Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, November 19, 2014

Weekend Kami

Sabtu lepas Affan tak kerja.. Jadi pagi tu bangun awal cari breakfast..Dalam kereta baru fikir nak makan kat mana.. Pusing2 area Taman Tun, nak makan situ tak jadi nak makan kat sini tak jadi last2 ke Restoran D'cengkih, tutup pulak..

Depan D'cengkih tu ada satu restoran mamak, ingat nak makan situ pon tak jadi.. Boleh masa dah sampai Affan tukar fikiran tak nak mamak boring kata dia.. Nasib bini dia jenis tak kisah, dapat bini jenis pemarah abis dah Affan kena flying kick..hahaha

Hari2 dia breakfsat mamak hari cuti pon takkan nak mamak jugak.. Eh bila masa boring makan makanan mamak ni..haha Affan nak makan masakan melayu.. Fikir2 punye fikir teringat restoran Datuk Yusuf Haslam dekat Hospital Tawakal tu..Kat situ boleh tahan makanan dia sedap pon sodap, lagi2 minum petang terbaik Mee Bandung dia..

Aku oder roti arab.. Raiisah ku oderkan roti telur macam biaser.. Affan ambik mee goreng.. Laa b mee goreng jer.. punye la pusing2 nak cari tempat makan best last2 mee goreng jugak awak ambik.. Mee goreng huny pon boleh masak b.. Kuah dhal kat restoran Yusuf Haslam ni sedap giler! aku sampai nak mintak tambah tapi memandangkan roti dah abis tak payah la..

Masa tengah makan tiba2 Datuk Yusuf Haslam dok meja sebelah kiteorang sebab kawan dia ada kat situ.. telinga ni dok dengar la dia cerita pasal filem juta2, pasal anak dia Syahmsul beli rumah la apa la..amboii telinga ni kepochi sangat..hahaha tak nak dengar pon sebenarnya tapi dah dia dok sebelah memang terdengar lerr....hahaha Dengar suara Datuk Yusuf Haslam rasa masa macam dengar drama Gerak-Gerak Khas la pulak..kekekeke

Selesai makan ingat lepas tu nak pergi rumah mak mertua kat Kajang tapi Affan nak bawak Raiisah ke Tasik Titiwangsa dulu.. Tengah elok jalan2 tiba2 Raiisah berhenti tegak macam tu.. Suruh jalan diam jer dia..Kenapa Raiisah apa yang tak kena tu..

 Pujuk ajak bergambar..hahaha Raiisah dan Mummy..

Ok cepat tak sabar nak pergi Tasik Titiwangsa..

Masa ni kat kol 12.. Matahari dah atas kepala.. Tak leh lama2..

Cantik betul Tasik Titiwangsa sekarang ni..Lama dah tak datang.. Bila datang sini pon dah tak ingat bila..

Banyak perubahan.. Taman permainan pon dah banyak dulu kecik jer taman permainan kat sini.. Best jer rasa nak bawak jer Raiisah main semua tapi tahu2 jer la dia macam mana semua pon takut..

Tengah2 hari pergi sini rasa terbakar kulit badan..hahaha Dah la Raiisah pakai skirt terkangkang2 nak naik..

Berani ke tak tu..

Takut la mummy... Olololo tu pon takut...Bila nak berani ni???

Haa berani pon tu pon terkedek-kedek nak tunggu dia sampai kat penghujung tu..

Macam biasa bila naik nampak papan gelongsor..

Takut kulit hitam ye bang..hahaha

Tunggu punye lama sampai ke sudah tak bergerak.. T_T

Ni pon mula2 takut nampak nak pengang siap jerit2 tak mo pengang.. Daddy ko faham2 jer la lagi anak tu takut lagi dia suruah buat..hahaha

Nampak budak tu happy gayut2 baru berani nak pengang..

Dah jom balik satu jam cukup.. Nanti suruh daddy bawak ke sini lagi. Tapi kena datang awal pagi baru syok nak main permainan kat sini..Ni tengah2 hari buta main tak syok mata kecik nak tengok permainan kat situ..hehe

 Keterujaan di situ..

Sebelum pulang menikmati keindahan pemandangan Tasik Titiwangsa.. Bila tengok gambar Raiisah ngan daddy dia teringat masa kecik2 abah selalu bawak aku ngan kakak aku kat sini.. Bila Abah free mesti bawak kiteorang jogging kat sini.. T_T

Sekarang ni Raiisah rapat dengan daddy dia dulu tak mo langsung asal daddy dia nak pengang takmo sebab daddy dia kan kaki menyakat apa2 nak mummy, sekarang terbalik nak daddy pulak.. Kalau dulu daddy nak dukung geleng2 kepala takmo sekarang manja dengan daddy dia..Dan daddy pon dah kurang menyakat maybe faktor usia kot..bahahahaha

Dapat makan icecream tak kasi chan langsung kongsi ngan mummy..terpaksala mummy beli satu makan sorang2..

piece : kathyjem

6 comments:

Chekgu Azrine said...

Camtik mummy ngn raiisah sedondon

Lynn Hamzah said...

apesal x amek gambar dgn dato tu? hihihih...kalau tak leh tepek kat sini...

Mimy Hamid said...

good idea la kathy..weeknd ni nk gi haslam restoran la..pastu g titiwangsa..dekat dgn rumah

FadlinaMokhtar said...

Ingat time raisah dok berdiri tegak tu dia yak yak.hehehe.
FAD

Ania said...

Salam kenal! Blongnya keren! Saya lihat bahwa Anda upload banyak foto. Jika Anda mau share dan download foto2 dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya. Coba servis kami tanpa registrasi :)

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam kathy,
oohooiiii mek echa seksi uols
kain ke ateh he3