Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, November 26, 2015

Lihat Dunia Berubah Depan Mata!

Hari tu dapat jemputan ke Pameran Minda "ILLUSION - Nothing Is As It Seems di Petrosains, KLCC..Apa yang menarik kat pemeran ILLUSION ni?

Korang percaya tak deria yang ada pada korang sekarang ni?? Percaya tak dengan apa yang dilihat oleh mata korang sekarang ni? Ni la dia "ILLUSION - Nothing Is As It Seems iaitu pameran mempengaruhi minda sehingga melahirkan halusinasi untuk memperdayakan kita untuk tempoh yang terhad..Pameran ni mengabungkan deria2 yang ada dekat kita dan mempertimbagkan cara otak berfikir..

Pameran ni adalah yang pertama di Asia tau..Pameran ni juga satu penerapan persepsi bagi menerokai ke dalam minda manusia, mengabungkan sains dan seni untuk memperdayakan pengunjung yang datang melalui ilusi optik, perseptual dan audio..

Bersama Yuyu..Yuyu pon ada event hari tu..Ni kali ke dua jumpa Yuyu..First time jumpa masa open house Nuffnang last year..Comel sangat Yuyu ni..geram rasa nak cubit!

Emcee hari tu Juliana Evens..

"Pameran ILLUSION ini dan juga aktiviti lain yang dianjurkan oleh Petrosains, bertujuan untuk memupuk masyarakat yang lebih berpengetahuan terutama dalam bidang sains di kalangan generasi masa hadapan Malaysia. Kami melaksanakan ini dengan memberikan pembelajaran sains secara menarik, informal dan bersesuaian. ILLUSION ini juga merupakan satu platform untuk kami menjadikan sains sesuatu yang menarik dan boleh memberikan kesan yang mendalam. ILLUSION mempersembahkan sains dari sudut seni dan psikologi. Seni sentiasa mengunjurkan kemampuan yang tidak dapat disangkal untuk memupuk minat dalama masyarakat, dan kini dengan campuran elemen tipu-helah psikologi, ILLUSION juga berfungsi sebagai daya penarik pengunjung terhadap subjek sains." kata Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim.

Gimik pelancaran sudah bermula..Masa pelancaran tu terkejut tiba2 da ramai orang berdiri belakang kami, ingat dorang nak buat apa berdiri macam tu, rupanya dorang nak menyanyi..kira masa gimik pelancaran tu  suara dorang ganti dengan lagu la..Sedap & merdu tenik nyanyian koir dorang persembahkan..

Pameran tu jugak turut dirasmikan oleh Duta Ireland ke Malaysia, Eamon Hickey..Pameran ini menampilkan lebih daripada 15 bahan pameran yang akan melencongkan deria dan membingungkan pemikiran secara logik..Pameran hasil kurator ahli psikologi dan penulis Richard Wiesman dan penyelidikan oleh ahli silap mata dan escapologi Paul Gleeson dan dicipta oleh Galeri Sains di Trinity College, Dublin..Dalam pameran ni menawarkan pelbagai karya seni yang memaparkan pelbagai ilusi..

Mula2 tengok apa la bentuk kepala banyak2 ni..hehehe
Ok kena tengok dari depan..

Oooo okkkk bentuk muka orang rupanya..cool giler kan..aku mula2 tengok apa la bentuk kepala banyak2 ni..kekeke

Eeee pepijat merayap..mula2 tengok geli geleman..Benda ni di panggil Delicate Boundaries..

Bila sentuh pepijat tu, pepejiat tu bergerak ke arah titik sentuhan..Pepijat ni macam seolah-olah nak keluar dari skrin tu..

Korang rasa boleh ke percaya deria yang ada dekat korang sekarang ni?? Percaya tak apa yang dilihat oleh mata korang?? Adakah fikiran korang dibayangi muslihat?? Ye, ni la yang aku tengah alami sekarang ni, pepijat meraya atas tangan..huhuhu geliiii...

Ni namanya Moire Matrix : Inflation..Apa yang selalu kita lihat selalu berbeza daripada realiti apa yang kita perhatikan.. Macam atas ni ha mesti korang fikir apa benda bulat ni kan..kaca ker?? plastik ker?? sebenarnya benda tu adalah arca yang mengandungi kobalt oksida dan kaca bertindak balas secara kimia dan menghasilkan kesan organik..Buih-buih mengembang sehingga kelihatan terpisah dari corak asal dan menyerlahkan lagi susunan garisan dan kesan optik daripada bentuk melenkung..
bila kita tengok sudut lain nampak macam buih tu ada banyak kan..tapi sebenarnya tak pon buih tu sikit bahagian atas tu jer..faham ke idak aku explain..hahaha..korang kena tengok sendiri..baru korang akan faham apa yang aku explain ni..hehe

Bila padang sudut macam ni buih tu nampak memanjangkan..

