Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, August 25, 2015

Luang Masa Untuk Family

Nak cerita weekend ari tu..Hari tu teman Affan pergi exhibition di Midvalley..kalau ikutkan malas nak pergi sebab bawak Mekcha faham2 jer la dengan orang ramai kat situ memang akan jadi huru-hara..tapi dah Affan ajak pergi, kena pergi la jawabnya..katanya pergi kejap jer pastu boleh bawak Raiisah jalan2..

Sian Mekcha dah la hari2 dok terperap kat rumah nenek, kat rumah Mummy pon terperap jugak..ok la mummy ngan daddy bawak Raiisah jalan2 okey..bagi anak hepi..Dah nak masuk 3 tahun ni faham2 la budak baya ni..dia punye lasak lain macam..Rasa macam nak suruh Raiisah jadi baby sampai bila2 jer bila teringat kelasakan Raiisah tu..hehehe


Elok nak keluar rumah hujan lebat..Ni kalau dapat tidur syok ni..B takyah pergi Midvalley la balik rumah tidur nak..Memang kena makan penumbuk la jawabnya tanya soalan macam tu..

Sah memang huru-hara masa kat exhibition hari tu..terpaksa cari port nak kasi Raiisah duduk diam..Sian orang kat dalam Hall tu asyik kena siku dengan stroller Raiisah jer..Raiisah pulak tak nak duduk dalam stroller nak berjalan jer kerja dia..Dah la orang ramai..dah satu hal nak kejar dia pulak dalam hall tu..sudahnya lepak kat tepi cermin ni..ada kerusi boleh rileks2 sementara menunggu Affan..

Sementara menunggu Daddy layan la Mekcah jap berposing dengan handbag..lepas dah pakai baju siap pergi dekat alamari ambik handbag silver.."Mummy nak bag"..tu yang bawak handbag tu..kalau ikutkan malas nak bawak, lama2 nanti bukannya dia nak pengang pon mummy jugak yang kena pengang..masa nak keluar dari kereta tu siap bagitau suruh ambikkan handbag dia kat belakang..dah sorok tu dia bolah ingat..

Kawasan luas seronok berlari yer..jenuh terjerit terlolong suruh dia jangan main jauh2..mata kena sentiasa alert..

Haa haa jangan main jauh2..sini!!!! kemain posing siap handbag ke belakang..lagi kita kata sini lagi dia pergi jauh..Lupa nak bawak getah rambut..Dah macam anak hantu kak limah dah aku tengok gambar Raiisah dalam ni..tapi tengok live tak macam anak hantu sangat dalam gambar je macam anak hantu..hahaha


Eeee! geram haku dengan mummy ni..24 jam nak suruh kite posing..Daddy mana?? daddy?? lambat lagi ker??

Ontheway balik baru perasan blusher kat pipi pink sangat..siap marah kat Affan.."B awat tak tegur muka saya ni blusher banyak sangat".. "Laaa bukan awak selalu pakai blusher tebal 10 inci macam ni ker"..Kurang asam! hahaha Tu la dia orang laki bukan nak tegur bini comot ker buruk ker apa..Buat2 tak nampak jer..nyampah tul..

 Amboii dapat minuman masing2 terus senyap membisu..kehausan..

Oderkan Raiisah chicken strips 5 ketui..tak nak makan chicken nak fries..Selalu kalau nampak chicken dia terpaling hepi kali ni tak, maybe dah boring makan ayam kot..

 Banyak fries dia makan..

Aku punye oder fish sandwich..tekak teringin nak makan fish pulak..makan tak abis tapau bawak balik..Affan nak abiskan aku punyer..mana boleh balik kang saya nak sambung makan..tak baik makan tak abis kena simpan dulu..hahaha

Affan macam biaser beef burger..dia la yang teringin nak makan kat Carl's Jr ni..sebulan tak makan burger tak sah..Dia ni kalau dok kat oversea rasanya boleh hidup..yerla hari2 makan burger pon takper..kalau aku tak leh hidup mesti nak ada sambal belacan, ayam masak merah, gulai lemak cili padi.. masakan kampung, benda2 pedas..kalau hari2 melatak burger tak boleh weii boleh jadi kurus aku dok sana..hahaha..Kalau Affan boleh jer..

Bukannya dia nak duduk dalam stroller tu..sekejap jer duduk pastu dah tak nak..kecuali dia nak tidur baru la duduk lama stroller tu..ok dah jom balik..perut dah kenyang mummy nak balik tidur..hehehe

piece : kathyjem
piece : kathyjem

11 comments:

lia ummiirfan said...

amboi mekcah bergaya-gaya dengan handbagnyer itu,l hihi..comell..

Aishah Amin said...

Comelnya la si raiisah tu

Ain Rahman said...

comeynya mekcha. versatile

Riena Razak said...

seronok tengok ank akk, bergaya mcm mummynye juga.. hope sgt2 ank 1st saye ank pompuann best22...

kathy jem said...

lia ummiirfan : dia dah pandai setiap kali nak jalan pakai cantik2 mesti nak bawak handbag..hehehe kalau tak bagi bawak menangis..

kathy jem said...

Aishah Amin : hehehehe timetaceh.. ^_^

kathy jem said...

Ain Rahman : hehehe thank youuuu..mmuah ^_*

kathy jem said...

Riena Razak :amin..akak doakan awk dpt baby girl comel..bnykan baca doa Mariam..In Sha Allah..

PeRdU cINta said...

Kemain comel pulak handbag mekcah..dah la awak tu memang comel..geram tahu tak tengok awak..

intandayani said...

Si Akiko mmg xsuke lgsg dok dlm stroller..stroller dah la gabak

ami ra said...

salam..husband msh di MAS ke?