Klik Yer!! Mekasih...

Monday, January 26, 2015

Kejadian Pagi Tadi

Pagi tadi macam biaser hantar Raiisah kat rumah mak..Awal pagi dah keluar rumah..sebelum subuh dah kena gerak..Dah start sekolah ni kena keluar rumah pukul 6 lambat sikit sure jalan jem takut lambat sampai ofis..kalau cuti sekolah boleh la gerak lambat sikit jalan tak jem..

Sampai rumah mak elok jer nak keluarkan Raiisah terpandang kunci rumah Affan atas bumbung kereta..demmmm kunci rumah Affan atas bumbung kete gue!!! elok molek jer kunci tu duduk atas bumbung tak jatuh pulak dia..laki aku mesti tak perasan la ni kunci dia letak atas bumbung..

Masa Affan tengah pakaikan Raiisah car seat aku dah duduk kat bahagian pemandu siap2 sementara tunggu panaskan kereta..aku perasan Affan letak kunci rumah atas bumbung kereta sebab nak pakaikan Raiisah car seat..lepas panaskan kereta dalam 1 minit macam tu terus gerak..aku ingat dia dah ambik kunci rumah upernya tak ambik!!!! 

Sampai rumah Mak baru perasan kunci tu atas bumbung..Masuk rumah mak solat dulu..sembahyang pon dah tak khusyuk dok teringan pasal kunci rumah Affan..abis solat terus gerak ke rumah aku..mesti Affan tengah dok tunggu aku..tah dia perasan tah idak kunci rumah dia letak atas bumbung kereta aku..aku syak mesti dia tak perasan..

Dah sampai rumah kiteorang, aku pusing2 la satu kawasan rumah tengok kat kedai mamak bawah rumah kot2 Affan ada kat situ, kat surau pon aku check kot2 la dia dok kat situ pon takde jugak sudahnya naik atas tinggal kunci rumah dalam kasut..tawakal jer la jangan ada orang masuk rumah sudah..sebab 3 4 kali aku round cari Affan macam cari anak yang hilang.. T_T Pakcik2 kat situ pon pelik dok tengok aku melilau2 cari sesuatu..tengok jam haiyoo kol 8.15 dah ni..masuk kerja kol 8.30..T_T memang tak sempat la...

Aku decide tinggal kunci dalam kasut dengan harapan Affan akan mencari kunci dalam kasut..lepas selesai letak kunci dalam kasut terus gerak ngi ofis..dah nak sampai ofis masuk parking dapat panggilan dari Kak Yana, (kawan ofis) 

Kak Yana : "Kat kat mana??"
Aku : " Saya nak masuk parking napa Kak Yana..
Kak Yana : Jap ekk..
Affan : "Huny, B ni"
Aku : laaaa B kat ofis huny ker.. B datang naik apa..
Affan : B naik LRT..
Dengar suara Affan terus lega.. yerla risau gak dok pusing2 satu kawasan cari dia tak jumpa..ingat kena culik ke apa..hahaha..upernya gigih dia pegi ofis aku..
Aku : Ok2 Huny dah masuk parking ni nanti B tunggu kat B1, sekarang tau"

Sampai2 "Mana kain pelekat awak".... hahaha Affan dah tergelak2 tengok aku masa aku tanya kain pelekat mana??... Nasib baik awak pakai seluar pendek kat dalam kalau tak, datang la ofis huny pakai kain pelekat tu..hahaha.. Awak datang naik apa?? Naik kereta, pinjam Pakcik kedai tepi tu.. Laaa naik kereta ker kata naik LRT tadi.. tengok sempat lagi menipu.. Affan : hehehe.. bukan menipu B lupa la naik kereta..hahaha Selamba jer kan B naik kereta takde lensen.. A'ah laaaa lupa lesennnn..Ishhh B ni semua pon lupa..naik kereta pon boleh lupa..Balik ni makan vitamin banyak2 bagi ingatan kuat sikit..hahaha..

