Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, March 19, 2014

Latih Anak Berus Gigi

Penjagaan gigi haruslah bermula seusia 6 bulan.. Macam Raiisah tumbuh jer gigi terus laju-laju aku pi gosok gigi die..hahaha Masa baby tu just tenyeh-tenyeh manja kat gigi tu supaya plak tak melekat kat gigi.. Gigi kanak-kanak akan tumbuh semua pada usia 3 tahun yang di panggil gigi susu.. Masa tu la kite nak kena jaga betul-betul..

Mana yang baby minum susu botol lagi digalakkan memberus gigi sebab lama-lama gigi boley jadi reput akibat daripada meminum susu, susu formula atau jus dalam tempoh masa yang lama..

Macam Raiisah memang aku dah ajar dari awal bagi die biase gosok gigi.. Die ni pulak jenis cepat tumbuh gigi.. Masuk 8 bulan gigi dah ada 6 batang.. Acaner.. Masuk setahun gigi dah penuh.. Gigi geraham atas bawah dah tumbuh.. Cepatkan.. Sebab tu die kalo makan seboleh nak sumbat segala benda dalam mulut tu pastu kunyah perlahan-lahan telan..hehehe Satu dua hari kalo tak digosok cepat jer plak-plak tu tumbuh.. Takleh dibiar lama-lama rongak pulak gigi Raiisah nanti..hehehe

Lihat la gigi saya sebelum digosok...

Saya kan kuat makan jadi saya kena berus gigi pagi dan sebelum tido.. Kadang-kadang saya terlajak jugak nak berus gigi waktu malam sebab mummy pon selalu lupe.. Acaner tu mummy..???? hehehe Takper yang penting pagi tu wajib kena berus gigi..

Beria gosok ni bukan gosok sangat pon die gigit2 berus gigi tu..hahaha.. Slow-slow aku ajar die macam mane nak gosok gigi and nak buang ubat gigi dari mulut, walaupon kadang2 die tertelan ubat gigi tu yerla manis2 kan mestilah die nak telan..

Pagi sekali sebelum tido sekali wajib gosok gigi.. Sehari tak gosok pitam aku bau mulut die.. hahaha Yerla dah makan macam-macam kalo masa baby tu ok la setakat menyusu jer..

Ni la ubat gigi Raiisah pakai dari die umur 6 bulan sampai sekarang masih lagi setia bersama Kodomo Lion..hehe


Penjagaan Gigi Dengan Berus Gigi Yang Lembut

Pertumbuhan gigi
Kebanyakan bayi mula tumbuh gigi sekitar usia enam bulan.. Ada sesetengah bayi tumbuh gigi seawal usia empat bulan dan ada juga yang tumbuh gigi pertama selepas berumur setahun.. Macam Raiisah umur 5 bulan dah tumbuh gigi.. Cepatkan.. Biasanya bila anak genap usia dua tahun set gigi susu akan tumbuh dengan lengkap.

Penjagaan gigi
Penjagaan gigi anak haruslah dimulakan sejak bayi lagi.. Apabila si manja mula tumbuh gigi pertama, korang boleh menggosok gigi seperti biase kalo boley hari2 lagi bagus.. Gunakan berus khusus untuk bayi atau tuala untuk menggosok gusi dan tunggul gigi pertamanya.. Ibu bapa haru tahu cara mengajar anak mengosok gigi sejal kecil lagi.. Tabiat menggosok gigi sejak kecil akan membuatkan anak terbiasa dengan rutin tersebut sehingga dewasa..

Pemilihan ubat gigi
Ubat gigi dan berus gigi memainkan peranan penting dalam penjagaan gigi kanak-kanak.. Ubat gigi Kodomo mengandungi 500ppm fluorida yang dibenarkan dan sesuai untuk kanak-kanak.
Fluorida membantu menguatkan gigi, mengelakkan pengeluaran asid oleh bakteria dalam plak daripada melebur atau demineral..

Selain itu ubat gigi Kodomo juga mengandungi 5% Xylitol (anti ejen kaviti) dan ia berfungsi menghalang pembentukan awal kaviti pada gigi susu..  Bahan ini mengurangkan pengumpulan plak pada gigi susu.

Formula Kodomo dengan Fluorida+Xylitol lebih berkesan untuk mengembalikan mineral berbanding formula lain. Selain itu ia adalah tanpa gula dengan pelbagai pilihan perisa buah-buahan yang menarik seperti strawberi, oren, anggur dan epal yang di gemari oleh kanak-kanak.. Raiisah paling suke oren tapi hari tu beli oren dah abis beli yang perisa anggur pon sedap jugak...

Pemilihan berus gigi
Berus gigi Kodomo direka khas berdasarkan tahap pertumbuhan gigi kanak-kanak, dari usia enam bulan hingga 12 tahun. Terdapat empat jenis berus gigi mengikut empat tahap usia kanak-kanak iaitu
a.      6 bulan hingga 3 tahun (Gigi Bayi)
b.      3 hingga 6 tahun (Gigi Susu)
c.       6 hingga 9 tahun (Gigi Campuran)
d.      9 hingga 12 tahun (Gigi Kekal)

Berus gigi Kodomo Lion dilengkapi berus yang lembut bagi memastikan gusi si manja dijaga dengan baik dan boleh membersih gigi dengan berkesan..

Nampak gigi saya sudah berkilat.. hekhekhek..... Eh tu muke tak mandi lagi tu..hewhewhew..

piece : kathyjem

16 comments:

Unknown said...

hahhaha..raishah boleh jadi model ubat gigi..

kathy jem said...

Zee Suhaini : hahaha model makan ubat gigi boley..kekeke

salwana nordin @ che'wa said...

elleehhhh...comeinya raisah :)

comei sgt!

mila said...

Ank sy sd 4btg gg...2 bwh 2 ats..ptt x gosok gg ye?

mila said...

Ank sy sd 4btg gg...2 bwh 2 ats..ptt x gosok gg ye?

kathy jem said...

Mama Safiy Arfan : dah boley start gosok gigi..beli jenis berus gigi yg lembut ataupon pakai tuala basah pon boley..

PetakBunga said...

gosok gtu je g anak..
naak masuk 8bulan..dgn 2 btg gg

kathy jem said...

Petak Bunga : boley jer just gosok ngn kain basah jer..

mrs gold said...

bagus! MG pon tegah mencari info pasal berus gigi baby ni!

Unknown said...

Singgah sini :)

Jemput singgah blog saya awksweetgitu.blogspot.com , Support each other =)

Mimy Hamid said...

oh my suka tul anak dara ni..cair la tgk dia..so cute

~♥dieyba_baby♥~ said...

diba pn da latih anak diba dr start 9bln.. sbb gigi dia da penuh.. hehe

Chekgu Azrine said...

Aloh..aloh..comelnya gigi raisah..dh putih dah..yeayyy!!!

Akak Coway said...

comelnyaa gigi dye.. :) alfateh asyik ketap je mulut time nak gosokkan. acane tu?? haha

Unknown said...

Anak sya 11 bulan..gg dah 6 batang...mmg cari info blh guna ubat gg or x..thanks for info..lps ni blh guna ubat gg sbb die dah mkn mcm2 juga...

Unknown said...

Anak sya 11 bulan..gg dah 6 batang...mmg cari info blh guna ubat gg or x..thanks for info..lps ni blh guna ubat gg sbb die dah mkn mcm2 juga...