Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, March 11, 2014

Pesawat MH370 telah mendarat dilokasi rahsia?

Kenapa pakar pun takut buat spekulasi? Spekulasi tiba-tiba sahaja menjadi satu jenayah padahal kaedah spekulasi telah banyak menyelesaikan pelbagai jenis siasatan.

Ya, hal ini adalah disebabkan oleh sikap pengguna media sosial yang mempunyai pengaruh setara dengan media arus perdana. Malah media sosial pula dijadikan sumber kepada surat kabar dan berita TV. Sesiapa sahaja dengan kelengkapan semudah telefon bimbit boleh mengeluarkan berita yang sampai keseluruh dunia.

Hari ini saya nak buat spekulasi. Setelah hampir 40 jam mengikuti perkembangan kehilangan pesawat MAS B777-200 yang menuju ke arah Beijing China ini, saya berpendapat mungkin pesawat ini telah dirampas pengganas dan telahpun mendarat dilokasi rahsia. Ia disimpulkan atas informasi seperti berikut.

1. Tiada isyarat "MAYDAY" atau sebarang signal kecemasan diberikan oleh juruterbang. Telah disahkan oleh pakar penerbangan bahawa peristiwa ini sangat ganjil kerana pesawat paling canggih seperti B777 ini mempunyai pelbagai cara untuk berkomunikasi dengan pihak luar. Mungkin hal ini (hilang dari radar dan tidak menghubungi menara kawalan) disengajakan  oleh juruterbang atau juruterbang dipaksa oleh pengganas (2 individu beridentiti palsu). Tidak mustahil pengganas turut bekerjasama dengan juruterbang untuk memudahkan rampasan. Pakar mengesahkan melalui Astro Awani bahawa alat komunikasi transponder yang menyiarkan kedudukan pesawat setiap saat boleh dipadamkan.  Mengikut akaun FB juruterbang, beliau merupakan penyokong tegar parti politik pembangkang di Malaysia. Kebetulan Ketua pembangkang melalui saat yang paling genting dalam karier politiknya. Anda lengkapkan sendiri spekulasi ini. Mungkin ia agak keterlaluan, namun Zahid Hamidi selaku menteri pertahanan dan kini KDN pun sepatutnya dianggap keterlaluan kerana mengaitkan pembangkang sebagai dalang dalam pencerobohan Lahad Datu. Sehingga kini dalangnya tidak didedahkan dan Zahid Hamidi pun tidak disaman. Hanya rakyat ditinggalkan dengan seribu satu persoalan.

2. TIADA LETUPAN. Hal ini disahkan oleh agensi pengesan letupan Amerika Syarikat yang boleh mengesan letupan yang berlaku seluruh dunia. Ini bermakna MH370 tidak terhempas, tetapi telah dialih arah ke destinasi yang lain dan mendarat dilokasi yang tidak  diketahui. TURN BACK seperti yang dikesan oleh radar pihak tentera adalah petanda pesawat telah dialih arah ke Malaysia, Indonesia atau Singapura. SINGAPURA mungkin tempat yang menjadi pilihan untuk mendarat berdasarkan peristiwa rampasan kapal terbang pada 1977 yang mana destinasi yang sama dipilih namun terhempas di Tanjung Kupang. Jangan terlalu berbaik sangka dengan Singapura. Melalui blog pertahanan Military Of Malaysia menjelaskan sudah beberapa kali negara berjiran itu hampir terjerumus dalam kancah peperangan dengan Malaysia.

3. RANCANGAN AWAL PAGI. Pesawat tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk divert dan waktu awal pagi dipilih bagi mengelakkan tindakan mereka dari dikesan ketika ramai orang masih tidur. Seperti yang dijelaskan di TV, mengisytihar secara public berkaitan aktiviti pesawat yang dikesan membuat pusingan U setelah hilang daripada radar airport adalah pendedahan tentang rahsia keupayaan aset pertahanan negara yang tidak sepatutnya berlaku. Ada yang berpendapat pesawat sebegitu besar tidak boleh hilang dari radar namun jelas pesawat itu telah hilang dan dikesan pula melakukan penukaran arah. Malah sumber melalui TV telah memaklumkan misi mencari dan menyelamat kini diluaskan hingga ke Selat Melaka. Ajaib bukan? Ajaib jika ada yang masih tidak percaya pesawat itu telah lolos dari radar konvensional milik airport. Sekiranya pengendali radar tentera itu tidak tidur dan memantau pergerakan pesawat, kemungkinan besar di mana pesawat itu didaratkan boleh dikesan dan tindakan pantas dapat dilakukan. NAMUN hanya bertindak apabila pesawat disahkan tidak sampai di Beijing sudah pasti hal ini telah terlalu lambat itu dilakukan dan pesawat mungkin telah mendarat dan disorokkan.
4. Sejak bila semua keluarga mangsa dikumpulkan dalam satu kawasan diputrajaya? Kenapa tidak dibenarkan pulang sahaja padahal misi mencari mungkin akan mengambil masa yang sangat lama. Adakah mereka terlibat dalam satu penerangan rahsia antara pihak kerajaan berkaitan dengan rampasan?

