Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, October 6, 2015

Simple Birthday Celebration untuk Raiisah

Last minit plan nak sambut birthday Raiisah kat KFC..Ni pon Opah Kajang yang nak buat..Siap hantar kat wassapp gambar kek minion untuk Raiisah dah siap buat..ko bayangkan hari Jumaat dia punya jem macam mana...Tu pon Affan awal2 dah ambik Raiisah kat rumah mak Sg. Buloh..kalau nak tunggu aku balik kerja pastu ke Sg. Buloh ambik Raiisah, alamatnya dekat kol 10 malam la kot baru sampai Kajang..

Lepas maghrib kiteorang bertolak ke Kajang, dekat kol 9 lebih jugak la baru kiteorang sampai Kajang..Gile la kereta banyak..Pelik betul KL ni setiap kali Jumaat jalan mesti jem, setiap kali jem hari Jumaat..semua nak pergi holiday ker apa ni besok tu..tersenguk-senguk kereta bergerak..nasib Affan drive kalau aku mau terlelap-lelap dalam kereta..dah la jenis mata cepat nak terlelap..hehehe

Sampai jer KFC Sg. Chua, Kajang terus Raiisah pon melompat-lompat dalam kereta..Mummy tuuuu kepchiiii!!! Nampak jer KFC ko kan..Raiisah memang pantang nampak KFC, pantang dengar perkataan KFC, pantang nampak iklan KFC...KFC jer kerja dia...kadang tu Mcdonalds pon dia boleh bantai sebut kepchi..Jenuh ajar McD Raiisah, McD, bukan KFC...kepchi jugak disebutnya...minum semut banyak sangat Raiisah ni..McD sebut kephi pon boleh la..besar nanti pandai la Raiisah kenal mana KFC mana McD..hehe

Simple jer kiteorang celebrate birthday Raiisah malam tu..Abah ngan mak pon tak dapat datang sebab Abah kerja malam tu..kakak aku pon tak sempat nak jemput..kakak ipar ngan abang ipar pon tak dapat datang jugak..

Sampai2 tempat ni yang dituju dulu..sambil2 tu makan fries..kejap lagi kita potong kek okey sayang..

Ok jom kita potong kek minion..

Kek Minion ni opah yang buat tapi bahagian hiasan tu bukan opah la yang buat..yang hiasan tu mak mertua aku hantor kat kedai kek..Gile hebat la kan mak mertua ku boleh deco cantik macam tu..Masa mula2 mak mertua aku hantar gambar kek minion tu kata dah siap..giler terkejut..dasyat Umi boleh deco cantik macam ni..rupanya bahagian dalam jer..hehehe

Raiisah nampak jer kek minion terus mulut pon ternganga meluas..WOW MINION!!!! \\O_O//

Pastu ramai2 la nyanyi happy birthday untuk dia..Tiba2 pulak menangis..T_T Pelik kan, orang nyanyi lagu happy birthday gembira, gelak2, senyum2...yang dia boleh pulak bantai menangis.. Dah satu hal nak pujuk dia jangan bagi nangis..luar je ganaih dalam hati lembut macam taufu fa Mekcha ni..

Ok dah dah drama air mata melayu dah abis..jom tiup lilin..fuhh kanan fuuhh kiri..cepat Raiisah pasang niat sempena nak masuk 3 tahun ni..kekeke

Macam ni la hepi2 tak mau nangis2 ye anak mummy..kasi ceria sikit..Besday girl takleh sedih2..

Mummy ngan Daddy sentiasa doakan moga kehidupan Raiisah diberkati dan dirahamti Allah s.w.t..Moga menjadi anak yang solehah dan bertanggungjawab..jadilah manusia yang berguna pada semua..In Sha Allah..

Tak jemput ramai pon, buat sederhana jer..yang penting nak bagi Raiisah hepi tiup lilin tu jer.. =)

Sukanya dia dapat tiup lilin kek minion..

Raiisah dan Isa..Isa ni cousin Raiisah..sebaya umur dorang..

