Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, March 6, 2013

Bayi Dan Makanan Pejal

Bestnye google pasal makanan bayi ni... Macam2 dalam kepala otak ni nak buat makanan untuk Raiisah nanti.. Hehehe Tapi kena baca ni semua dulu baru la paham..

Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia

Jika bayi anda telah mencapai umur empat bulan (bayi menyusu susu formula) dan enam bulan (bagi bayi menyusu susu ibu secara eksklusif) dan mempunyai tanda-tanda berikut, maka anda bolehlah mula memberinya makanan pejal : -

  • Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak.
  • Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.
  • Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.
  • Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali. (Ni yes terjadi kat Raiisah dah bagi susu nak lagi susu nak lagi.. Tengok perut kecik tapi kuat minum)
  • Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa. (Ni pon ye jugak kalo kite tengah makan die tengok kite makan sambil mulut yumm yumm nak jugak)
  • Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan. (Haa capai ni die tak tau lagi, tapi kalo capai hp tangan die laju..hahaha)
  • Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya. (Memang kalo kite suap sikit makanan kat dalam mulut die langsung die tak keluar balik tapi makanan tu bagi die rase jer)
  • Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan. (ni pon sama setiap kali bagi makanan kat mulut die laju jer die telan.. *Dalam hati lapor ker anak aku ni padahal dah bagi susu)
  • Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.
Sebenarnya proses memperkenalkan bayi kepada makanan pejal boleh dilakukan selepas bayi berusia enam bulan. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara perlu diberikan perhatian.

Berikut adalah 10 perkara yang perlu diambil kira oleh semua ibu bapa sebelum memberi bayi makan makanan pejal.

1. Bayi berusia enam hingga lapan bulan perlu diberi makanan pejal di antara dua hingga tiga kali sehari.
2. Jangan sesekali mendesak anak makan banyak pada satu-satu masa. Beri bayi anda masa untuk belajar makan makanan pejal.
3. Makanan pejal yang sesuai untuk bayi berusia enam bulan ialah puri. Puri tersebut bolehlah dicairkan dengan mencampurkannya bersama susu ibu.
4. Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal, pisang, labu, lobak merah, kentang dan brokoli sesuai untuk dijadikan puri.
5. Pada peringkat permulaan, elakkan memberi bayi anda makanan yang boleh menyebabkan masalah alergi seperti keju, kekacang, makanan laut dan telur.
6. Jangan sesekali menambah garam atau gula dalam makanan bayi anda kerana buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut.
7. Mulalah perkenalkan makanan jejari selepas anak anda semakin pandai makan iaitu ketika usia sekitar lapan bulan.
8. Jika anak menolak makanan yang anda berikan padanya. Jangan marah dan terus memaksa anak makan makanan tersebut. Mungkin bayi anda belum bersedia menerima makanan tersebut. Cuba berikan anak menu lain. Paling penting, ibu bapa jangan cepat berputus asa.
9. Ketika memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, beri dia menu yang sama selama empat hingga tujuh hari. Hal ini penting untuk melihat tindak balas tubuh anak terhadap makanan tersebut. Adakah dia mengalami masalah penghadaman atau alah kepada makanan yang anda berikan itu.
10. Sekiranya anak anda demam atau sakit, anda perlu memberi dia minum banyak air dan berikan dia makanan yang paling digemarinya.

Ni sajer test bagi die rase mangga tu tengok macam mane reaksi die.. Uiitt kemain die nyot nyot hisap mangga masam tu... hahaha Raiisah Raiisah mangga masam pon jadi yer.. Ok bulan depan mummy bagi makan betul2 yer..

piece : kathyjem

6 comments:

Mooniqueen said...

betul tu kathy.. Bila anak dah start bagi makan, memang best google resipi itu, ini.. Lagi kesian kalau dia dah pandai tgk kita makan.. meleleh air liur dia.. orang tua cakap takpe bagi sikit buat rasa..

kathy jem said...

Mooniqueen : kan..skng ni kalo kite makan bagi die rase jer..lepas dah bagi die nak lagi..hahaha Pandai muke tunjuk reaksi nak lagi.. hehe

Chekgu Azrine said...

info sgt menarik sis kathy..tq for sharing..

adarnadzmie said...

sama ngan anak akak... sian tgk dia tgk jer kita makan... sayu jer...hehe...

Unknown said...

Info yg sgt membantu. Baby umar minum susu ibu, tp belum cukup 5 bulan da ada tanda mk mkn tu. Hehe

colourfulsomethings said...

Buku doa comel bersaiz poket
* Sesuai dijadikan cenderahati bagi majlis seperti Majlis Hari Lahir, Aqiqah, Cukur Jambul, Akad Nikah, Perkahwinan, Pertunangan, Doa Selamat atau apa jua majlis.
* Boleh letak gambar sebagai kenang-kenangan.
* Insyaallah bermanfaat untuk tetamu anda.

Untuk info lanjut PM https://www.facebook.com/ColorfulSomethings

Nak tengok design lain sila ke link ni https://www.facebook.com/media/set/?set=a.704166736260705.1073741840.597656516911728&type=1

Terima kasih