5. Terbaru seorang ahli keluarga mangsa berjaya membuat panggilan talefon secara live di kaca TV yang kemudiannya terputus sebelum sempat dijawab. Ini adalah bukti terbaru mengesahkan mereka selamat dan masih hidup. Cuma mereka tidak bebas atau pergerakan mereka disekat.

KESIMPULANNYA Keganjilan kejadian hilangnya pesawat ini adalah bukan masalah teknikal. Ia adalah disebabkan sikap manusia yang menyalahgunakan kepintaran akal fikiran mereka demi dendam peribadi. Malah media pembangkang mungkin menyedari hal ini kerana sering mengeluarkan post menyatakan rasa tidak berpuas hati kerana kerajaan Malaysia seolah olah cuba merahsiakan kejadian sebenar. Rampasan kapal terbang adalah satu tindakan sabotaj yang strategik untuk mengambil perhatian dunia kerana ia melibatkan rakyat dari pelbagai warga negara. Sikap wartawan asing yang sangat agresif seperti cuba membongkar kelemahan kerajaan juga adalah modus operandi biasa media asing yang kita sedia maklum sentiasa menyebelahi pembangkang dalam menyerang negara.

Adalah diperingatkan bahawa penulisan ini adalah spekulasi peribadi semata-mata. Terpulang sama ada ingin menerimanya dengan hati yang terbuka atau sebaliknya. Moga menjadi pencetus kepada pihak berkuasa agar bertindak tepat untuk menyelesaikan masalah. Jika operasi hanya bertumpu kepada search and resque dengan masih menganggap kapal terbang tersebut terlibat dalam kemalangan dan bukan dirampas, maka sampai bila-bilapun kita tidak akan menemuinya.

Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka. Ingat tiada apa yang terlalu misteri melainkan ia memang diinginkan dalam keadaan misteri.

copyright dari http://zulhairifetani.blogspot.com 

piece : kathyjem

11 comments:

Liza said...

Kita hanya mampu berserah dan berdoa padaNya kerana hanya Dia Yg Maha Mengetahui...

Hafiz Hafizol said...

Sebarang kemungkinan boleh terjadi.Apa yg penting, semoga mereka yang berada di dalam MH370 selamat. InsyaAllah.. :")

Ndra Jamal said...

statement yg amat berani

aufa felisha said...

bdoa sahaja...jgn tlalu negative.. be profesional..seorang yang bijak pandai xkan campur adukkan kerjaya ngn peribadi.. hak kapten nk parti mana pun..xbaek buruk sangka..lbh elok mndoakan..positif ok!!!

A.I said...

aku sendiri memula tu pun tak suka nk baca mana2 spekulasi. nak2 lagi bila ada org yg campur adukkan hal politik negara dlm insiden ni. Tp bila dah masuk hari ke 4, sikit petunjuk pun tak dpt kat mana plane tu, aku smp terpikir nk doakan biarlah plane tu kene sorok dgn bunian ke, betol2 termasuk dlm black hole ke. ASALkan dowang semua kembali dlm keadaan selamat. huhuhu..

Apa2 pun kita doakan yg terbaik utk dowang & diberi kekuatan semangat diri utk family members, amin..

Fauzie said...

kamu ini pakar aviation ke? landing kat Singapore? kalau terrorist samun plane ni apa yg mereka demand? duit? Tak payah nak tunjuk pandai. solat hajat lebih baik.

freezal said...

Affan kerja MAS kan? Takda apa2 info ke? Hehe..

lyza safa said...

Saya TIDAK SETUJU spekulasi ni...dgr kembali apa kapten Norudin cakap di MHI n buletin utama....spekulasi hanya boleh memakan diri.....

lyza safa said...

Setuju

lyza safa said...
This comment has been removed by the author.
freezal said...

Kathy.. Napa block sy dr FB? Unblock lah balik. Emel sy freekey2@gmail.com

Thank you.