Klik Yer!! Mekasih...

Monday, August 8, 2016

Plan Bersalin Tukar 100%

Salam semua..ni tengah pening nak ambik hospital mana nak bersalin ni..tak jadi beranak kat PMC Sg. Buloh..sebab apa?? mak kita terbang pergi Australia tengok abah..maka plan nak bersalin kat Sg. Buloh 100% bertukar..dah cakap dengan mak tunggu la orang beranak , nanti mak pergi la sana tengok abah..mak cakap nanti tahun depan abah nak balik dah..mak pon nak start jaga anak ko nombor dua ni..mak cakap takper la, mak tak pergi lama pon bulan 10 nanti mak balik la..tak lama mak cakap..T_T lama gak tu kat 3 bulan.. -___-

Kakak aku pon satu beli tiket mak tak bagitau aku..dia ingat aku beranak awal bulan November tu yang dia beli tiket mak balik sini hujung Oktober..memang aku ada cakap dengan kakak aku yang aku beranak awal bulan 11..hari tu checkup detail scan doktor cakap confirm aku bersalin hujung bulan 10 bukan bulan 11, tarikh 24 atau 25 Oktober..

ate nak buat macam mana tiket dah beli..mak balik sini 30 oktober...uwaaaa memang tak sempat la berpantang kat rumah mak Sg. Buloh..bincang dengan Affan kiteorang decide bersalin kat area Kajang sebab nanti mak Affan yang akan jaga aku nanti..so buat masa sekarang ni aku stay kat Kajang sampai aku bersalin..Raiisah pon dah berhenti sekolah kat LC Sg. Buloh..kiteorang sekolahkan dia sebelah rumah mak mertua je..5 langkah je dah sampai sekolah..hehe

Kawan office bagitau wife die bersalin kt Hospital Islam Az-Zahrah ni..doktor yang sambut 4 orang anak dia nama doktor tu doktor Khamsiah..Kawan office cakap bagus doktor Khamsiah ni, dia suka cara doktor ni berkerja, teliti dan cekap..dia suggest aku ambik dengan doktor Khamsiah ni..

Call la pihak hopsital Az-Zahrah ni nak tanya pakej bersalin dengan doktor semua tu la..sekali nurse bagitau doktor Khamsiah dah pindah ke Hospital An-Nur..Hospital An-Nur sebelah je dengan hospital Az-Zahrah..Harga beranak kat hospital Az-Zahrah ni untuk 2 hari 1 malam dalam RM3500 - RM5000, ni untuk harga bersalin normal..bersalin caesar tak sure pulak berapa lupa nak tanya..

Satu hari kerja aku meng-survey hospital bersalin je..hehehe Yerla kita mesti yang nak terbaik untuk anak kita kan..takper keluar duit lebih sikit janji kita selesa anak pon selesa, dapat doktor ok, facilities baik & bersih..Bukan tk nak ambik hospital gomen  ye ada sebab2 tertentu kenapa tak ambik hospital gomen sebab nk aurat terjaga and kalau boleh nk hospital yang ada islamic..dari segi doktor pulak kalau boleh nak doktor perempuan la kan yg check kita dr checkup sampai bersalin..

Try call hopsital An-Nur ni nak tanya pasal doktor Khamsiah and pakej bersalin semua tu..An-Nur takde pakej bersalin yang ada bilik 2 katil untuk 2 hari 1 malam harga RM1990..single room RM3k..kalau ambik epidural RM890, vacum RM1000..tapi tu la kalau ambik dengan doktor Khamsiah bab checkup ni berjanggut sikit la sebab sehari patient dia dalam 30 orang..tu baru sesi pagi, sesi petang pon sama gak ramai orang..

Ermmm nak proceed ke tak bersalin kat Hospital An-Nur ni?? jap fikir dulu..try tengok hospital lain dulu..tapi kat An-Nur semua doktor perempuan..ada 3 orang doktor sakit puan..sok kalau last minit doktor Khamsiah bercuti ke takde ker, tak ada la risau sangat dapat doktor laki ke apa sebab dah2 salah seorang doktor perempuan yang akan check kita..

KPMC ni aku tak berapa kenan sebab pernah dulu2 dengar pasal KPMC ni agak kureng sikit service dia..tapi nak bersalin sini murah sikit la compare An-Nur dengan Az-Zahrah..

Ada hati nak beranak kat sini kann..hahaha dah tau dah tak mampu tapi saje la call nak tau harga beranak kat sini berapa...tu diaaaa harga mencanak-canak kat Colombia Asia Cheras ni..kalau ikut dari rumah mak mertua nak ke sini takde la jauh sangat tapiii ko mampu normal je RM6k hingga RM7k..bersalin caesar dalam RM8k -9K..bapak mahaiiii...terus cancel..hahaha pakai medical company punye tak mampu dik nak bayar..company pon bagi RM2k je untuk bersalin..kalau bayar sendiri silap2 anak dah besar panjang hutang beranak still tak abis bayar lagi..huhuhu..lain la kalau laki ko anak Tan Sri..kekeke

Mula2 ingat nak bersalin kat KPJ Kajang ni sebab dari rumah mak mertua nak ke sini dalam 10 minit leh sampai tapi depan KPJ tu tengah ada construction MRT..macam serabut je kat kawasan tu dengan parking punya payah area situ..harga beranak kat KPJ untuk normal dalam 2k-3k..ok la harga lebih kurang macam bersalin kat PMC Sg. Buloh gak tapi tak jadi la beranak sini tempat dia macam crowded..

