah.. Bayangkan pergi holiday time Labour day & Wesak Day hari tu, huhhhh mau muntah hijau dalam kereta..hehehe

Sebelum sampai Cherating kiteorang singgah Kuala Gandah nak bawak anak2 tengok gajah..Masa ni tengah tunggu Eira & Ciput sebab janji dengan dorang terus tunggu kat Kuala Gandah..

Whastapp Eira tanya dah kat mane..Dia kata atas highway lagi..Choii atas highway lagi..Ok la kita masuk dulu, show Gajah start pukul 10.30 pagi..Nanti terus jumpa dalam tu..Tiket kiteorang dah ambikkan..

Besar jugak Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah ni..

Comel gajah tu tersadai mulut dia atas kayu tu..lapar ekk..jap kiteorang beli tebu..

Raiisah see Elephant! Dari jauh Raiisah excited datang dekat2 menjerit..hahaha

Bagi Elephant makan tebu..

Aku pon mula2 cuak gak..bukaan apa takut kena sondol..hahaha

Ingat nak suruh Raiisah bagi elephnat makan tebu..uurmm jangan harap dia nak kan..kirim salam..tunggu besar baru berani kot..

Laaa ada makan free untuk gajah rupanya..tau takyah beli tebu seikat 3 ringgit tu..sebakul dorang sediakan tebu free untuk bagi gajah makan..

Satu2 makan tu abang gajah, jangan semua sumbat sekali tercekik nanti kang..hehehe Laju je belalai dia ambik tebu kat tangan aku..takut jugak lama2 baru berani..hehehe Perangai Raiisah sangat ni..penakuitt.. =P

Dapat jugak bagi Raiisah tengok elephant dari dekat..hari tu bawak dia tengok kat Zoo Negara jauh sangat gajahnya tak nampak apa..

Bye2 gajah..elok lagi berapa minit gajah nak bla Eira ngan Ciput pon sampai..Dapat la Yunnan dengan Eira bagi gajah makan..Kagum tengok Keisha belai2 gajah tu, dah berani..Dulu masa dia kecik spesis macam Raiisah jugak semua pon takut..hehe

Dah abis show gajah jom balik..Raiisah masa ni pandai mintak daddy die dukung macam Yunnan..ingat die berdiri belakang Affan nak suruh buat apa..Rupanya tunjuk Yunnan nak dukung macam tu jugak..

Rehat jap sementara para suami pergi toilet..haus giler masa ni!! tekak nak air....

Jap pakai spek kejap bukak..Sudahnya pakai sendiri terbalik..lantok situ..

Bergambar kenangan di pintu masuk Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah..Ooh lupa nak bagitau masuk di sini adalah free! tak payah bayar apa2..

Lepas tu kami ke Restoran Akob Patin House 3..Restoran ni memang terkenal ikan patin dia..Siapa datang Kuantan wajib singgah makan ikan patin die sebab sedap sangat..Last aku makan ikan patin kat Kuantan ni masa zaman sekolah kot..giler lama tak mai Kuantan..

Serius weii memang sedap dan pedas ikan patin kat sini...Patin liar@buah rm25..Patin bela rm15..

Daging salai masak lemak..pon terbaik..

Untuk Raiisah punya..bagi die makan kenyang baru maknya pulak..

Ikan patin goreng! first time makan ikan patin goreng..sedap tak hanyir langsung..

Lepas makan tengahari di Akob Patin House 3 kiteorang singgah makan dessert pulak..Singgah di Kula Cakes..Apa yang special kat Kula Cakes ni?? Specialnya ialah Manggo Cheese Cake dia..orang cakap Manggos Cheese Cake ni paling famous di Kuantan dan paling sedap..

Lokasi Kula Cakes ni berdekatan jalan ke Kastam Kuantan & sebelum stesen bas/teksi lama kat Kuantan sebelah kanan..Kat sini parking susah sikit..Kena bawak slow2 takut terlepas..

Eh ada basikat terbang..

Kalau malam mesti cantik suasana dia..Klasik la bangunan lama dorang deco macam ni..

Pelbagi cake yang  menarik..

