Klik Yer!! Mekasih...

Friday, April 25, 2014

Atasi Kulit Kusam dan Pucat dengan Even Better Essence Lotion, Clinique

Hai semua..!

Pernah tak korang tertanya-tanya sebab apa kulit muka kita tiba-tiba jadi kering dan gatal-gatal??? Adakah disebabkan pemakanan kita atau produk kecantikkan yang semakin banyak yang memberi kesan sampingan ke atas kulit muka kita or disebabkan faktor genetik..

Banyak kajian dibuat ke atas kulit orang Asia yang menunjukkan bahawa kulit orang Asia ini lebih sensitif dan mudah terdedah kepada cahaya dan rase pedih serta mengalami penyahhidratan disebabkan lapisan kulit yang nipis.. Ni pon salah satu sebab ramai wanita diluar sana mengalami masalah kulit pedih ni kan..

Ni die produk keluaran dari Clinique Even Better Essence Lotion.. Meh aku cerita betapa bagus produk yang aku pakai ni..

Sebelum ini Clinique telah menemui formula khusus untuk kulit orang Asia iaitu Even Better Essence Lotion.. Produk ini adalah losyen muka yang cair pertama dari Clinique.. Ia mengandungi NMF Complex yang berfungsi membuka ruang yang menyekat lembapan, menjadikan kulit serta merta terhidrat dan tahap kelembapan untuk jangka masa yang panjang dan menjadikan kulit lebih berseri, bercahaya melalui kandungan bahan-bahan pencerah sekali gus menyelesaikan masalah kulit kusam dan pucat!

Apa itu NMF Complex? Ok let me explain..hehehe.. NMF Complex terdiri daripada bahan-bahan semula jadi seperti Citrullus Vulgaris (timbikai) Ekstrak Pyrus Malus Buah Epal, dan kekacang serta Natrium  PCA, yang membantu mengekalkan hidrasi pada paras optimun bagi menjadikan kulit lembut dan anjal dan ada Cucumis Sativus (Timun) ekstrak buah-buahan yang memberi lembapan baik kepada kulit kita dan rasa selesa sepanjang hari...

Dengan NMF Complex, Even Better Essence Lotion kita dapat mencerah dan mengembalikan kilauan kulit kerana ia mengandungi satu campuran botani yang membantu meningkatkan cahaya keseluruhan kulit.. Keputusannya kulit akan kelihatan bersinar.. memang best.. :D

Produk ni ada agen anti-irritation yang boleh membantu menghilangkan irritation yang boleh menggelapkan kulit sebab produk ni ada 3 benda ni jugak:

-Sucrose dan Kafein:
Membantu untuk mengurangkan kesan-kesan kerengsaan kulit akibat tekanan dan rangsangan
-Cladosiphon Okamuranus Extract and Algae Extract:
Algae Extract telah terbukti memberikan banyak manfaat dan amat menyenangkan..
-Tamarindus Indica Seed Extract:
Berasal dari buah pokok asam jawa tropika, polysaccharide ini telah digunakan dalam banyak kebudayaan untuk ciri-ciri perubatan dan anti radang..

******************************* 
   

Even Better Essence Lotion ni mempunyai 2 formula yang berbeza dengan menawarkan tambahan khas untuk jenis kulit yang berbeza iaitu :

Jenis kulit 1 & 2 formula mempunyai luxuriously milky texture dan termasuk hydrators khas untuk kulit kering termasuk Olive Squalane, Ekstrak Barli, Ekstrak Germa Gandum dan Jojoba Esters membantu mengekalkan kulit terhidrat dan lembut.

Jenis kulit 3 & 4 formula mempunyai refreshingly lightweight texture dan mengandungi
Laminaria Saccharina Ekstrak melazimkan pengeluaran lebihan sepanjang masa..

Cara penggunaan :

1) Sapukannya dua kali sehari selepas membersih wajah..
2) Tuang beberapa titis ke tapak tangan dan perlahan-lahan..
3) Tepuk lembut ke seluruh wajah dan leher, elakkan kawasan mata..
4) Diikuti dengan pelembap Even Better Clinical Dark Spot Corrector..

Dari gambar ni korang nampak tak before this kulit aku banyak merah-merah especially kat dagu ngan hidung aku.. Alhamdulillah lepas cube produk ni u can see the result no more redness!heheee

Dalam masa 2 minggu akan nampak seri kecerahan pada kulit muka dan dalam 4 minggu kulit akan lebih lembut dan selesa.. =D

Ni hasil kulit muka menggunakan Even Better Essence Lotion dalam masa 2 minggu... Ting! Nampak kulit saya sudah bercahaya! Gitew..  Rase kulit licin dan lembap..

Even Better Essence Lotion ni korang boley cari dekat kaunter Clinique seluruh Malaysia and the best thing is harga diaaaa so reasonable... hanya rm125 sahaja ^_^. and FYI it is Allergy Tested 100% Fragrance Free! so tak da masalah-masalah alahan insya Allah.....

kalau korang berminat nak tau banyak lagi tentang produk Even Better Essence Lotion CLINIQUE ni boleh tengok di sini.. Even Better Essence Lotion

piece : kathyjem

3 comments:

Haslinda Hassan Ali said...

wah berseri-seri look younger

kathy jem said...

Haslinda Hassan Ali : hehehe mekasih.. =)

suhailey mohd noor said...

Pernah guna clinique masa umur remaja.memang best