Klik Yer!! Mekasih...

Friday, November 21, 2014

Klinik Takde Obat

Pagi tadikan bawak Raiisah pergi Klinik untuk injection 1 tahun lebih.. Keji kan Raiisah dah masuk 2 tahun baru hegeh2 aku nak bawak dia pergi klinik.. Tu pon macam2 dugaan pagi tadi..Sebenarnya dah dua kali pergi klinik Koo kat TTDI sebelum ni.. Ubat pulak takde dorang suruh pergi klinik gomen.. Tu yang pagi tadi bawak Raiisah pergi Klinik Kesihatan Sg. Buloh...

Aku tau ada injection untuk baby setahun 6 bulan pon masa si Filla bawak anak dia si Aleesya pergi monthly checkup.. Terus laju2 Wassapp Eira tanya dia budak setahun lebih ada injection ker.. Ingat tunggu 2 tahun..Yunnan hari tu ko ada bawak inject Setahun 6 bulan tak.. Eira kata ada.. Demm macam mana aku tak tau ni.. T_T aku pon tak tengok card ni la jadinya.. Raiisah kat 2 tahun baru tanya soalan tu kat Eira..hahaha Ingat 2 tahun ada injection upernya takde..

Sampai2 Klinik Kesihatan Sg. Buloh tu dia beratuq panjang.. Nasib baik aku ambik cuti halfday kalau ambik time off 2 jam alamatnya tak sampai ofis la gamaknya.. Ramai orang.. Tunggu tu ok la takde la lama sangat, dalam kol 10.30 macam tu baru dapat jumpa doktor..Doktor tanya sakit apa..Aku cakap la tak sakit nak injecton untuk setahun lebih.. Doktor tu kata bukan kat sini kat bahagian ibu mengadung.. Doktor tu bagitau la "U kena keluar u belok kanan u akan nampak ibu2 pregnant kat situ la".. oo ok tq Doktor..

Pastu aku pon keluar la bawak Raiisah pergi tempat yang doktor tu cakap tu.. Nampak la ibu2 mengandung kat situ then terus la tanya nurse kat situ nak injection anak untuk bla bla bla.. Pastu nurse tu tanya tinggal kat mana.. Aku cakap la tinggal kat Tropicana tapi mak saya ni tinggal kat sini.. Sini tu mana?? kat Kuang. Ooo Kuang.. Dah la nurse tu cakap macam kerek2.. Rasa macam nak lempang jer muka nurse tu.. Aku cakap elok2 ko nak cakap macam poyo kan..

Kena pergi Klinik Kesihatan kat Kuang la tak boleh kat sini.. Kena ikut kawasan.. Sebab ikut mak cik punye alamat memang kena pergi klinik Kuang.. Ooyeker.. abis tu kena pergi sana la walaupon nama anak saya ada rekod kat sini.. Tak boleh jugak kena pergi Klinik Kuang jugak..Ishh dorang ni nak juga kena ikut kawasan.. Padahal Sg.Buloh dengan Kuang tu macam la daerah lain..Dah la tunggu lama kena pulak kena pergi Klinik lain.. T_T Ni yang malas pergi gomen ni mesti jadi macam ni..

Pastu pergi la Klinik Kuang tanya ada tak injection untuk setahun lebih.. takde injection untuk hari ni kena datang hari Isnin pagi..pulak dah... Aduhh nak kena cuti lagi .. Mana boleh cuti dah..

Tak puas hati nak jugak Raiisah kena injection hari ni.. Pastu bawak dia pergi Klinik Dr. Shamsuddin kat Sg. Buloh.. Klinik tu pernah bawak Raiisah masa Raiisah demam sakit semua tu.. Ingat nak pakai medical kad sekali tanya takde stock ubat.. T_T Pastu pergi Klinik Serena dekat area situ, ok ada cuma cuma mahaii consultation jer dah rm45 masuk injectin kat 200 hoi mahai sangat.. dah la gaji tak masuk lagi ni.. Kenapa la Klinik Serena ni tak buat Medical Kad kan senang.. Pastu pegi PMC tempat Raiisah lahir pon sama takde stock ubat.. Dorang cakap memang sekarang ni banyak Klinik Swasta takde ubat..

Pulang la dengan tidak apa2 injection kat badan Raiisah.. Apa nak buat memang sekarang ni banyak Klinik Swasta takde stock ubat..

#gambar malas nak letak

piece : kathyjem

10 comments:

Chekgu Azrine said...

Aish pun blm inject setahun stgh jgk..huhu..seyes..blh lupa plak..hadoii..baca entry ni baru ingat..kuikui

Deqna said...

kathy, kat pmc ada, tapi kena jumpa dengan paed dr. datin marina. dia ada stok.

saya gi dulu inject inara dgn dr. zarul jer.. masa tu saya ada appointment ngan dia, pastu saje tanya pasal injection tuh, pastu dr. kata takpe dia boleh jab kan, takyah jumpa dr. marina.

klu tanya kat kaunter tu memang dorang kata takde...

Eita Hass said...

kathy,

x silap sy boleh amik injection jgk kt klinik kesihatan paya jaras. tu pun kene amik tarikh appointment jgk. sbb mmr opis sy yg duk kt KD pun pg sane jgk, sbb sblm nie die pegi kt sg buloh sane, tp dorang ckp di luar kawasan. So, skrg appointment baby die buat kt sane terus..

yoorin melacolea said...

serius ke.. adehh.. ke klinik swasta ni nak simpan stok ubat..ye laa next year start gst.. huhu...

ieda abdullah said...

akak baca pun terasa penatnya dik...hehe...sabar jelah..

tapi kalau kes pelalian bayi & rawatan ibu hamil klinik kesihatan memang kena ikut kawasan betul2.depa kena rekod data ikut kawasan sebab kementerian collect data ni untuk diguna sebagai indikasi tahap penjagaan kesihatan.

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam kathy,
he3 sila coba lagi
jangan marah naaaaaaaaaaaaa :)

EzanIdris said...

alahai susah jugak proses nye ye

mrs gold said...

Kathy, kalau dok area bangi leh pi Az zahra, rm120 ja injection tu

mrsshazlan88 said...

kak kathy sekarang ni memang company xde stok "pediacel" tu..mana2 pun susah nak dapat...bukan swasta saje nak simpan untuk next year gst yer... :)...ada alternative kak..sebab ubat tu x tau sampai bila no stock...pentaxim nama dia... :)

AZNIAL RAHMAT said...

We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

Clinic information:-

PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833


Regards
Ir. Aznial Rahmat
Director
KASIH Group
012 312 9264
aznial@gmail.com