Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, December 3, 2015

Teknik Penyusuan Susu Ibu yang Betul

Pernah tak ibu2 kat luar sana tu ada masalah masa nak menyusu kat bayi? lagi2 masa awal tempoh berpantangan..Biasa waktu macam ni ibu akan alami masalah puting payudara melecet..tu yang buat tak tidur malam tu..dengan sakit bersalin tak hilang lagi, payudara pulak sakit..aduhhh! terukkan bunyi dia..

Ni la aku hadapi masa mula2 menyusukan Raiisah..dulu tak pandai sangat ilmu2 tentang penyusuan bayi ni baru mentah lagi takde pengalaman..sakit dia Ya ampun tuhan je yang tau..setiap kali nak menyusukan Raiisah mesti teringat-ingat kesakitan yang teramat tu..mujur ada cream sapu, tu la aku letak hari2 lepas menyusukan Raiisah..dalam sakit tu masih mampu menyusukan Raiisah..

So aku nak share korang teknik yang aku tahu serba sedikit untuk kongsi dengan korang..kenapa susukan bayi boleh menyebabkan payudara melecet?memenang setiap kali menyusukan bayi macam tu ker? sepatutnya tak macam tu..Pelekapan atau teknik latch yang tidak betul yang boleh menyebab sakit atau melecet kat bahagian payudara..

Teknik latch yang betul adalah semasa menyusukan bayi pada bahagian areola, bukannya pada puting..Tengok teknik menyusu dengan betul gambar kat bawah ni..

Duduk dan letakkan Satu Atau dua bantal Untuk mengampu Bayi Anda.

Baring mengiring dan bayi menghala ke badan ibu. (Berhati-hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)

Pelekapan

Gambar 2: Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati-hati tidak tertidur dalam posisi ini kepada untuk elak bayi lemas)..

Rapatkan bayi ke payu dara (bukan payu dara ke bayi)..Rapatkan seluruh badan bayi ke dada, bukan hanya bahagian kepala sajer pastikan seluruh bahagian tampok hitam (areola) dimasukkan ke dalam mulut Bayi..

Ibu boleh membantu bayi melekap dengan memegang payu dara dengan tangan..Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payu dara..

Tanda-Tanda pelekapan Yang Salah

Jika penyusuan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi..Masalah kebanyakan yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul..Tanda-tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah masa penyusuan :
  • Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
  • Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
  • Payu dara bengkak.
  • Susu tidak dikeluarkan dengan cara yang betul.

Cara menyusu bayi dengan betul :
  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Dagu bayi menyentuh payu dara.
  • Bibir bawah bayi bergulung keluar.
  • Hidung bayi dengan kedudukannya pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
  • Bayi menghisap, kemudian berhenti dan menghisap semula..Secara hisapan perlahan dan dalam.
  • Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan payu dara.
piece : kathyjem

2 comments:

Liyana Anuar said...

tips brguna ni :)

cetot said...

Nice sharing sis :) Kalau latch tak betul, boleh melecet.