Pastu kami try masuk kedai salon rambut pulak..nak gunting rambut jap..eh!

Cantik pulak cermin salon rambut ni..rasa nak rembat bawa balik..hahaha

Bila pakai headphones dengar sebiji macam suasana kat salon rambut..macam ia2 jer rambut kita kena potong, siap bunyi gunting & hair dryer lagi..hahaha Aku sampai elak2 kepala rasa macam eh eh eh nak gunting rambut aku ke apa ni..hahaha Besttttt!!! Kena try Virtual Barbershop ni okey..

Eh eh macam mana magic wand tu boleh nak naik dengan sendiri..?? padahal science communicator tu pegang macam tu jer..pelik ni??

Jom kita masuk dalam lubang ni Yuyu..hehehe

Mula2 ingat ada burung dalam sangkar tu..rupanya bunyi jer kat dalam sangkar tu..ia ia jer tercari, mana burung ni??

Kalau kita berdiri tegak kat tengah2 sangkar burung tu kita akan dengar macam2 bunyi sebenarnya..tapi hari tu tak berapa dengar sangat apakah bunyi yang dikatakan macam2 bunyi tu..

a
Cool giler tengok nombor huruf bersusun macam tu..

Sekali tengok, laaa kaca kiri kanan rupanya..huruf semua tu cuma pantulan dari atas tu jer rupanya..dan ada sebiji botol kat tengah2 tu..

Ni pulak Typographic Organism.. Bentuk terapung ni sebenarnya nampak macam bergerak-gerak seakan-akan organisma kecil..Campuran antara huruf ni melambangkan adunan semantik bahasa dan pergerakan..

Ni lagi tak masuk akal Bottle Magic ni..macam mana kasut sebesar tu boleh muat masuk mulut botol kaca tu?? korang rasa macam mana dorang masukkan?? cer fikir jap..ermmmm tak dapatkan jawapan, kan..aku rasa dorang sumbat2kan kasut tu sikit2 kot dalam botol kaca tu..hehehe suka2 je aku bagi jawapan macam tu kan..dan paling tak boleh fikir..macam mana pulak la kunci mangga tu boleh masuk dalam botol kaca tu?? cairkan kunci tu ker?? belahkan kunci tu ker then sambungkan dalam botol tu..eh pening la nak dapat jawapan dia..hahaha

Ni pulak Cubes yang dicipta oleh Jennifer Townley.. Cubes ni adalah satu arca seni mekanikal berasaskan corak geometri "diamond" yang menghasilkan ilusi optik enam kiub..Sebenarnya, setiap kiub ni hanya terdiri daripada tiga bentuk "diamond" berkumpulan jer..Arca ni menggunakan teknik transformasi pergerakan dan motor dalam mesin dan gabungan antara pelbagai mekanisme bebas, bagi meneroka bagaimana otak kita memahami pergerakan berulang-ulang..

Puas hatikan Yuyu tengok pameran ILLUSION dekat Petrosains ni kan..macam2 deria kita melihat, merasa, berfikir dan memahami dunia sains, kan..best sangat enjoy jer dalam pameran tu..nanti nak bawak suami pulak datang sini..dia mesti suka benda2 Illusi ni..

Datangla dan alami banyak lagi pekara menakjubkan dalam  ILLUSION kat Petrosains ni..Pameran ni korang kena wajib datang, sebab sangat berbaloi..



Petrosains, The Discovery Centre
Aras 4, Suria KLCC, Menara Berkembar PETRONAS,
50088 Kuala Lumpur.
Tel : +60 (3) 2331 8181
Faks : +60 (3) 2331 2121
Email : infopetrosains@com.my
Website : www.petrosains.com.my



piece : kathyjem

Tuesday, November 24, 2015

Cafe Rendah Lemak!

