Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, March 15, 2016

Bawak Mekcha Tengok Kung Fu Panda 3

Mummy nak tengok Pandaiiii nak tengok Pandaiii!!! haa pandaiiii!! bukan Pandai la Raiisah Panda..haaa Pandai!! Pandai pon pandai la..hahaha Janji ada sama awal2 tu..bahahaha Tu mula2 dia sebut perkataan Panda la tapi sekarang dah pandai sebut Panda..hahaha

Raiisah ni jenis ingat kalau dah janji kata nak bawak dia tengok movie yang dia betul2 nak tengok memang dia akan sentiasa remind kita..asal nampak jer billboard ke iklan tv ke apa mulut dia automatik akan bising tapi sekarang budak2 tengok hot cerita Boboiboy kan..Affan sampai tak tau movie Boboiboy tengah tayang sekarang ni..ingat nanti nak bawak Raiisah tengok Boboiboy..Ramai kata cerita Boboiboy best giler tahap gaban..mau tak best baru dua hari tayang dah kutip 2 juta..

Last minit plan bawak Raiisah tengok wayang weekend hari tu, kalau ikutkan malas gak nak keluar rumah..sejak mengandung ni bila masuk waktu petang jer mood jadi lemau..dulu ngandung kan Raiisah pon macam tu gak asal petang jer badan lembik, mual2 pening..harap2 masuk second trimester ni ok la sikit..

Dah kenapa poster Kung Fu Panda jadi macam tu..ni mesti kes budak panjat atas tu takpon mak bapak duduk atas tu..hehe

Cubaan untuk menjadi Po..hahaha nak jadi Po Raiisah kena makan pau banyak2 bagi debab macam Po..hihi

Raiisah memang suka tengok cerita lasak2 ni, cerita2 Barbie sweet gula2 ni dia tak suka sangat tengok..tengok2 la tapi macam takde perasaan..

Daddy Raiisah kata nanti nak bawak tengok cerita ni lak..erk!! tak nak daddy, mummy pregnant sensitif nak tengok cerita2 binatang ni..masa pregnantkan Raiisah pon sama tak suka tengok cerita2 binatang ni kalau kartun takper saya suka..

Nak jadi Tarzan pulak..

Lepas sat kat sini dulu sementara menunggu movie start....

Beli tiket sekali dengan popcorn, air dapat botol air Kung Fu Panda..homeii kan..tunjuk Raiisah kata kat dia nak tak botol air kung fu panda tu??? dia angguk nak..ecececece anak konon nak padahal maknye yang nak..hahaha simpan buat kenangan..kalau beli botol air ni je tak pasti berapa..

Belum2 apa2 muka dah sedih..

Seperti biasa keluar wayang muka manyak hepi..ada tanya tips macam mana tak nak bagi anak crancky dalam wayang..alaaa kita takde tips yang penting masa sebelum nak bawak anak tengok wayang pastikan dia cukup tido and cukup makan takde la dia berlari sana-sini dalam wayang nanti..tak pon beli kan dia popcorn ke apa2 snack at least ada benda dia nak mengunyah sambil2 tengok movie..eh yeker boleh pakai tips aku ni..hahaha >_<

Apa2 pon korang wajib pergi tengok Kung Fu Panda ni best giler, kelakar sangat..aku ngan Affan terkekek-kekek gelak mengalahkan budak kecik..lawak kot si Po tu..hahaha

piece : kathyjem

7 comments:

Zaza Abdul Latif said...

Belum tengok lagi.. tapi boboiboy i dah tengok aritu ngan Khairine..
best giler cerita tu.. lagi best, i tertidur dalam cinema masa tengah2 cerita tu.. bangun2 je terus trus control ala2 mcm tak tidur.. hahaha

PeRdU cINta said...

Yeyy Raiisah dah selamat tengok Kung Fu Pandaiii..eh Panda..hihihi...kemain posing depan poster..pinjam botol air boleh..Raiisah rambut awak dah kembali kepangkal jalan la..like :)

kathy jem said...

Zaza Abdul Latif : alaaa syngnya napa tido..hahaha mesti ngantuk sngt kannn..hehe

kathy jem said...

PeRdU cINta : dah.. rambut raiisah kembali ke bentuk asal..satu hari je dpt tngk rambut dia lurus..huhuhu

Chekgu Azrine said...

2-2 blm tgk lagi..tp rasanya nak try bwk aish g tgk...mana tau dia behave sbb dia suka boboboi

Nazihah@Jiha said...

kungfu pandaiii hehehehe comel....cantik ibunya ^^

LZ - The Blog Owner said...

Alahai comel sangat bekas air kungfu panda tu..
Mak budak macam ai pun minat gak Kat.. ;-)
Wahhh pandai Raiisah tengok movie sekarang..