Kedai dia alahai terlalu kecik jadi kami tapau bawak balik..tak boleh makan kat sini pon takde tempat kosong semua penuh..Yerla 2 3 meja jer pon yang ada kat dalam tu..nak makan kat luar panas..

Ramai orang kena beratur..

Selesai tapau Manggo Cheese Cake kami terus ke Casa Titik..Setengah jam jer dari Kuantan ke Casa Titik, Cherating.. Masa ni Eira bagitau suruh kiteorang gerak dulu sebab aircond kereta dia problem nak cari bengkel kereta dulu..

Masa sampai mulut ternganga-nganga tengok banglo Casa Titik ni.. Cantik giler kottt!!

Jom kita pusing2 tengok apa yang menarik di banglo Casa Titik ni..

Tak sia2 kiteorang pilih Casa Titik ni..puas hati la..Rasa2 macam ada kat Sepanyol tak?? hehehe

Raiisah tu tak sabar nak terjun la tu..Tak abis2 tunjuk dalam kolam tu fish fish.. takde fish la Raiisah tu swimming pool mana ada fish..

Tempat ruang makan..nanti breakfast kat sini la..

Konsep kat sini buat macam rumah sendiri sebab kat dalam bilik takde cerek segala bagai..nak minum kopi teh sila la buat sendiri di sini.. nak bakar roti sapu kaya pon boleh..

Ruang lobi..Malam2 nanti boleh lepak sini..

Dah sampai bilik..kiteorang ambik deluxe room..Kat Casa Titik ni banglo dia ada 6 bilik semuanya..Ada standard room, deluxe room, family room, queen suite, king suite..Boleh tengok di booking.com..  Casa Titik

Eh bilik Ayu sebelah la boleh bukak pintu..

Ni bilik Ayu standard room..kecik sikit dari bilik kiteorang..

Toilet yang bersih..

Ada wifi free! laju pulak tu..suka suka...

Sementara menunggu Eira sampai kitaorang lepak kat luar jap..nak bagi Raiisah pegang horse..

Kuda ni kalau tunggang mesti laju..siap ada nombo plate 69 lagi.. hehehe macam la berani nak bawak kannn..kat sini free tau nak tunggang kuda tapi dorang akan test and tengok dulu kita ni boleh tunggang ker tak..lulus baru dorang bagi kita bawak kuda tu tepi pantai.. sebab kat sini takde orang yang akan bawak korang, kena pandai2 sendiri bawak kuda tu..Kalau mana yang terer pandai boleh bawak, kalau tak pandai sila la tengok kuda tu sampai lebam di situ..hehe.

Raiisah suruh uncle Aseng dukung sebab takut tengok kuda..

Takde buat apa2 masa ni just lepak2 jer..

Tak sabar nak mandi laut besok..

Family kecik kami..

Ayu mane masa ni?? pompuan tu tidur masa ni..eh yeker tidur, tah lupa dia buat apa masa ni..

Raiisah dan Daddy..Balik bilik mandi, siap2 nak pergi tengok kelip-kelip..

Sebelum dinner kiteorang singgah tengok kelip-kelip di Hafiz's Cherating Activites..Tak pernah dalam hidup tengok kelip-kelip dalam hutan..kesian kannn.. First time ni nak tengok..teruja ada takut pon ada..

Pukul 7.30 ada sesi taklimat..kiteorang dah booking siap2 masa kat KL..so masa sampai terus bayar dan dengar taklimat..sebab kat sini kena booking dulu..

Lama jugak taklimat dia terangkan..Yang bagi penerangan tu nama Hafiz..dia bagitahu masa tengok kelip2 tak boleh on handphone, tak boleh ambik gambar, tak boleh bising menjerit, tak boleh sorok2 bawak kelip2 tu balik..so banyak la En. Hafiz tu bagitau apa yang tak boleh buat masa tengah tengok kelip2 tu nanti..

Semua dah pakai jaket keselamatan..ready untuk di panggil naik atas boat..

