Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, October 8, 2015

Percutian Singkat Di Ipoh

Hari tu pergi Ipoh kawan Affan kawen..Konon nak konvoi ramai2 la dengan kawan2 kerja Affan..janji pukul 10.30 pagi tunggu kat RnR Rawang, Affan call tanya semua kat mana dah?? sekali tu dia kawan2 Affan semua dah sampai Gopeng..mak aiii janji kol 10.30, kol 10.30 kat Gopeng dah..ni bukan janji melayu, janji cina ni..hahahah gile laju dorang bawak..Ok la Affan pon rileks2 la bawak kereta..Ipoh bukan jauh sangat pon..baru nak kroiihhh kroiih dah sampaii..

Sepanjang perjalanan dipenuhi jerebu..Raiisah elok masuk tol terus tidur sampai ke Jelapang..

Sakit mata tengok jerebu tebal sangat..rasa macam kat New Zealand..New Zealand la sangat!

Marah ni marah..jegil biji mata..

Dah sampai Dewan Medan Gopeng..nak makan nasi minyak..

Perut dah kenyang..nasib nak makan nasi minyak..selalu nak nasi putih jer yang dia nak makan..

Selamat pengantin baru..

Semua ni kawan2 kerja Affan..nampak Raiisah kat mana..cubaan nak pergi kat pelamin la tu..

Berangan nak jadi pengantin..

Pengantin tak rasmi atas pelamin, dia dah rasmikan dulu..jenuh panggil..raiisah sinii sinii..haiyooo anak ku!

Eh eh sempat jelir lidah macam tu..Tak pakai paju kurung sebab lepas tu nak jalan2 bandar Ipoh, malas nak tukar..hehe..

Abis jer kenduri kawen Affan terus checkin hotel..Kami stay satu malam di Golden Roof Hotel, Ipoh..ingat dekat ngan town jauh jugak, tapi takde la jauh sangat ok ok la..

Budak2 masuk hotel ni yang dia capai dulu..Haloooo! halooo!

Rehat sebentar ambik nafas..Jerebu teruk sangat kat Ipoh..ingat KL jer teruk..

Minion kat kek hari tu.. kulu kilir bawak patung minion ni, sampai ke Perak dia bawak..

Daddy ko start dahhhhh..jaga2 Mekcha...

Ingat nak bagi Raiisah tidur dulu sekali dia tak nak tidur pulak..berlari sana sini dalam bilik..Daddy jom la kita jalan2 cari makan apa yang best..buhsan pulak duduk dalam bilik..

Petang tu daddy bawak jalan2 di Gua, Kek Lok Tong..Kat dalam gua ni adalah rumah ibadat bagi kaum cina dan kat dalam tu juga ada taman rekreasi...jom kita tengok..Affan kata, kecik2 dia selalu datang area sini..

Tengah gile kat minion macam tu ler, ke mana saja di bawa..

Sian aku tak pernah masuk gua..first time masuk gua..sedihkan..

Giler cantik batu2 dalam gua ni..

Siapa nak jogging boleh jer kat dalam ni..Raiisah tak turun sebab nampak itik angsa terus tak nak jalan..gedihh haiihh!

Belakang tu toilet..kawasan nak menuju ke toilet pon cantik..

Nak terbang sat!!

Sempat menari tarian mak inang..Raiisah hip hop pulak kat situ..

Lepas nampak tasik jalan depan sikit nampak kawasan hijau2, gunung ganang..sayang ada jerebu jer, kalau tak dah lepak lama kat sini..

Kejut oden, ingat apa..akar kayu giler besar..

Kalau takde jerebu cantik dah pemandangan kat belakang..

Leeeehh diri kat tunggul kayu pon takuit..anak siapa ni tak kenal la..jom b.

Baru nak feeling2 tenang bagi ikan makan sekali itik angsa mai pulakkk..

Menunu itik angsa tu datang kat kiteorang..apa lagi lari laa..kena sondol kang..

Last sekali bagi ikan makan..abiskan saki baki makanan ikan..tak kan nak bawak balik pulakkan..nak bagi kat tasik tadi itik angsa tu pulak kacau..hehehe

Pastu kami basahkan tekak di Chokodok Raggae House Cafe & Backpackers..mula2 ingat kedai ni jual goreng pisang, kuih cekodok ker apa, rupanya nama jer..tijah tertipu..

Menu dia tulis atas kayu jer..sempoi jer, jimat kos..

Gile sempoi kan decoration cafe ni..semua berlatar belakangkan konsep muzik Rock and Roll Bob Marley..

Ni lagi sempoi, tempat duduk guna tin biskut..hehehe suka hati aku jer kan panggil tin biskut kan.. =P

Eh eh ada orang la kat situ..

Nak duduk kat luar pon boleh tapi jerebu dok dalam jer la..

Pekerja kat sini cakap kalau tak penuh ni tourist datang sini tapi sebabkan jerebu tak ramai la yang datang..

Aku oder ice lemon tea..Affan kopi panas..

Raiisah macam biasa tawaf satu cafe...bukannya boleh duduk satu tempat lama2 minah kecik ni..

Stroop strooppppp!!! kehausan..