Balik kerja tu Yana ajak mengopi..Petang tu hujan, jalan nak masuk ke Sri Hartamas jem..nasib dari office tak jauh sangat..Pelan nak mengopi kat Coffea Coffee sebenarnya..bila sampai ubah plan..Yana kata ada tempat best untuk mengopi..Kat mana tu? Alaa sebelah office Nyah jer..Menapak la aku ngan Yana hujan2 tu dengan kasut tumit tinggi terkedek-kedek..jangan besok demam sudah..haha Sampai2 ooo di sini rupanya..memang dekat sangat pon dengan office Nyah.. (Nyah tu kakak Yana)..Dulu selalu lepak office Nyah kat Sri Hartamas ni..so tau la jugak area sini..

Takde orang pon..syok lepak lama2 kat sini..

Calories cafe @ Desa Sri Hartamas..Pakai Waze je nak datang sini senang..

Bersama Mak Buyung aka Yana..hehehe

Kebanyakkan makanan kat sini semua rendah lemak..hahaha so siapa yang kaki diet boleh makan kat sini..menu dia boleh tahan, ok jugak aku tengok..

Dessert yang ada kat Calories Cafe..

Yana oder hot tea dan saya hazelnut latte..hujan2 dapat minum latte mengancam jiwa betul.

Boley kat tempat kiteorang duduk ni ada belon..apa lagi melaram dengan belon la kejap..

Happy birthday manjer..hari tu kan tak celebrate besday ko..acah2 celebrate pon boleh kan..hahaha

We are having so much fun! tibe2 sangat pegang belon boleh bergumbira..sesuatu sangatttt.

Nah nak diet sangatkan..ambik! makan ni jer..hahaha Eh kenyang tau makan macam ni..nama dia waffle sandwich..sedap suka style masak macam ni..taruk sos cili baru layan..

Yana lagi diet makan garlic bread je..hahaha tak la gile Yana diet..tu anak dalam perut kelaparan nanti..Yana kenyang lagi nak makan light2 je..

Ni sajer..Jom makan!

Calories KL Cafe
AG-08, Galeria Heights,
Desa Sri Hartamas,
Kuala Lumpur.
Mon-Sat, 10 am-7pm

piece : kathyjem

Monday, November 23, 2015

Gincu Hantu!

Hi semua..cantik tak gincu kita..macam hantu, takutkan..hahaha punya lama nak pakai colour lipstik macam ni dapat jugak..mula2 tengok Neelofa pakai dalam Meletop..cantik betul lipstik dia pakai..harus la akak pon nak cuba, nak cantik macam Neelofa jugak..walaupon tahu muka saya jauh panggang dari api..sob sob..Neelofa kot dia tu pakai apa pon semua cantik..gincu colour hitam pon nampak cantik..hahaha


Jumaat ari tu dah sampai lipstik ni kat office tapi MC tak sihat..pagi ni masuk ofis baru dapat tengok colour2 yang oder hari tu..happy bangat! Yana ngan Eira pon oder sekali..tapi si Eira tu dah oder colour2 yang lain pon nak oder lagi, sajer nak tambah koleksi katanya..amboii semua colour ko borong kan..pakai ke semua tu..hahaha..aku rasa semua colour ko ada ada kan Eira..Kalau ko meniaga laku ni Eira.. =P

Hari tu ada cari2 kat Sephora brand NYX jenis colour macam ni tapi tak jumpa jenis Matte, yang ada jenis kilat-kilat..tak suka lipstik kilat-kilat sebab lepas macam makan minum mesti hilang and tak tahan lama..pastu nak touchup balik maleh..kalau boleh nak pakai sehari sekali jer..hahaha

Pagi tadi saje pakai colour black currant ni kat office semua tegur.. 'Hoii Kat ko ke tu? terkejut aku ingat hantu mana??'..'Kat bibir ko dah kenapa gelap, ko sakit ker'.. 'Kat pergi la tukar colour gincu ko tu, dah macam manusia apa jer akak tengok'..haaa ko satu office komen aku punye colour lipstik ni..hahaha yerla mana pernah masuk office pakai colour gelap macam ni..semua pon terkejut la..ingat hantu mana..

Suka LA Girl Matte ni sebab jenis lembab, tak melekat kat cawan, tak kering and tahan lama..Lepas pakai smooth cantik jer..lap pakai tisu pon tak hilang..seketui baru rm27 hengget! Thank you Eira memperkenalkan lipstik ni dekat aku dengan Yana..besok aku bawak naa..

piece : kathyjem

Thursday, November 19, 2015

Garage 51 & Karok w Manjer's

Halooo!! Selamat pagi!!! Ceria2 sikit pagi ni..Plan nak karaoke dengan manjers akhirnya menjadi jugak setelah berminggu-minggu postpone..yang tak boleh bla malam sebelum nak tido nerves pulak hati ni nak karok dengan manjers..kakaka nervous dia macam nak buat persembahan depan tetamu gitew..padahal dengan geng manjers je kot..hello karaoke jer kot poyo nervous dah kenapa..bukan apa excited nak jumpa dengan manjers sebenarnya..hehehe lama tak hangout macam ni.. =D

Geng manjers beraksi kembali..hahaha ayat poyo sangat..