Satu boat boleh muat dalam 9 or 10 orang..Raiisah masa ni menangis jap sebab masa nak turun boat tu kan gelap..die menangis sebab takut..jenuh daddy pujuk baru la dia diam..baca doa sikit2 takut la kan apa2..huhuhu

Sunyi jer masa ni..yang dengar enjin boat..Rasa macam tengah tengok iklan raya pulak masa tengok kelip2 tu terbang..banyak kelip2 kat sini, puas hati la....Ada seekor kelip2 terbang kat arah aku pastu masuk dalam jaket keselamatan..terjerit jap..hehehe nasib baik tak kuat..beria-ia aku keluarkan kelip2 tu dari jaket keselamatan, rupa-rupannya elok diam jer kelip2 tu dok celah kangkang aku..hahaha nasib tak kena penyek..

Tidur rupanya Raiisah..patut la senyap jer..masa tengah seronok tengok klip2 tu, tau2 kepala dia dah tunduk..penat sangat la tu, tak sedar apa..

Selesai tengok klip2 kami dinner di Warung Awang Ikan Bakar Cherating..Ciput yang pilih tempat ni sebab Eira kata dorang selalu makan kat sini setiap kali turun Cherating.

Sotong goreng tepung..

Baca doa dulu..lapar masa ni tak ingat apa dah..

Selera Keisha dengan Yunnan makan..Selesai dinner balik ke banglo..

Tak tidur lepak dulu..malam masa muda..rugi la kan datang jauh2 lepak bilik jer..

Cantiknya suasana malam kat Casa Titik ni..Eh ada yang tanya kiteorang stay kat Casa titik ni mesti tengok drama Teman Lelaki Upahan kan?? Eh tak la..Masa tengah dok pilih hotel kat booking.com tu ramai yang komen kat bagus Casa Titik ni and ramai kata best dan cantik..tu yang pilih Casa Titik ni..so masa nak booking tunjuk kat Ayu.. Ayu yang bagitau, Banglo ni tempat shooting drama Teman Lelaki Upahan..Ooohhh yeker.. tak tahu pulak sebab tak layan drama2 melayu petang ni..hehehe

Balik dinner baru makan Manggo Cheese Cake.. Siang tadi tak sempat nak makan..

Red Velvet dari Kula Cakes..rasa dia biaser jer sebab pernah makan sedap dari yang ini..hehe

Gemuk la weii malam2 makam kek..hehehe takper bercuti mana boleh diet2..diet masa holiday diharamkan.. >_<

Bilik kami depan tu jer..yang dah tidur masa ni Yunnan dengan Keisha..Raiisah suruh tidur tak mo jadi die main2 la kat tepi tu..

Penat ye ok la jom kita tidur..besok nak pagi nak mandi swimming pool..

piece : kathyjem

11 comments:

miss eimanhikmah said...

rupanya best ke kuantan ni...selalu pergi TC je pastu chow balik...hukhukhuk

FadMN said...

best nya p ramai2 gini.teringin nak p casa titik tu tapi macam seram jer kalau pegi satu family jer.saiko jer dok pikiaq ,ada ka org lain nak tdoq situ nanti selain dari kami.hewhew.

FAD

uSMie said...

Bestnya kathy...
ni yg rasa nak ajak buat familyday kat sini.

Chekgu Azrine said...

Bestnya...tgk casa titik ni best klu hanimun...haha

Hafiz Hafizol said...

tertelan air liur tengok gamar makanan hahahahaha T_T

Unknown said...

cute2 pulak tengok gajah tu...villa tu mmg best klu gi reramai ek..

The wife said...

Aahh selalu lalu dpn Casa Titik tu. Your writing buat rase nak try pergi skarang. Laut tgh cantik ni.

dokterFaryn said...

wah bestnye. taktau plak ada banyak benda boleh buat kat kuantan. hehehe. last time pergi teluk chempedak dengan kula cakes je. harussss repeat ni. :)

mama tisya said...

nasi akk wok tu dkt umh my mom..dh pernh try gk tp bg tekak ku tk brp sbb pernh try outlet lain yg sedap di tekakku....sronok la holiday ngan kwn2 baik kn...kula cake tu byk gk bc review ...nmpk sedap mango cheese cake tu...casa titik tu mmg dh jatuh hati bila tgk dlm drama Teman Lelaki Upahan

arysha_fayyadh said...

Assalam kathy,
alooooooooo
sian mek echa terlentok soper itu
tapi ok gak la kan3
idak la dia menjerit he3

Kazey said...

Terbaik...good info.