Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, November 17, 2015

Bila Bawak MekCha Shopping di Sogo KL

Hajat nak bawak Raiisah shopping di Sogo dah terlaksana sudehhh..Sajer bawak dia jalan2 kat Sogo..memang ambik cuti hari tu semata-mata nak bagi dia berhibur..Sian asyik duk rumah je sejak jerebu melanda kat Malaysia ni..lagi pon dah lama tak jalan2 kat Sogo..Dengar kata Sogo dah naik taraf bahagian kanak-kanak dan banyak pilihan baju untuk anak-anak..Tu yang nak terjah tu..

Tengahari sebelum sampai Sogo kitaorang lunch dulu kat Sambal Hijau then terus gerak pergi Sogo...Mummy Ayu pon ada sekali..Ambik Ayu kat rumah dia sampai jer Sogo, tu dia parking penuh tapi alhamdulillah kiteorang pusing seround dua round ada kereta keluar..nasib baik rezeki dapat parking kalau tak jenuh jugak nak tunggu walaupon hari weekdays..

Bahagian kanak-kanak di Sogo ni terletak di tingkat 4, senang je nak cari.. Tengok je papan kenyataan yang ada tulis 4F Children's World, tu la tempat dia..

Pencinta Hello Kitty..nampak Hello Kitty terus mummy Halo Titi..hehehe Suke dia nampak Hello Kitty..Kalau ingat balik first sambut birthday dia guna konsep Hello Kitty la..masa tu genap setahun umur Raiisah, dia tak tau apa sangat masa tu..Ce sekang sambut besday guna konsep Hello Kitty mau tersengeh2 sampai ke telinga dia punya suka..

Duduk dalam stroller tak nak so bila bagi jalan nak berlari sana sini pulak..dah besar ni memang tak nak duduk dalam stroller..ada pekerja Sogo tu perasan Raiisah jenis takleh dok diam..Akak nah bagi name tag kat anak akak bagi dia pakai..kalau apa2 boleh tau nama or contact nombor akak..sekarang ni kan macam2 kes kan, kita just berhati-hati jer la..

Baru nak start shopping Raiisah popo pulakkk.. Makan kuat Mekcha ni popo pon kuat..2 kali kot dia popo hari tu..tengah sedap nak pilih baju untuk dia boleh pulak "Mamiiii berakkk" muka kerut2 tahan berak..ha berak lagi kang tadi dah yakk..haiyooo Mekcha..eh tercerita popo pulak.. =P

Ni kali ke dua Raiisah popo pas ni jangan popo lagi tau..amboii siap warning kat anak ni jangan popo tu..yerla stress mak ko baru nak happy pilih baju terbantut dengar perkataan 'beyak' tu..dia peduli apa nak popo popo jugak walaupon dah bagi warning..hahaha

Ruang yang selesa dan besar baby room kat Sogo ni..tempat untuk menyusukan bayi pon banyak dan selesa sangat..

Ruang menunggu..

Dah selesai segala hajat Raiisah tu marila kita sambung menyopping..

Ermmmm nak pilih baju mana ni untuk Raiisah???..Rambang mata pulak nak pilih baju kat Trudy & Teddy..kalau beli 5 helai ke atas dapat 30%..Wow!!! terus juling2 mata dengar 30%..kekeke

Raiisah mana cantik?? yang pink ker or white??

Sampai pejam2 mata mummy pilih baju ko Raiisah..hahaha

Eh eh ada piano tekan guna kaki la..hehehe kemain suka Raiisah sampai tak nak balik nak main kat situ jer..ada pulak geng lagi la dia suka..

Raiisah cantik tak dress Seed ni?? simple jer kan mummy suka la..Raiisah suka tak??

Cewah dia pon tunduk sekali tengok..suka ke tak tu?? Bahagian kanak-kanak dan baby paling syok kalau pergi shopping kat Sogo ni sebab banyak barangan jenama macam baju, kasut, stroller, pakaian untuk sekolah, pakaian bayi, mainan semua kat satu floor..senang takyah naik turun lif semua ada kat situ..Harganya berpatutan dan memang berbaloi pulak tu..ish memang nak datang je la kat Sogo lain kali kalau nak beli baju Mekcha ni..hehehehe

Mummy nak bagi Raiisah try dress Seed munga2 belakang tu la..No noo geleng kepala tak nak..Sekali ada sorang pekerja Sogo tu bawak jumpsuit tunjuk kat Raiisah..terus anguk2 kepala nak pakai.. Yang tak boleh la siap pegang jumpsuits tu bawa ke fitting room..hahaha Amboiii kecik2 dah ada taste sendiri..mummy punye taste tak pandang yer..