Masa kiteorang sampai tak ramai sangat orang..kat bahagian bawak semua penuh yang ada bahagian atas..tapi susah la nak naik turun tangga, Yana kan pregnant..so kiteorang decide nak makan kat bawah..tengok ada sorang dua couple dah nak abis makan..takper la kiteorang tunggu couple tu bla nanti dok situ..

Dah lama mengidam minum kat Garage 51 ni..minuman ni tengah viral..mesti la kena try orang kata sedap minuman kat sini..Restoran Coffee Societe ni bukan kat Sunway jer, kat Publika, Damansara pon ada jugak..Tapi nak datang sini korang kena car pool sebab kat sini nak cari parking punya azab..Restoran Garage 51 ni dekat dengan bengkel kereta..satu bengkel jer dah ambik 2 3 parking..celah mana pulak nak dapat parking kosong..memang susah la jawabnya..tu pon aku park kat belakang bengkel..Berdoa2 aku Yana ngan Eira nak dapat parking kosong..hahaha

Nah tengok menu2 dia..harga ok2 sajor..

Menci tulll menu takde gambar ni..stress betul nak oder... *sambil jebek mulut

Makanan kat sini tak banyak pilihan sangat..

Yana pernah datang sini so dia tau la mana makanan minuman yang best..Manjer suggest mana yang terpaling sedap!!

Aku oder Nutella With Hints of Hazelnut Awesomeness RM18.90..

 Yana oder Refreshing Green Tea with Natural Honey Sweetness RM18.90..

Minuman sampai dulu..

Eira oder coffee..nak minum air panas katanya..

Pekerja kat sini cakap yang ni paling ramai orang oder dan sedap..so Eira ambik la yang ini..Awesome Garage Breakfast 2.0 RM26..Yana pon pernah makan ni dia pon kata sedap..

Yana pulak oder Morning Sunshine RM20..Makanan sihat betul Yana punya ni..hahah Rasa2 siapa yang tengah diet takut lemak bersuka ria dalam badan tu boleh makan yang Yana oder ni..

Ni saya punye Messy Garage Pancake w Bacon RM17..hoii sedap pancake dia..joget hip hop makan pancake dia tau..

Puas hati la makan kat sini..semua sedap dan paling sesedap sangatttt ofcoz minuman dia la kan dannn service dia pon tip top laju berdesup..ada orang cakap service kat sini slow..kiteorang ok jer laju jer..hehehe..akak Kathy bagi 4 bintang!

Pose wajib depan makanan harus ada..

Selera mak buyung makin menjadi-jadi..awal2 prengnant makan tak lalu sangat..Alhamdulillah dah masuk 2nd trimester baru ada selera makan..Yana cakap masa mula2 pregnant tak lalu makan sampai berat badan turun banyak..

Makan ni kenyang sampai ke petang..

Bila tengok gambar kami bertiga ni tak sangka persahabatan kami bertiga utuh sampai sekarang..Alhamdulillah..

Mula2 ingat injection tu sekadar perhiasan jer..rupa2 nya ada fungsi la benda tu..dalam tu ada honey..oo benda alah tu kena picit ke?? hahaha baru ku tahu..Suka hati ko jer Kathy panggil injection..kampung sangat ayat tu..Picagari la..kekeke Dalam minuman picagari tu ada susu..so sebelum nak minum picit la picagari tu..

Masa kiteorang dah nak abis makan..bersusun orang kat luar menunggu..nasib kiteorang datang awal sikit..datang petang2 confirm beratuq macam ular..so aku nasihat kat korang nak datang sini sila la datang awal2 ok..lagi2 nak pergi waktu weekend..rasanya pergi weekdays ok sikit kot tak ramai orang sangat..

Disebabkan luar restoran ni sangat berseni harus la posing pon berseni..eh seni ker?? hahaha

Seni la sangat..Yana! jap nak tengok perut tu mana?? nyorok ekkkk..