Patah balik ke parking hanta Affan..nasib baik tak sampai rumah baru ingat ada bawak kereta kalau tak*&^%$#@*..hahaha sendiri mau ingat la yer B...Abih PakCik yang bagi B pinjam kereta tu cakap apa? B ingat nak naik Bas, Pakcik tu kesian tengok B dia bagi pinjam kereta.. yeker nasib baik Pakcik tu nak bagi pinjam kereta..Pakcik kedai tu memang baik aku ngan Affan kadang2 selalu beli lauk makan tengahari kat situ..bawah rumah kiteorang jer..

Kunci rumah B ada dalam kasut huny, huny simpan kat situ.. Jenuh tau pagi tadi pusing2 cari awak..tengok tepi tangga rumah kot2 la awak tunggu kat situ..B bukan apa takut awak tak perasan kunci rumah B hilang..Takkan B nak tunggu awak sampai ke petang, tu yang B datang ofis awak.. Tak hilang la ada elok molek jer dok atas bumbung kete masa nak turunkan Raiisah kat rumah mak..Oh yeker..hahaha la awak ni !!! ishhh tu pon tak perasan..lain kali pas ni kalau apa2 jadi tunggu jer huny kat kedai mamak bawah rumah tu..ingat tu! 

Lepas ni ingat nombor phone huny..B lupa nombor yang belakang tu..tadi pakai public phone tersilap dial orang lain angkat..hehehe Hurmmmm..ok di maafkan sebab ni nomb baru kan..

Laki aku tu la dia memang dari dulu sampai sekarang bab kunci mesti ada hal..tak kunci hilang, kunci tercicir, or kunci tak tahu letak kat mana..selalu terjadi waktu nak pergi kerja..kadang tu sampai terbawak kunci aku sekali pergi kerja..setahun sekali kes macam ni mesti berlaku yer..kadang2 benda kecik macam ni boleh bawak gaduh tau.. hahaha tapi gaduh manja2 la takdela gaduh sampai berminggu tak cakap.. hahaha ..So moral of the story kunci rumah sangkut kat leher 24 jam ok B.. >_<

Nasib ada seluar pendek kalau tak berkain pelekat la la la la jawabnya..hahaha Selipar pon pakai selipar aku.. =P

piece : kathyjem

14 comments:

Mila Hilas said...

hehehe lucu sungguh gigih dia dtg opis tu

kathy jem said...

Mila Hilas : macam mane nomb hp bini tak ingat terpaksa la dtng ofis..hahaha

Ein lanabulu said...

sanggup ka bg laki pakai kunci kat leher 24 jam..mmg kejam..bebirat leher laki ko..haha..

Chekgu Azrine said...

lawakla..hahaha...affan ni forgetful orangnya kot ek

Mona Lea said...

org lelaki memang macam ni ke pasal kunci ni..pernah gak ada pengalaman mcm ni.

Miss arfisa said...

kelakar la kak. hehhehee

Wizana Arbain said...

Affan sep sketttt! Haha sbb kite srope lol! I pon slalu pangai lupe kunci letak kat mana sampai hubby immune dh x kuasa dia nk bebel :p

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam kathy,
he3
macam2 la bapak budak sorang ni :P

kathy jem said...

Wizana Arbain : hahaha boleh geng dgn affan..selalu lupe letak kunci letak kat mana..

kathy jem said...

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH : W'salam..hehehe kan tau xper..kalah budak kecik ni..

Allene ALineWorks said...

huhuhu nasib ada cash kat tgn leh naik lrt.. klu tak, memang duk tunggu je la kat rumah...

surizan abdghani said...

Haha sy yg slalu lupa suami selalu ingtkn sy.mcm klu nk beli barang tu x tgk dh expired date je ape trus amik.bila suami tgk dia tanya expired date dh check?plastik ada koyal x? Hahah

purple LADY said...

cam sodap jee

norsalihah shaleh said...

kahkahkah... adoi sakit perut tau baca kesah ni..sabar jelah...huhu

zinziemeewah