Klik Yer!! Mekasih...

Monday, November 3, 2014

Makan & minum di Festival Makanan

Tengah sedap golek2 atas katil tiba2 Ayu wassapp ajak pegi Food Hunters Feastival kat Taman Tun.. Food Hunters Feastival manjerrrr??? makan!!! syok ni!!! Amboi bab makan laju jer jawab.. hahaha

Affan lak kerja Sabtu tu.. terus wassapp Affan bagitau dia aku nak pegi Food Feastival dengan Ayu..Tu pon berjanggut nak tunggu Affan balas..Dah la Ayu nak datang ambik aku ngan Raiisah kol 11 kat rumah.. Jam dah dekat kat kol 10.. Raiisah lak awal pagi dia dah bangun.. Lepas dia bangun siap mandikan dia terus.. Tengah siap2 kan Raiisah Affan balas bagitau, Ok boleh pergi.. Tanya dia tengahari makan kat mana yerla selalu waktu lunch aku masak dia balik rumah makan.. Dia cakap takper tengahari tu pandai la dia cari makan kat luar.. Fuhh nasib baik kalau tak kena menari dulu la kat dapur..hahaha

Dalam kol 11.30 Ayu ambik kat rumah terus ke Taman Tun.. Tak sabar nak makan2.. First time pergi festival makan2 ni selalu benda2 macam ni orang jual baju, kasut, kali ni jual makanan sahaja.. Baru la best lain dari yang lain..

Food Hunters Feastival ni kat Taman Rimba Kiara.. Last datang sini masa Raiisah baru pandai jalan..Sesuai la penganjur buat festival makan kat sini sebab tempat luas dan selesa kalau nak berkelah dengan keluarga, kawan2 sangat sesuai..

Sampai2 kiteorang pusing2 dulu usha2 tengok makanan mana yang menarik.. Boleh tahan makanan dorang jual ni lain dari yang lain.. Ada satu tu aku tengok dorang letak icecream dalam pasu bunga tapi pasu bunga tu kecik jer, muat2 letak 2 scoop iceceram dengan biskut oreo hancur macam tanah konon2..hehehe Pastu letak bunga plastik atas icecream tu....Kreatif!

Beli aiskrim batang perisa anggur untuk Raiisah..

First time Raiisah makan aiskrim batang dengan plastik2 tu dia makan..hahaha Sudahnya mummy yang abiskan sebab tak pandai hisap, meleleh-leleh aiskrim kena baju..

Kawasan kat sini agak luas so tak berebut-rebut nak jalan.. Senang nak cari kedai makanan yang korang inginkan.. Memang best la cuma panas terik tu memang tak boleh buat apa la..

Pelbagai makanan western ada di jual dalam Van ni.. Aseng oder Beef Buffito, serius sedap!

Besar karipap dia.. kena kongsi, makan sorang sure tak abis.. tapi tak beli pon tengok jer..hehehe

Pisang cheese ni sedap tapi lagi sedap kalau letak coklat..

Nuttela Cheese Tart dari Kidz Creme.. Masa beli ni tergintai-gintai kot2 ada Abang Aaron Aziz kita kan..hahaha

 
Kongsi dengan Ayu.. Besar sandwich dia sebelah makan pon dah kenyang..

Ni baru first round..Tak cukup lagi..Kasi abis ni dulu..Beli sikit2 kongsi bertiga..

 Aseng & Ayu..

Suap bini..

Suap si kenit pulak..hehe Suka Raiisah, Uncle Aseng suap dia Nuttela Cheese Tart..

Lupa nak bawak tikar kalau tak leh duduk selesa sikit..

Raiisah nak pergi mana tu? jap mummy tak abis makan lagi ni..

 Apa mummy????!!

Dah selesai first round jom second round pulak.. Nak cari Nachos..

Raiisah bersama Uncle Aseng dan Mummy Ayu..

Ayu teringin nak makan icecream Pop Wagon.. Comel betul icecream dia.. tak tahu nak pilih perisa mana semua nampak menarik dengan rupanya yang comel!

Ayu ambik strawberi, untuk Raiisah mango..

Amboii Raiisah tau la sedap..

Dah separuh makan tiba2 nak mummy Ayu punye icecream.. tukar icecream dengan mummy Ayu..

Yeeaaa jumpa jugak Mega Nachos ni! sedap walaupon harga dia agak mahai sedikit rm25..kongsi bertiga makan pon tak abih portion banyak sangat, okla sesuai dengan harga dia..

 Cari port nak duduk kaki dah lenguh..

Rehat sebentar bersama Nanchos.. Si Raiisah dah tak sabar nak turun nak main kat belakang tu, nampak tu..

Panas2 ni nikmat dapat minum air berkarbonat Soda, sebotol 4 ringgit..

No no no Raiisah tak boleh lagi..

Macam best jer giant bubble ni..

Ok la mummy bagi awak main giant bubble.. kesian tengok muka minta simpati nak main bubble..

 Dengan rambut2 sekali nak berbubble...hahaha

Tak bagi kongsi sudahnya mummy Ayu kena beli lain.. Mana acii mummy Ayu pon nak fuuhh fuhhh jugak...hahaha

Pedih mata! haha

 Mummy yang lebih.. Raiisah tak kasi chan langusng mummy nak pegang..huh!

 Erkkk! no  no.. Hoiii budak kenit ni kedekut tul..hahaha

Dah penat berbubble jom balik.. Badan dah berlengas..Haih! Suka pulak dengan tempat ni .. Macam tak nak balik.. Next time ada fest macam ni harus pegi lagi..

Sebelum Ayu hantar kami balik singgah jap minum ayaq kelapa.. Tq Aseng & Ayu coz sudi jemput dan hantar kami balik..Ni yang untung ada member dekat dengan rumah.. ^_^ 

piece : kathyjem

11 comments:

Chekgu Azrine said...

Hadoiii..lapo tgok mknn sedap2..

Mila Hilas said...

ingatkan mknn free hahaha

mama tisya said...

meriah mcm2 bole mkn tp ada geng best la kn...raisah pn sronok tu main bubble

kathy jem said...

Chekgu Azrine : mmng sedap2..puas hati sngt2..hehe

kathy jem said...

Mila Hilas : free..hahaha tula ramai ingt food festival tu free..tak la kena bayar..

kathy jem said...

mama tisya : tula dapat pulak geng kaki makan..haha memang syok la..

FadlinaMokhtar said...

Waktu i pegi ,time tu la hujan lebat .sian anak i tak sempat main.huhu

Ein lanabulu said...

syok tengok mcm2 mknan hak tak penah mkn pun ada kt festival ni..unik..

cik mah said...

Seius bestnyer tgok..tgok pun dah best...bnyk mknn best2...

Lieya Von Jay said...

comel nya Raiisah pakai spek gitu :)

^*NaNa*^ said...

baik betul si ayu dan aseng ni ..suka memanjakan raishah ni..untung raishah dpt autie n uncle yg baik.. btw..mmg best kalau dpt mkn smbil beriadah .ank2 pun suka kan bleh lari2..