Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, March 21, 2013

Headband Cantik bawa mudarat kepada Bayi??

Eceh mentang2 la aku rajin pakaikan aksesori kat kepala Raiisah rajin pulak korang tag "Cantik Bawa Mudarat" ni yer.. hahaha Ok2 tau korang semua risau tengok aku dok rajin pakaikan headband yang comel2 yang cute2 kat kepala Raiisah kan..

Actually benda ni dah lama keluar kt akhbar cume lately ni ramai pulak yang dok cakap pasal hal ni.. Bagi aku tak salah nak mengayakan headband kat kepala bayi cume kite kena tau jenis kain dan tak ketat masa pakaikan kat kepala baby.. Itu aku sangat particular benda2 macam ni tau..

Bagi mengelakkannya kepala bayi yang boleh mengancam keselamatan dan kesihatan bayi kat sini ada panduan memilih aksesori untuk bayi anda..

Bahan buatan
• Cekak rambut dan headband: pastikan ia dibuat daripada fabrik kapas atau lembut dan tetap ditempatnya serta memenuhi fungsi mengelakkan rambut jatuh ke mata dan muka.
• Bahan tanpa toksik.

Hiasan pada aksesori
• Renda atau ropol yang keterlaluan menyebabkan bayi tidak selesa.
• Elakkan hiasan yang bergemerlapan (glitter), berbatu kecil atau mempunyai karekter kartun yang dibuat daripada plastik pada aksesori kepala.
• Bagi hiasan reben, pastikan ia daripada jenis yang berkualiti kerana ada reben yang mempunyai tepi yang tajam dan boleh mengakibatkan luka.
• Terbaik jika memilih aksesori ringkas tanpa hiasan untuk bayi.

Ciri aksesori
• Cekak rambut dan headband: pastikan elastik dan elakkan jenis reben kerana mudah jatuh ke leher.
• Klip rambut: pilih klip alligator yang perlu ditekan untuk membuka dan boleh ditutup ketat. Ia tidak mudah untuk lekang daripada rambut bayi.
• Getah ikat rambut: elakkan sama sekali kerana mudah tanggal pada rambut bayi yang halus dan lembut.
• Bow rambut: pastikan saiznya tidak terlalu kecil hingga boleh dimasukkan ke dalam mulut jika bayi dapat mencapainya.
• Elakkan aksesori yang menyakitkan pada rambut dan kulit kepala bayi ketika menggunakannya.
• Jika ragu-ragu tentang bahan plastik dan besi bagi klip dan bow rambut, pilihlah cekak atau headband kerana ia lebih selamat.

Pemakaian
• Jangan dipakaikan terlalu lama
• Buka aksesori kepala apabila bayi tidur atau apabila tiada pengawasan orang dewasa
• Pastikan aksesori yang dipilih berfungsi sepenuhnya dan cantik dipandang

Beberapa pilihan aksesori kepala bayi
Ketika membuat pilihan, ingatlah tabiat bayi yang suka menarik apa saja yang dirasakan tidak selesa pada rambut ataupun kepala dan suka memasukkan apa saja ke dalam mulut. Dengan peringatan ini dan panduan di atas, beberapa jenis aksesori kepala bayi yang boleh anda pilih untuk si comel termasuk:

Cekak dan headbands
Kedua-dua jenis aksesori ini sangat digemari kerana ia senang dipakaikan. Ia biasanya dibuat daripada bahan yang pelbagai bahan termasuk kain kapas, resin dan plastik. Yang terbaik adalah headband yang longgar dan muat-muat dengan selesa pada kepala bayi. Boleh juga jika anda buat sendiri menggunakan pantyhose. Gunting saja ia menjadikannya seperti ‘ring’ dan pakaikan pada bayi. Ia tidak ketat dan lembut pada kulit bayi. Jenis fabrik yang boleh dibalut pada kepala bayi adalah lebih selamat berbanding jenis elastik. Pilihan headband adalah terbaik sebagai aksesori kepala kerana biasanya ia terlalu besar untuk ditelan oleh bayi dan boleh dipadankan dengan baju mereka.

Klip rambut bayi
Klip rambut biasanya lebih berguna bagi rambut bayi yang sedikit panjang dan perlu untuk disisir ke belakang. Biasanya ia dibuat daripada besi dan plastik, maka elakkan pemakaian yang terlalu ketat pada rambut dan kepala bayi. Pastikan ianya mudah dibuka dan dikunci tanpa menyebabkan kesakitan. Cari klip rambut yang jika bayi menariknya, ia tidak mudah tanggal.

Topi dan serkup kepala
Topi dan serkup kepala juga boleh menjadi aksesori kepala bayi yang selamat dan memberi perlindungan kepada bayi daripada angin dan matahari. Pilihlah buatan daripada kain kapas atau bulu. Namun ia agak mencabar kerana bayi tidak gemar membiarkan topi atau serkup kepala berada lama di atas kepala mereka. Gunakan alat pengikat yang lembut dan selesa supaya tidak mengganggu bayi.

Okay dah tau serba sedikit mengenai panduan memilih aksesori bayi.. Terima kasih kerana prihatin kat Raiisah.. Sayang korang semua.. Cewah ala retis ni.. hakhakhak..

Jangan risau mummy die tak menyeksa pon pakaikan headband kat kepala anaknye.. Kalo Raiisah rimas memang aku cabut awal2, lagi2 time die tengah tido.. Tapi so far Raiisah memang takde masalah pakai headband kat kepala die sebab dah di ajar pakai masa dalam bayi lagi.. hehehe Sekarang ni mummy die tengah mengile kumpul headband yang cute2.. =D

Lain anak lain peelnye.. hihihi

piece : kathyjem

7 comments:

dilot said...

anak I lelaki.. so mmg lain.. hahaha

Unknown said...

hekhek..adakah saya salah seorang yg telah meng tag akak? saje je teringat akak sbb raiisah selalu pkai headband. tp sy taw, ofkos la akak mmg sgt particular dlm memilih headband kann..

Unknown said...

raiisah tetap cute..lagi2 bila pakai head band...:D

Unknown said...

wah panduan berguna, susah jugak kan nak cantik pun boleh mudarat..takpelah wlau cml bkl dpt bb boy tp berguna bila cml ada ank gegirl nt ..

kathy jem said...

Nedy LLa : eh bkn kamu sorang jer yg tag ramai kwn2 akak yg tag tau..hehe

meera said...

Btul tu.. Dulu masa anak I kcik pun doktor kata pkai skejap tuk brgambar xpe.. Seeloknya pkai lps setahun jek.

meera said...

Btul tu.. Dulu masa anak I kcik pun doktor kata pkai skejap tuk brgambar xpe.. Seeloknya pkai lps setahun jek.