Ok la at least dia nak try pakai baju yang dia pilih tu..syok jugak dapat main test2 baju dengan Raiisah..hahaha

Pakai kasut..jom tengok sesuai ke tak baju Raiisah pilih ni..

Ta daaaa baju jumpsuit pilihan Raiisah..colour oren..

Eh eh kemain posing ke belakang sambil angkat kaki..perasaan cantik la tu..

Banyak sangat nak beli kejap kang ambik kejap kang letak balik..pening nak pilih baju2 kat Sogo ni tau..hahaha Last2 tak boleh jadi ni kalau ikut nafsu shopping mummy ko ni satu Sogo mummy ko nak ambik..hahaha Ok cukup penuh satu bag tu jer..Pergi pulak time sale faham2 jer la kat Sogo ni dia punya sale kow2 dia bagi..Sebab tu pergi hari weekdays boleh shopping dengan tenang..Dah hujung2 tahun ni sayang pulak tak pakai cuti yang ada ni..

Mummy nak ni..jenuh explain, ni tak boleh ambik sayanggg..ni bukan mainan Raiisah..nangis2 nak jugak..suka nak jugak benda tu sebab bentuk kepala Mickey Mouse..dia ingat mainan la tu..

Raiisah dan mummy..

Mummy shimpan..haa ok kita simpan nanti kita bayar okey..tapi bila sampai kaunter tak bayar..sampai rumah dia tanya mana Mickey mouse dia..hahaha Mummy ingat Raiisah lupa rupanya dia ingat Mickey Mouse yang dia simpan tu..hahaha..Mummy tak ambik la sayang tu untuk letak garam ker apa tah tu..tu yang ambik..

Mummy Frozen..ye Frozen..Dulu hari2 ni la awk dok ulang tengok 80 juta kali..sekarang kartun Minion pulak..Nanti kita cari Minion okey sayang..

Nak bagi Raiisah berhibur jap bawak dia main kat taman permainan tertutup kat tingkat 4 yang berkonsepkan Safari..Ruang tempat ambil gambar berkonsepkan Disney Princess dan paling best tempat ni adalah pertama di Malaysia yang menyediakan taman permainan dalam shopping mall..

Ruang selesa untuk anak2 bermain..

Hello Kitty! vromm vrommm!!!!

Eh eh mummy pulak yang over..acah2 main jer..

Raiisah! Daddy call tanya best tak shopping hari ni..hehehe

Dah kenapa mummy terjegat kat situ..

Mana leh makan kat dalam tu Raiisah..kena makan cookies kat sini..

Haa macam tu la makan duduk diam atas tu..jenuh pujuk..huhuhu

Thank you mummy Ayu teman Raiisah shopping baju..

Eh eh joget pulak dia..

Dah selesai shopping kat Sogo..jom balik..

Tunggu sat naaa mummy nak bayar baju beli tadi..

Sebelum balik isi perut jap kat McD..Kotak underwear princess tu pon boleh jadi bahan mainan Mekcha..hahaha

Hasil rembatan di Children's World Sogo! Paling best beli baju kat Trudy & Teddy dapat bantal free..hehehe Saje shopping lebih sikit untuk Raiisah..boleh simpan sikit baju Raya tahun depan..kekeke amboiii dah siap fikir baju untuk raya sekali ni..hahaha Paling banyak ambik dress..tah mata aku asyik tumpu kat dress jer..

Terima kasih klsogo.com.my memberi layanan mesra kepada kami petang tu..

piece : kathyjem

7 comments:

PeRdU cINta said...

yeyy...mummy belanja Mekchah baju banyak..alhamdulillah..cantik cantik semuanya..handbag coet tak de ke mummy untuk Mekchah..

Yana Libra said...

banyaknya shopping :)

lebat rambut dia ye..

mairah mairah said...

comelnya la mekcha ni..

kathy jem said...

PeRdU cINta : tula lupa nak beli handbag utk dia..dok kalut cari baju jer..hahaha

kathy jem said...

Yana Libra : tu la rambut die lambat sangat..tunggu masa nak potong je..hehe

kathy jem said...

mairah mairah : hehehe mekasehhhh.. ^_^

sharizal bin abu bakar said...

Tq.. Sgt membantu... 1st time dtg kl. Wife nak shoping kat sogo.. Anak2 mengamuk... Google jumpa playground kanak2 dlm blog ni.. Terus bawa budak2 main sini.. Wife pun happy shoping.. Huhu