Kakaka..ingat balik kat sini tak boleh bla..aku beria-ia dok dalam tu...Eira kemain no no no tak nak..nak bergambor kat luar jer..takde manjer ko kena posing jugak dalam kereta merah ni teman aku..lantak orang nak pandang, pandang kamera jer..hahaha

Pasrah jer Eira dok melayan kawan dia yang senget lagi sengal ni..

Senget2 pon kawan ko jugak Eira..hahaha

Sekali sekala pose ala2 cover majalah Hijabista gitechewww..Cantik pulak gambar Yana ambik ni..Bayangkan perut memboyot tu Yana boleh baring terlentang nak ambik angle menarik punya pasal..hahaha Ok tipu.. =P

Mak buyung pulak nak posing sepam dua..Manjer seronok pulak guna perkataan Mak Buyung kat ko..hahaha..dulu ko selalu guna perkataan ni kat aku masa aku pregnant kan..sampai sekarang macam tak percaya Yana dah pregnant..yerla penantian selama 4 tahun tau.. T_T


Dah penat melayan kerenah tuan belog, jom karaoke pulak..Kiteorang karok kat dalam Sunway Pyramid sebelah jer..

Garage 51 by Coffee Societe, Bandar Sunway..Lokasi di depan Universiti Sunway..

Alamat : 51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway , Subang Jaya Selangor..
Masa operasi : 11.00pagi-11.00malam..
No. tel : 03-5612 5618

Eira memang dah park kereta kat dalam Sunway Pyramid..Sebelum nak datang ke Garage 51 Coffee aku ambik dia dulu..Yana aku ambik dia kat rumah..

Tengah tunggu Eira tanya  bilik karaoke masih ada kekosongan ker tak..aku ngan Yana tunggu sajer di sini..

Apa ni tengah syok2 nak pilih lagu nampak pulak artis ni..artis ker?? hahaha

Cepat pilih lagu..dah janji kan tak nak ambik lagu2 lama semua kena lnyanyi lagu2 baru..hahaha Last2 lagu lama jugak jadi pilihan..Yana mana list ko yang beria kata dah buat senarai lagu semua tu..tak nampak pon..hahaha

Kemain fefeeling suara Dayang Nurhafizah..padahal suara jantan versi perempuan yang keluar..ye suara akak memang tak sedap dik...kalau adik dengar boleh pengsan 3 hari  2 malam tau..

Kesayangan Kathyjem..

Lama kite tak karok bertiga kan..rasanya 2014 kot akita karok bertiga..uihh lama tu ..

Eira & Yana : ko Kathyyy kemain pilih lagu semua nak high note..pastu ke laut semuanya..kekeke

Suara kalau sedap macam Hanis (kawan office) takper gak.. =P

Alunan suara maintain manjer cuma mengah2 tu ada kedengaran sikit..hehehe

Tu dia Eira punye feel..sampai pejam2 mata..

Tukang menyibuk..

Tengok Siti Nordiana ngan Lan Kristal nyanyi Memori Berkasih kat Gegar Vaganza hari tu terus nak nyanyi lagu ni..best gile nana bawak lagu ni kan..meremang-remang bulu roma dengan dia nyanyi..beza betul vokal nana sekarang dengan 8 tahun lepas..

Ok Yana tarikk jangan tak tarik..

Eira pulak cemonnnnn lagi manjer lagiiii!! hahaha Jangan tercabut kepala mic tu sudah manjer..eh pernah terjadi tau..

Penat berkaraoke sambung shooping pulak..al kisah nak teman Eira cari kasut untuk Keisha dan barang Ciput..ternampak pulak Kitschen..Yana nak cari dress..dah tershopping sekali..

 Haa sumbat 3 orang sekali..pastu laga2 bontot..hahaha

Tiga2 nak baju ni..Eira ngan Yana jer try aku malas..tengok Eira pakai cun ok ambik terus..murah 49 hengget..tapi aku ambik hitam sekali..hehehe dari tak nak shopping kan terbeli jugak..

Penat shopping Mak buyung lapar pulak..bukan mak buyung jer yg lapar aku pon lapar jugak..

 Yana oder mee kari..

 Eira kenyang lagi katanya..dia oder roti bakar..

Aku oder kwetiau kari tapi takde rupa kari pon..ni kwetiau kicap..apa2 la makan jer janji kenyang..

Dalam kereta sempat lagi Eira meniaga..hahaha..Tak la kiteorang memang dah suruh Eira bawak tudung nak beli dengan serum Seqybeauty..Tq manjer..

piece : kathyejm