Klik Yer!! Mekasih...

Monday, November 10, 2014

Selamat Hari Jadi Suami

Malam sebelum birthday Affan aku dah suruh dia balik awal sebab nak celebrate birthday dia besok tu.. Bangun pagi macam biasa wish besday kat dia.. "Selamat Hari Jadi B" petang ni balik kerja awal ok kita celebrate.. "Huny nak celebrate birthday B kat mane??" adalah rahsiaa... "B tau mesti Huny nak bawak makan burger kannnn" bukan bukan bukan eee tak abih2 burger..hahaha..adalahhhh.. gitew konon nak rahsia pastu petang terkantoi cakap aku dah booking tempat sekian2..hahahaha Tapi candle light dinner tu nasib tak cakap, opsss..

Masa on the way pakai Waze, aku yang drive.. Nasib Waze ada kalau nak cari sendiri alamatnya sesat la aku.. Dah la nak ke Subak restaurant ni jalan macam nak masuk hutan.. Sampai Affan tertanya-tanya "Mana huny nak bawak ni" sebelum nak sampai Subak restaurant tu ada satu selekoh.. Tepi selekoh tu ada macam gerai ala2 Tomyam macam tu.. "Haa B tahu mesti huny nak bawak kedai Tomyam tepi selekoh tu kan" hahaha Bukan sini la kat depan lagi rasanya.. Sampai2...Oooo Subak restaurant, macam gempak jer restaurant ni.. Mestila tengok la siapa yang pilih.. Eleh eksyen..kekeke

Sampai2 Affan terkejut tengok atas meja ada lilin bunga.. Eh apa ni?? hehehe Suka tak?? ^____^ Affan hanya mampu sengeh..

Surprise menjadi..eh yeker menjadi..kekeke boleh la menjadi la jugak.. >_<

Terkata keindahan dan kecantikkan restorant Subak ni..Kebetulan masa kitaorang sampai hujan renyai2 terus mood berterbangan bersama imaginasi tanpa penghujung.. *_*

Sesuai jugak kalau nak buat gathering kat sini kan..

Dia dah start dah..

Layan mood romantika kejap..hehehe Lama tak bercandle light dinner bersama suami..

Aku oder Blue Eye on The Float.. Sedapp! minum pon sikit2 sebab suke tengok colour air tu takut abis pulak..kekeke Boleh macam tu..

Disebabkan hujan Affan oder Cafe' Latte..

Starters kitaorang oder Ibu Yati Gado-Gado.. Alahai portion comel sangat tak sempat nak main suap2 Affan ngap sekali abis..hahaha Tapi rasa dia ok boleh tahan sedap!

 Sedap B.. ermmm sedapppppp! Dah macam Raiisah gaya tu B..

 Saya punye Supreme Roasted Spring Chicken..

Affan oder Country Bbq Beef Ribs..

Sementara tunggu kek Affan sampai.. Affan punya kek aku dah oder siap2 masa nak booking tu..

Dengan aku2 sekali terkejut.. Ingat waiter tu bawak kek jer sekali siap nyanyi2 lagi lagu Happy Birthday untuk Affan.. Auww sweet la pekerja2 kat sini.. Affan muka control terkejut, haha padahal dah takde darah kat muka tu..

Terima kasih menyanyikan lagu Hari Jadi untuk Affan..

Oder kek tiramisu untuk birthday boy..

Terbaik!!! hahaha apa macam terkejut??haha Dah lama tak buat surprise macam ni kat awakkan.. Last masa zaman bercinta kot..

Ucapan besday macam biaser2 sebelum ni..hehehee

Awal2 dah warning,  B tak boleh bawak phone nanti sibuk je ngan phone tu.. hahaha Sudahnya hp aku jadi mangsa untuk selfie..kekeke

Makanan dah la sedap dikelilingi suasana tropika yang tenang dan damai.. Ouch!

 Sebelum pulang bergambar dengan keindahan alam di sini..

Tengok gambar ni rasa macam pasangan pengantin baru kawen pulak..kekeke =P

Enjoy masa ni, saat paling tak boleh lupa masa makan tu.. Mengimbau kenangan2 dari zaman bercinta sampai sekarang sampai la ada Raiisah.. Sampai nak keluar air mata masa Affan dok cerita tu tapi tahan tak leh nangis abis la makeup i..hahaha.. Ok B, Huny harap celebrate birthday B yang ke 33 ni b suka walaupon ni jer mampu Huny buat untuk B..Semoga B sentiasa sihat dan ceria selalu ok..mmuah sikit!

piece : kathyjem

22 comments:

mama tisya said...

romantik gtu...tmpt pn cantik...mmg sesuai la candle light dinner...sure terkejut affan ye...nasibaik bkn menu burger...hehe...anyway happy busday utk affan

kathy jem said...

mama tisya : hehehe mekasih.. =)

Tu pon dia nak oder burger tapi awal2 dah warning tkleh oder burger..hahaha

FadlinaMokhtar said...

Oo affan november baby la sama macam saya :).hehe.btw pernah jugak makan sini.pricey jugak.sesekali ok la kan mcm nak celeb ni ok lah.

Btw.saya jeles tgk awak kurus.sobs sobs.
and lagi satu nak tnya la.awak pakai skincare apa ek sekarang .suka tgk skin.huhu
FAD

Hafiz Hafizol said...

Sweetnyaaaaaa T__T


Happy birthday Bro.. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan semoga bahagia dunia akhirat.. :")

Pretty Sweet said...

So sweet.. Kathy pki pe pon cantek! I ni anak bru 2 dah debabs!!! T_T

Chekgu Azrine said...

Alhamdulillah..
Happy je tgok uols 2..
Semoga hubs kathy dipanjangkan umur
Dimurahkan rezki

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah..moga sentiasa dirahmati Ilahi..

Afidah Azmi said...

so sweet kak..Anyway tempat tu cantik sgt.macam nak pergi dengan hubby kita pulak..tapi dah terlepas birthday dia..t nak buat ulang tahun perkahwinan la dekat sana...anyway nice sharing kak

kathy jem said...

FadlinaMokhtar : mana ada kurus still bambam lagi..hehehe kathy pakai bbcream SQB sekarang ni..try pakai produk tu bagus..

kathy jem said...

Tq so much Hafiz Hafizol ^_^

kathy jem said...

Pretty Sweet : ni pon debabs jugak mana ada kurus dlm gambor jer..hehe

kathy jem said...

Chekgu Azrine : Terima kasih ats ucapan itu.. =)

kathy jem said...

PeRdU cINta : Amin..mekasih.. ;)

kathy jem said...

Afidah Azmi : serius tmpt dia mmng cantik nnti bawak hubby celebrate anniversary kat situ ok.. ;)

mamabeauty said...

so sweet both of you..

ArY + ShA = AmZaR FaYyAdH said...

Assalam kathy,
berbunga2 kan ati bila seperaih menjadi he3
Anyway epy b'day kathys' hubby

Iza Fiza said...

cantik baju kak kathy =)

Siti Hajar Mohamad said...

SWeetnya...Affan, Happy Belated Birthday, semoga berbahagia disamping isteri dan anak tersayang...

Izzati Ghafur said...

comel je bila encik suami selfie

Nurul Atieka Ibrahim said...

so inspired! semoga ikatan cinta dirahmati Allah selalu ;)

Ayu Firzara said...

Happy Anniversary yang!!!

Ayu Firzara said...

Ooopppssss silap komen. Hehe..Hepi besday to ur hub...hiks...anyway kathy sangat cantik