Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, March 8, 2016

Raiisah Berwajah Baru..

Hi semua..sebelum tu nak ckp terima kasih pada yang doa untuk kita smlm tu..doa apa?? doa Raiisah bakal jadi kakak..hehehe debor2 kita tau masa nak tekan button publish tu..mekasih ucapan kat FB, Blog, Insagram semua..tak terbalas mesej2 korang semua dan terharu baca doakan kesejahteraan kita dan baby dalam perut ni..mekasih sekali lagi..

Tunjuk sikit rambut baru Mekcha..dari sehari ke sehari nak potong rambut dia..hari tu pergi salon Mimy tutup pulak..nasib baik petang tu pergi bukak..potong jugak akhirnya..mummy nk potong sendiri tak berani kang senget benget tak pasal2 menangis tengok rambut burok macam tu..potong rambut depan tu berani la..

Kebetulan daddy dia pon ada sekali ambik Raiisah petang tu..tu yang terus pegi salon Mimy kat Bangsar..Affan pulak memang nak potong rambut..

Anak siapa yang serabai sangat ni..ambik Raiisah awal sikit petang tu..masa tengah ambik elok molek je semua beratur sebaris tengah solat..

Masa salon Mimy ada 3 orang tengah potong rambut..tunggu la kejap sementara tu melayan aksi2 mekcha dalam salon tu..

Duduk je atas kerusi terus uwwaaa menangis..hahaha Cuak la tu..Kesian pulak tengok muka sedih dia masa tu..

Pastu daddy dia pujuk bagi makan cokelat baru mood dia ok sikit..

Uuwaaaa mummy pulak nak nangis tengok rambut Raiisah kena potong..last potong botak rambut Raiisah masa dalam pantang pastu sampai la ni baru potong.. T__T ata kena la potong jugak sebab dah masuk school sian pulak dia..kadang2 teacher dia bagitau Raiisah garu2 kepala, gatal..yerla dia kan pergi school pakai tudung..potong rambut nak bagi dia selesa..

Tengok la aksi2 Mekcha masa Kak Mimy tengah potong rambut dia..kemain tergedik sana sini..jenuh Kak Mimmy pujuk2 suruh dok diam..kang rambut tu senget Mekcah padan muka..hahaha

Mimy tengah geram tengok Raiisah masa ni.. "Comel adik niii, comelllll"... elelele kembang bontot la tu Mekcha orang puji dia comel..hahaha

Haa dah puji comel jelir lidah pulak..gunting lidah tu kang..

Cut bagi rambut tu sama rata..potong sampai bahagian bawah bahu jer..ingat nak potong sampai atas bahu rambut tu tapi sayang la pulak takut pendek sangat..

 Heyyy Mekca ni suka nau buat muka..mummy suruh senyum dia peginya buat mulut mucung itik..

 Mimy gelak je masa ni tengok aksi Mekcha masa ni..anak oo anak..

 Lagi pose macam tu..

Selesai potong blow rambut..bab blow ni Raiisah ok diam je, takde nangis sebab mummy dia selalu blow rambut kalau nak cepat keluar..tapi tak selalu la budak kang mana elok sangat blow rambut tu kang rambut cepat rosak pulak..

Jap kang lentok ke kiri, kejap kang lentok ke kanan..

Raiisah kepala tu kena tegak macam mana Kakak Mimy nak blow rambut awak tu kalau dah terlentuk-lentuk macam tu..

Akhirnya siap jugak rambut Raiisah ni..fuhhhh!! loga omaknya tengok rambut anaknya dah rupa orang..hahaha Ni la Mimmy..dulu zaman free hair selalu buat rambut kat sini..sekarang bawak anak ngan suami pulak..Affan pon suka potong rambut kat Mimmy sebab Mimy ni sangat talented, ko cakap nak rambut macam mana memang dia boleh buat sebijik sejiban macam mana ko nak..memang puas hati and dia charge tak mahal..macam Raiisah dengan Affan potong rambut baru RM35..murah kan.. ^_^

Pose homei sikit.. Pasni takde dah sikat rambut "Ouchh mummy sakit la sikat", "Mummy tak nak sikat rambut sakit".. hahaha takde dah ayat2 tu keluar dah sebab rambut Raiisah yang hujung2 selalu berpintal-pintal lagi2 lepas mandi..jenuh nak sikat..sikat rambut dia nak bagi lurus je kat 10 minit..

Ni sekejap la lurusnya sebab blow..balik tu basuh rambut keluar kerinting dia tepi2 tu...hahaha

piece : kathyjem

12 comments:

miss eimanhikmah said...

comel mekchaaa...

safurara said...

Anak sy pun dh gunting rambut. lega sket. kalau x bersimpul2.

kathy jem said...

miss eimanhikmah : hehehe mekacehhh.. ^_^

kathy jem said...

safurara : memang la rimas tngk rambut dorang bersimpul2 mcm tu..hehehe lega rambut dah pendek..

zeera lily said...

comei je kakak cha..
tekejut tgk lurus rmbut dia ngat kn rebonding la kecik2 cmni..
blow je rupanya... comeii

PeRdU cINta said...

Kerinting ke...lurus ke...mekchah tetap chomel nak...tapi masih sekolah ni elok juga berambut pendek...lagi bertudung...berpeluh...nnti dah besar ok nak bela rambut walau bertudung sebab pandai jaga sendiri...hihi...adik pun boleh tolong sikat rambut kakak nanti..

Lea Ismail said...

comelnya mek chah..

Ein lanabulu said...

Amboi segak aih raisah berambut baru no..tapi...yg tukang gunting pun cun jugak no..hehe

nurerna hazwani said...

Comel dah. nasib baik tak buat ragam.

Myra Azraff said...

eeeee comel gilossss mekcha !!!!!! geram tengok aahahahaha

Nor Afidah Bte Che Azmi said...

qUTENYA MEKCHA..dAH BESAR DAH DIA

naaisyah S said...

Alhamdulillah, tahniah Kak Kathy! semoga dipermudahkan segala urusan. Happy for you! :)

Comelnya mekcha!