Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, August 17, 2016

First Time Check Up Hospital Pakar An-Nur, Bangi

Alhamdulillah kandungan dah masuk 28 minggu..Perut pon makin besar dan membesar..baby pon dah naik 1.3kg..bulan lepas timbang berat badan 62 kg..kelmarin check up naik 66 kg..ko melompat jap aku atas penimbang tu..hahaha naik 4 kg tu banyak giler naik..huh! seram..ada potensi macam nak ke 70kg jer..setiap malam sekarang ni asyik makan nasi bertambah, sekarang ni dah duduk dengan mak mertua faham2 je la, mak mertua pulak masak semua sedap2..memang tak boleh elak la..

Kelmarin checkup kat Hospital Pakar An-Nur Bangi..konon nak datang awal pagi ambik nombor sudahnya kol 11 lebih baru sampai hospital..sampai2 register terus pastu nurse terangkan la apa pakej yang dorang sediakan semua tu..then lepas register dorang suruh ambik nombor..tengok nombor mak aiiii lagi 15 orang kena tunggu..siap nurse suruh balik pastu dalam kol 2 lebih datang balik..dah macam klinik kk dah aku tengok orang punye ramai..hehehe Nak doktor Khamsiah macam ni la kena nunggu yer..nurse kat sini bagitau doktor Khamsiah dengan doktor Fatimah memang patient dia ramai..kalau jenis tak tabah menunggu tak digalakan..hehehe

Lepas lunch kiteorang datang balik..sempat la kiteorang balik rumah, makan kenyang2, golek2 atas katil tidur..dalam pukul 2 lebih baru gerak dari rumah ke hospital..nasib tak jauh An-Nur dari rumah kitaorang..sampai2 ada lagi 4 orang patient kena tunggu..tu pon lama gak tunggu..dengan mekcha nya aktif sana sini..siap buat persembahan lagi depan penonton..heyy mekcha ni , dia kalau orang ramai dan2 tu la nak tunjuk macam2 aksi..

Sekali dah tergolek tepi kerusi baru nak duduk diam..kalau tak berlari sana-sini..Sampai doktor Khamsiah explain pon aku tak berapa nak dengar..pas ni check up tak boleh bawak dia..kena tinggal dengan opah..

Dah petang pon ramai orang..pasni ni check up kena datang 2 minggu sekali..hari tu ambik injection kancing gigi..next week kena datang minum air gula pulak.. =___=

Masuk kereta sempat lagi nyanyi2..pastu tau2 dah senyap tertidur atas car seat..

 Mesti ada plan nak bersalin kat An-Nur kan..boley tengok brochure kat atas ni..kalau bersalin normal kena standby dalam 2.5k - 4k..apa2 pon aku sangat berpuas hati check up dengan doktor Khamsiah walaupon first time jumpa dia..suka cara dia explain..siap mula2 sampai dia salam kat kita tu..harap2 dapat la doktor Khamsiah sambut baby kita nanti.. =)

piece : kathyjem

6 comments:

Juls Julie80 said...

wahh seronoknyaaaa...

semoga dipermudahkan yer sis... :)

Irda Garmin said...

semoga semua nanti selamat.saya baru singgah sini..ngandong pun nampak comel ibu ngandong ni :)

Chekgu Azrine said...

Semoga dipermudahkan urusan...
Bestkan dpt DR yg kita suka utk sambut bb kita

MrsEnoxis said...

Dr Khamsiah memang best. I check up semua anak i dengan dia. To bila bersalin, 2 kali dapat dengan dia..sekali dapat dengan Dr Fatimah. Dua2 ada cara tersendiri. Memang kena gigih menunggu dekat An-Nur ni. Kalo dulu, i akan dtg awal, sebelum kul 8..tuk ambik nombor jerr..hehehe..Good luck ye sis!!

diyana di said...

Rindu Dr Kam. Bukan rindu nak bersalin ye hehehe. Dr Kam best apa2 hal nak cerita pun ok dia selalu bagi nasihat.

Raja Nurul Atikah Raja Othman said...

Dr. Khamsiah memang best sgt2. Anyway, saye ade buat birth plan dengan dr khamsiah dalam week 37, diskas dengan dia and she agreed to almost all my request dalam birth plan tu.
anyway,semoga dipermudahkan