So fikir punye fikir aku decide Hospital An-Nur sebab nak kan dengan doktor Kamsiah..so dah booking siap2..next week checkup dengan doktor Khamsiah..harap2 semua dipermudahkan la.. =)

piece : kathyjem

14 comments:

aisha said...

Annur annur annur.. tapi memang berjanggut la nak tunggu giliran.. sebab memang ramai giler nak doktor khamsiah tu.. tapi annur memang best nak nak tuk doktor paed..
by the way, kalau decide nak normal pastu tetiba kena emergency operate, siap sedia harga naik mencanak sikit la compare kalau memang decide nak operate from beginning..

Zie Azi said...

semoga dipermudahkan sgl ye..
amin

kathy jem said...

aisha : aduhh bertabah la kita menunggu giliran next week ye..hehehe

kathy jem said...

Aminnn..mekasih Zie Azi.. =)

Maizura Moeen said...

Salam..
1st time sy comment kt blogger wall..
jez nk share experience dengan Dr.Khamsiah..memang recommended..sy sama dgn dia since 2008 sehingga kini anak 3 dgn dia...sy ni sgt2 takot dgn Dr...so 1st time jumpa dia, sy sendiri acerita diri sy yng penakot sangat ni..so dia pandai ambil hati bagai..very soft spoken...

alhamdulillah service An-nur mmg bagus..tp skrg sbb ramai yg tahu ttg An-nur..bila check up for 3rd baby in 2013 rasanya agak fade up gak..kena tgu almost half day utk check up..sbb sy hanya available on Saturday je..

labour room pun didengarkan ayat-ayat Al-Quran..nurses pun akan remind kita baca ayat Laila anta tu..even Dr Kham pun akan advise utk kita baca Al-Quran sementara mild contraction tu..
ada juga nurse yg agak kasar sbnrnya..tp kita blh complaint kt Dr..cuz ada sekali experience then dia ckp xpe..dia plk kata...thats y awk bayar mahal for service ..sbb nak dpt yg terbaik..

Norhafiszah Johari said...

semoga dipermudahkan..hehe.sy pun baru pindah area kajang ni..sg sekamat..KPJ tu serabut pasal construction kan..haha.annur tu pun nampak nice..smoga kelahiran bby 2 dipermudahkan

mer said...

Salam. Dua2 ank bersalin dgn dr rasliza d kpj kajang. Dr ras ok saje, very motherly. Klu dia ada hal dia akn cri dr ganti yg muslimah jgk. Pn motherly �� Checkup xlama sgt tgu.salu by noon dh dpt jmpe.utk sesi pg la.Mmg serabut sikit dpn kpj tu tp parking bngunan sblh tu. Apa2 pn good luck ye sis

adiba rusli said...

semoga semuanya dipermudahkan :)

Rose Bassin said...

Dr. Khamsiah best sgt2. 2 kali dh deliver baby dgn dia. Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar. 1st time deliver baby dgn dia, admitted to hospital ahad pg.. Dr. Khamsiah ttp dtg. Stp kali checkup selain normal procedure as a doctor, Dr. Khamsiah selit2 nasihat berunsur keagamaan. In Shaa Allah semoga dipermudahkan utk awak ye?

MumMe said...

Mumme bersalinkan anak first dgn Dr Kham 2005.masa tu dkt az zahrah.Mmg baik sgt Dr kham ni...

Chekgu Azrine said...

semoga dipermudahka urusan kathy ye...
ahkak semua pusrawi..tapi last2 servis tak berapa sangat..bkn servis dr..servis lepas bersalin ms duduk ward..makan sokmo lambat...tu masak tahun 2012 la...sebelum tu bagus servis dia..hmmm

suehana ahmad said...

I bersalin dgn Dr Khamsiah Dec last year, normal+vacuum+epi, single room, 3hr 2mlm, peads smua dlm 5.5k.

Mmg satisfied dgn Dr Kham, dia mmg support normal delivery, and akan try to avoid utk czer la. Tp hosp mmg mengecewakan, bilik sempit gila, tv xdpt channel apa2 pun, makanan mcm order dr kdai tomyam je(xsdap langsung), nurse kat labour room ok, nurse kat wad xbrapa nk helpful, pls choose ur peads siap, kalau x dorng bg ja doc yg ntah apa2 mcm i kena. Doc tu insist ckp dia ada dgr something kat jantung my baby and suruh i bwk baby dtg follow up kat klinik dia, then bwk la dia nk chck this and then ckp its in the package la apa la, then bila i bwk my baby br la i prasan yg dia tu doc baru, and ada klinik jantung for peads thats y la beria yg nk suruh pegi chck up, padahal xda apa pun, he's perfectly fine. Buang masa, buang duit and buat penat sbb still dlm pantang> Doc tu siap suruh amik sample darah sbb nk chck jaundice baby masa pegi follow up tu padahal i dh ckp i dh chck kat Klinik kesihatan and dr tu dh ckp jaundice baby i dh ok xpyh amek darah lg. Mmg i bengang she's just trying to charge u as much as she can. So AVOID HER. Doc perempuan, nama apa ntah xingat.

Byk lg la xpuas hati with the hospital, peads quite ok Dr Khairul. Tp service dia mmg ntah la xsatisfies. Pnah jgk chck bill dorng silap charge la and so on.


suehana ahmad said...

OWh one more thing, kalau nk chck up dgn doc khamsiah, i advise u pegi awal pagi before the clinic opens, amik no and daftar dlu, then pegi breakfast, so dpt la no awal and xpyh tggu lama sgt.

nisa nass said...

Klau sy due 25/10 tu mau nya smpat mak kathy balik hjung bulan.haha.dua2 org anak overdue 40w+7days then induce..baru nk kluar.x pernahnya lahir ikut due pun!hehe..