Raiisah sekarang ni memang tengah giler tengok cerita minion..bila balik rumah kiteorang, cerita minion la yang dia tengok..sehari 3 4 kali dok ulang..dulu cerita Frozen now Minion pulak..sampai boleh hafal dialog Minion bercakap..ba ba ba ba ba nana..ha la banana banana bagi makan pisang kang..caakp pon dah ikut bahasa minion..

Sabar anak2 masing2 akan dapat kek..

Raiisah kejap2 cabut patung minion tu, kejap2 pasangkan balik..nampak dalam kek ituuu, siap ada cream kat tengah dia..terbaik la Umi buat kek minion ni untuk Raiisah..sedap Umi buat..

Sesi membahagi kek kepada anak2..

Orang makan kek dia makan kepchi pulak..Ni salah satu sebab kenapa opahnya nak buat kat KFC..sebab cucu dia memang hantu ayam KFC..

Lily..ni pon cousin Raiisah jugak..mak bapaknya tak dapat datang kerja..

Isa si mata mulat..

Adik ni anak murid Umi..

Ni kakaknya..

Atuk Gafur, Raiisah dan Opah..Terima kasih Opah buat kek minion untuk Raiisah dan belanja KFC sempena birthday Raiisah yang ke-3 tahun..

Raiisah awat penyek hidung tu?? gatai kah.

mmmmmmmmmuah..

Muncung lagi..

Gambar berdua dengan daddy pulak..

Tak bagi daddy dia ambik minion..jangan siapa sentuh patung minion tu, memang dia tepis..hiiiyak!

Senyum manis dari saya a.k.a Mek Cha..hekhekhek

Bila nak makan kek minion tu?? asyik tenung je kek minion tu..Meh nak cium pipi tu sikit..

Elok dorang ni beratur nak bergambar dengan Raiisah..boleh dia bantai lari pulak..

Ada yang tanya baju Raiisah ni beli kat mana?? kita beli kat H&M Nu Sentral, RM59.90.. ngi terjah nanti kang abis..hehehe

Hi semua saya dah 3 tahun..basuh berak pon saya tak pandai lagi, acaner..hehehe..tahun depan saya nak masuk school..

Alaaa mummy dah la tu..penat la nak layan mummy asyik bergambar..eh ehhhh..sentap mummy Raiisah cakap macam tu tauuuu.. >_<

piece : kathyjem

12 comments:

Zaza Abdul Latif said...

Happy Belated Birthday Raiisah..
happy dapat kek Minion ya.. special made by Nenek lagi tu.. huntung kau nak :)
End of dis month boleh celebrate dengan Auntie pulak ya.. kita makan kepchi hihihi

PeRdU cINta said...

Raiisah berhati kapas ke tisu..hehe...yeyyy alhamdulillah dah 3 tahun....semakin bijak..semakin comel..dan semakin cantik rambut...moga jadi anak solehah dear Raiisah..

kathy jem said...

Zaza Abdul Latif : hehehe Thank you auntie Zaza yang cantik..mmuahh!

kathy jem said...

PeRdU cINta : Amin..mekasih auntie.. ^_^

ZU said...

Happy birthday sweetie raiisah. cutenya raiisah :D

http://eykhaz.blogspot.my/

Jepun Mari said...

Happy Belated Birthday Raiisah..
Semoga membesar dgn sihat..u are very cute gurl..

~♥dieyba_baby♥~ said...

happy belated raiisah.. semoga panjang umur princess

Chekgu Azrine said...

Comelnu raiisah..baju dia cntik sgt..
Happy belated birthday utk raiisah syg..
Beza brp hari jela dgn aish...raiisah awal.bln..aish akhir bulan..kikiki

Shela Abd Rohman said...

Happy Belated Birthday Raiisah yang anggunn ! =)

nini said...

Raisah terharu kot kawan2 sambut besday dia....hihihi....btw hpi belated besday....jadi anak solehah ye si cantekk....

Liyana mohd shah said...

cantiknya akak.. ayu jer..

Akak Kembang said...

happy belated gegurl...smg membesar dengan sihat