Apa ni B oder menu breakfast?? hahaha ok la makanan breakfast pon, makanan breakfast la..pon boleh..boleh bagi Raiisah makan sosej tu kan..bijak bijakk.. =P

Japanese homemade dumpling ni tengah famous kat cafe ni..benda baru owner kat sini kata..so mari la kita cuba sedap ke tidak dumpling kat sini..ok la sedap jugak..

Tak abis tawaf lagi ker Mekcha??

Tempat basuh tangan..jangan tercocok muka sudah..hehe

Dah nak balik baru perasan atas tu tempat live band..sempat la kiteorang dengar live band kat sini..

Besok tu pergi Lost World of Tambun..nak bawak Raiisah mandi manda kt situ..dah alang2 ada kat Ipoh, kan..Pagi tu breakfast bawah hotel jer..senang pas makan terus gerak ke Lost World of Tambun..

Tiba2 nak call nenek..tunjuk phone suruh call nenek..Halooo nenek!

Lost World of Tambun ni tak silap aku tiket masuk dalm 50 lebih..lupa pulak sebab yang beli tiket Affan..Raiisah free sebab tak baya2 Raiisah dorang ukur ketinggian..Kanak-kanak yang tinggi lebih 90cm jer kena bayar..nampak tepi kaunter tu..kena ukur kat situ..

Nak bagitau sini tak leh bawak masuk makanan yer, sebelum nak masuk dorang ada buat spotcheck..aku lak lupa pegi bawak roti, memang kena tahan la roti tu..takper balik kang boleh ambik..

Amboii dia punya tak sabar, ia ia oojer..baru rendam kaki dah jerit acaner..

Why jerebu whyy?? time ni la ada jerebu kan..harap2 tak demam la pas ni..kalau demam anak beranak salahkan daddy ko dia yang nak pergi sini sangat kan..hahaha

Tadi beria sangat nak masuk dalam tu..kat situ jer duduk..

Dah penat berendam bagi makan kuih favourite dia, semangkuk kecik tu RM5 hengget..

Naik ni pon best jugak..Affan tanya nak naik tak train tu? eh kuasa la...hahaha

Ececece berani ker nak mandi sorang2 dalam kolam tu..

hahaha tak berani kan..mummy dah tau tahap keberanian Raiisah sampai mana.. kekekeke

Aksi penyu terdampar..

Auww malu kita..

Ada la jugak seketui gambar mummy..dah hujung2 baru ambik gambar..sebab kamera, phone, beg semua tu simpan dalam loker..kang syok mandi hilang semua..nak selamat simpan jer semua barang dalam loker..

Tengah bayangkan Raiisah macam ni..ermmm memang tak boleh bayangkan la..bila Raiisah nak berani macam ni!!! T_T

Nak bawak ke situ pon kena duduk atas daddy dia..kalau tak menjerit lerr...

Mummy dan budak penakuit..

Ok dah jom balik..dah lapar..nak makan nasi Vanggey!

Balik tu sempat mintak patung monkey..beli kan jer la nasib murah yang Raiisah mintak tu..hehehe

Syurga weeiii rendam lama2 dalam kolam..pastu makan nasi Vanggey! memang dalam kereta ZzzzZZ  zzzz jer la.. Ok tu jer cerita percutian kami sekeluarga ke Ipoh, Perak! hehehe

piece : kathyjem

12 comments:

PeRdU cINta said...

comel pulak Raiisah bawa ke mana mana 3 ketol minion tu....hehehe..ni kira intro hadiah Raiisah la ye..hehe..pun seronok..tapi kalau tak jerebu lagi berganda seronoknya..

ahmad fauzan said...

nice...

http://weeklyfixpay.com/?ref=333313

variousfastsolution.blogspot.com

Surahelmee said...

SIS...mane beli baju tunic colour gold tu...cantik

kathy jem said...

PeRdU cINta : tu la nnti hadiah bitrhday dia cari patung minion jer..hehehe

kathy jem said...

Surahelmee : sis beli kat Times Square dear..hehe

Hafiz Hafizol said...

pegi jalan2 ipoh gak mggu lepas .. nak buat entry gak ah kejap lagi hahaha

kathy jem said...

Hafiz Hafizol : hahahaha buat jer..mesti ada orng nk baca.. =P

haniza kadir said...

sis buat la review pasal hotel yang sis duduk tu..

Chekgu Azrine said...

Kathy..baju u pakai tu saiz dia besar..sllu jmpa yg kecik xmuat sy nk pakai...kat times square kt area atas yg jual baju banyak2 tu ye???

LZ - The Blog Owner said...

Assalamualaikum Kathy,

Walau pun percutian singkat, tapi jadual padat macam dirancang.
Suka baca entry Kathy sebab foto trail dia jelas so dapat imagine suasana tu.. By the way, terliur tengok dumpling tu tau..

Mrs Little Voice said...

pandainya Raiisah bergaya

MalaysiaBus said...

Terima kasih atas info. Kalau selalu travel menggunakan bas atau KTM/ETS, boleh cuba tempah tiket awal dengan mudah di www.malaysiabus.com. Ada pelbagai jenis bas dan meliputi banyak laluan serata Malaysia.