Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, November 4, 2014

Krem Pipi Tengok 'Laugh Malaysia'

Haii korang..hari tu dapat tiket free "Harith Iskander..... To know Malaysia is to LAUGH MALAYSIA'.. Ya ampun sumpah best giler kot..Rugi siapa yang tak pergi..

Nasib baik kawan baik saya Ceera dapat jemputan sekali ada la geng nak bergelak ketawa..hehe

Sampai Stadium Putra Bukit Jalil kiteorang lepak dulu, makan kenyang2 baru best 'hahahaha' dalam stadium..

Tak sabar nak tengok "Laugh Malaysia"!

Malam tu simple pakai Kemeja Jeans..Senang nak berlari2 dalam stadium..hahaha *ok tipu

Kawan kesayangan..

Adibah Noor jadi host malam tu.. Ramai ingat dia pelawak sebenarnya dia penyanyi, die sendiri mengaku dia bukan pelawak tapi dengar dia cakap selamba macam tu pon orang ingat dia buat lawak.. Paling best part dia menyanyi lagu Terlalu Istimewa, power giler suara..

Tambah hangat suasana di Stadium Putra Bukit Jalil dengan pelawak solo, Dr, Jason Leong..

 Diikuti pelawak yang sangat berpengaruh di India, Papa CJ..

Dah last sekali pelawak terkenal Harith Iskander.. Siapa tak kenal beliaukan.. Pelawak yang berpengalaman lebih dari 22 tahun menghiburkan kita.. Bukan senang nak buat lawak secara solo.. Tapi Harith Iskander memang telah terbukti dan dalam senarai stand-up comedian yang berjaya membuatkan kita tak kering gusi..

Tengok lawak Harith Iskander malam tu teringat Lawak Ke Der 2 kat Istana Budaya.. Sebab lawak yang disampaikan semua orang pernah alami dan aku pon terasa dengan Lawak Harith  Iskander..hahaha Gelak sampai krem pipi..Nak tutup mulut pon dah tak boleh.. Sampai kena bagitau kat Ceera, "Manja tolong tutup mulut aku ni sudah krem" hahaha over!

Thank you  Nuffnang bagi tiket free dekat kami berdua.. Kalau sendiri nak beli tak mampu kot..hehehe Dah la dapat tempat duduk center front row seats lagi..Tq Nuffnang!

piece : kathyjem

3 comments:

Mila Hilas said...

lawak dlm BI ke sis?

Mek Onie said...

yang ingat masa lawak ke der dengan lawak harith adalah...'when women says nothing,its mean everything is wrong" hahahahahaha...memang kena maksud dia tentang perempuan... suka lawak harith ,lawak yang penuh maksud ;)

Chekgu Azrine said...

Bestnya..untung sgt tau